Muhamad Zahir Zainuddin

Muhamad Zahir Zainuddin Impian tidak akan jadi kenyataan kalau kita tidak berusaha. Berusaha mencari lebih baik dan lakukan.

16/10/2022

Assalamualaikum

Assalamualaikum Dan salam Jumaat kepada sahabat fb.Semoga dipermudah urusan semua
25/08/2022

Assalamualaikum Dan salam Jumaat kepada sahabat fb.

Semoga dipermudah urusan semua

24/08/2022

Akhir-akhir ini, isu kehilangan wang dalam akaun bank simpanan hangat diperkatakan. Ianya melibatkan

Lama tak update kat sini. Apa khabar semua?
09/08/2022

Lama tak update kat sini. Apa khabar semua?

04/08/2022

Jangan rushing sangat di waktu pagi.

Itu akan jadi bad habit pada anak-anak kita nanti.

Antara punca di waktu pagi anak jadi,

- moody
- meragam
- berontak
- tak nak ke sekolah
- murung
- mengamuk
- buat perangai

Ini la, sebabnya. Dia terpengaruh dengan morning habit kita yang duk kalut dan sentiasa rushing.

Anak ada β€œmirror neuron” yang akan meniru setiap tingkahlaku kita.

Itu la, kasihan diorang terpaksa mirror yang negatif.

Sepatutnya kita ambil peluang di waktu pagi ni untuk ber Me-Time dengan anak.

- tutup radio
- jauhkan telefon
- stop bebel
- stop jerit
- stop warning
- stop marah

Sebaliknya patut,

- banyakkan senyuman
- banyakkan ketawa
- banyakkan melawak
- banyakkan peluk & cium
- banyakkan memuji

Jangan terkejut! Benda simple macam ni akan beri banyak impak besar pada anak di sekolah.

Dia jadi lebih bersemangat, lebih tenang, lebih fokus dan lebih ceria sepanjang hari di sekolah.

Pikat hati anak setiap pagi, baru la dia ada hati nak belajar di sekolah.

Wallahu A’lam,

Sumber penulisan : Mohd Fhais Salim

Nak beli sabun basuh tapi tak der masa?Penghantaran seluruh Malaysia.Klik je link kat bawah. Kami akan hantar depan ruma...
29/07/2022

Nak beli sabun basuh tapi tak der masa?
Penghantaran seluruh Malaysia.
Klik je link kat bawah. Kami akan hantar depan rumah korang. πŸ‘‡ https://shope.ee/30B3UX6wFN

Check out DAIA SOFTENER REFILL PACK 1.8L for RM5.94. Get it on Shopee now! https://shope.ee/30B3UX6wFN

DAIA SOFTENER REFILL PACK 1.8L / 1.6L TOTAL 5 VARIANCE *REFRESHING NATURE (BLUE) 1.8L *BLOOMING GARDEN (PINK) 1.8L *MORNING MIST (VIOLET) 1.8L *CHEERFUL BLISS 1.8L *LUXURIOUS VIOLET 1.8L *PROTECT ANTIBACTERIAL WITH SANITIZER 1.6L **Our cut off time will be every working day (Mon to Fri) before 10am....

Cari vitamin untuk kucing? Boleh terus klik link dibawah.https://shope.ee/8epQFj5uxECheck out High Vitamin Creamy Cat Tr...
29/07/2022

Cari vitamin untuk kucing? Boleh terus klik link dibawah.
https://shope.ee/8epQFj5uxE

Check out High Vitamin Creamy Cat Treat Cat Snack Cat Stick Cat food Makanan Kucing Snek Kucing With Vitamin A,B & D 猫村 15g for RM0.23 - RM2.50. Get it on Shopee now! https://shope.ee/8epQFj5uxE

SPECIAL OFFER TODAY - Every 20 Stick Free 1 Stick ! LOWEST Price GUARENTEE ! If you found somewhere cheaper, please contact us. Will offer the same price and additional treat. Creamy Cat Treat yang mengandungi banyak Vitamin A, B and D untuk kucing kesayangan anda. Kucing terlalu kurus atau tak s**a...

26/07/2022

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. πŸ˜πŸ˜…

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018


Jom follow ig kami utk dptkan b*k info, amalan, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana :
https://instagram.com/viralohviral?igshid=YmMyMTA2M2Y= (klik dan follow)
Berminat viralkan biz anda? Mesej Min. Tq

24/07/2022

β­• PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA

1 πŸ”΄ SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

2 πŸ”΄ Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

3 πŸ”΄ Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

4 πŸ”΄ Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5 πŸ”΄ Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6 πŸ”΄ Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.

7 πŸ”΄ Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

8 πŸ”΄ Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

9 πŸ”΄ Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

10 πŸ”΄ Apa ciri-ciri rumah yang Allah s**a? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan s**a berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

11 πŸ”΄ Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

12 πŸ”΄ Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.

13 πŸ”΄ Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭

14 πŸ”΄ Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

15 πŸ”΄ Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.

16 πŸ”΄ Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

17 πŸ”΄ Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.

18 πŸ”΄ Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.

19 πŸ”΄ Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

20 πŸ”΄ Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!

21 πŸ”΄ Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

22 πŸ”΄ Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

23 πŸ”΄ Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.

24 πŸ”΄ Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

25 πŸ”΄ Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

26 πŸ”΄ Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

27 πŸ”΄ Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.

28 πŸ”΄ Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada πŸ˜‚) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

29 πŸ”΄ Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.

30 πŸ”΄ Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.

31 πŸ”΄ Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.

32 πŸ”΄ Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.

14/07/2022

Napok simple tapi untung berganda.

14/07/2022

Saya ada teringat 1 ustaz ni cakap tapi saya lupa nama dia

Ustaz ni pesan kalau nak buat pahala mudah je. Free tak yah bayar.
Cuma bila mulakan sesuatu mulakan dengan bismillahirahmannirrahim.

Insyallah dipermudah urusan.

Assalamulaikum dan selamat malam semua



Address

Menara CitiBank
Kuala Lumpur

Telephone

+60129020132

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhamad Zahir Zainuddin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhamad Zahir Zainuddin:

Share