12/08/2026
π WARKAH HARI GAJAH SEDUNIA. πππ²πΎ
Hari ini, Dunia meraikan keindahan Mamalia terbesar ini.
Hati kami di Malaysia dicengkam rasa duka, luka, sedih, kecewa yg amat mendalam.π
Mari kita renung nasib Gajah kita.
Sama ada yg masih bertahan di dalam hutan atau yg telah dihantar jauh ke Negara asing!
πͺ΅πͺ Hutan Ditarah, Rumah Mereka Musnah.
Mengikut statistik rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) utk tahun 2026, baki gajah Liar di Semenanjung Malaysia kini dianggarkan hanya sekitar 1,220-1,460 ekor.
Dan status mereka berada dalam senarai 'Terancam'.
Akibat Fragmentasi Habitat (kawasan hutan yg besar telah terpecah atau terbahagi jadi bahagian kecil akibat bina lebuhraya, dsb).
Gajah Liar ini terpaksa keluar dari Hutan mencari makan hingga mencetuskan konflik dengan Manusia.
Akhirnya, jalan penyelesaian yg kita pilih adalah Translokasi. (memindahkan mereka keluar dari tempat asal mereka). π
βοΈ Dihantar Ke Luar Negara.
Tapi, yg lebih meruntum jiwa bila sebahagian Gajah kita, termasuk Anak-Anak Gajah yg diselamatkan sejak kecil, telah dihantar keluar negara atas pelbagai tiket Diplomasi, Program pertukaran, Konservasi & pameran ZOO.
Berdasarkan rekod CITES, wujud Data lampau yg merekodkan penghantaran Gajah hidup dari Malaysia ke negara luar termasuk China & Jepun bagi tujuan Pameran.
ππ²πΎ Kes Terkini Khazanah Malaysia.
Dan sekarang gajah Dara, Amoi & Kelat p**a terpaksa menjadi korban di hantar ke luar Negara.
Mereka yg membesar penuh manja dengan belaian para Mahut di Kuala Gandah.
Sekarang terpaksa hidup dalam sistem Protected Contact System.
No Human Touch-Tiada Sentuhan Manusia.
Jeriji besi memisahkan mereka daripada belaian kasih sayang.
Dara, Amoi, Kelat... Maafkan Kami...π₯ΊππΌ
Warkah Hari Gajah Sedunia ini adalah lambatnya kesedaran Kami.
Maafkan kami, DAK..
Maafkan Kami pada semua Gajah Malaysia yg ada di luar sana.
Kami lambat tahu tentang kejadian ini.
Kami lambat sedar tentang apa yg kamu terpaksa lalui demi urusan "diplomasi" Manusia !
Kamu dihantar disaat kamu percayakan tangan manusia yg membesarkan kamu disini.
Kepercayaan itu jugalah yg kamu guna untuk melangkah masuk kedalam Crate (peti besi hijau).
Tanpa kamu tahu kamu akan dibawa pergi jauh menyeberangi lautan. π
π₯π Mati Biarlah Di Tanah Air Sendiri.
Jika satu hari takdir menuntut nyawa, biarlah nafas terakhir itu di Tanah air sendiri, dibawah rimbunan hutan tempat asal usul kamu, bukannya di sebalik jeriji besi di Negara orang.
Harapan kami hanya satu.
Kami mahu kamu Anak-Anak Malaysia p**ang.
Kami tahu kamu tak pernah lupa bau Tanah air, segala memori kamu dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh para Mahut.
Sabar & Bertahanlah Dara, Amoi, Kelat..
Kami rakyat Malaysia tidak akan berhenti berjuang, mendesak sehinggalah HAK kamu dikembalikan!!βπΌ
Tolong bantu SHARE sehingga SUARA ini didengari ! π’π
Who Want To Be A Million Mind Community ?
Sahabat Cinta Alam - Community ππ³