13/01/2022
🌹TUMPANG MERINDU🌹
AKAN DATANG SEBUAH KARYA TERBARU.
LAGU : TUMPANG MERINDU
PENYANYI : ASWAN ANWAR
LAGU : MULAH
LIRIK : MULAH & AHMAD FEDTRI YAHYA
SUSUNAN MUSIC : AMY B**G & WAN SALLEH
PENERBIT : SANG MELODI ENTERTAINMENT
🌹Lagu tumpang mengisahkan sebuah kekeliruan yang berlaku terhadap diri seseorang apabila datangnya ujian. Setiap keputusan yang di ambil serba tak kena dan memakan diri sendiri. Seperti sebuah perperangan terhadap diri sendiri tanpa ada noktahnya. Ujian tanpa henti menimpa diri memberi seribu pertanyaan yang memakan diri. Di saat kita dalam kekeliruan , apa sahaja masalah yang berlaku kita sering menyalah orang orang lain dan yang paling teruk sekali menyalahkan Tuhan apabila kita terus diuji. Jika diperhatikan, ujian yang menimpa setiap individu pasti tidak akan sama bagi setiap individu, Ada diuji dengan kehilangan orang-orang tersayang, ada p**a diuji dengan kehilangan pekerjaan, dan ada diuji dengan masalah kesihatan dan pelbagai ujian lain lagi. Di sebalik ujian yang datang sudah pasti Tuhan tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan adalah selaras dengan kemampuan hambaNya. Perjalanan untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik bukan sesuatu perkara yang mudah. Jangan pernah putus asa dan sentiasa bersyukur seadanya. Setiap Masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Apabila keliru tentang sesuatu, bergaulah dengan orang-orang sekeliling yang baik dan berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan hati dan sentiasalah berdoa kepadaNya bagi meminta petunjuk. Walaupun kita hanya menumpang kasih ataupun menumpang kerinduan. In sha Allah pasti ada sesuatu yang lebih baik akan berlaku dan pasti ada hikmahnya. Dah kita juga harus sentiasa beringat jangan pernah merasa diri serba cukup atau sudah cukup diuji. Yang pasti ujian akan sentiasa mendatang untuk kita supaya terus belajar dan jadi lebih baik. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri sendiri. Yakinlah bahawa ujian yang menimpa bukan sia-sia. Sudah pasti akan ada hikmah dari Sang Pencipta. Anggaplah ujian sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan.🌹