Filem & Televisyen Aswara

Filem & Televisyen Aswara FILEM & TELEVISYEN DIBAWAH FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM (FPKF) AKEDEMI SENI WARISAN ASWARA

PetA 2025 / 2026
07/01/2026

PetA 2025 / 2026

Tayangan Perdana Karya Pelajar Filem & karya PeTA sempena Festival PeTA FPKF bakal ditayangkan dan sebanyak 17 filem pen...
07/01/2026

Tayangan Perdana Karya Pelajar Filem & karya PeTA sempena Festival PeTA FPKF bakal ditayangkan dan sebanyak 17 filem pendek dan 7 filem dokumentari.

Tayangan Perdana akan berlangsung pada ketetapan berikut :
📅 9 Januari 2026 /Jumaat
⏲️ 10.00 pagi (Karya Diploma Filem dan Video)
⏲️ 3.00 petang (Karya Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen)
⏲️ 8.30 malam (Karya PeTA)
📍Pawagan Jalan Ampas, Aras 3, Lokakarya, ASWARA.
🎟️ RM 10.00 (Pelajar) & RM 15.00 (Orang Awam)
Jom ke panggung dan berikan sokongan kepada pengkarya muda.




24/11/2025
Congratulations 👏🎉
03/11/2025

Congratulations 👏🎉

ALUMNI ASWARA LAKAR KEJAYAAN DI FFM34

Dua alumni Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) iaitu Ariff Aiman Azahar dan Nazifdin Nasrudin melakarkan kejayaan membanggakan di malam anugerah berprestij Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) apabila dinobatkan Anugerah Penyunting Terbaik menerusi karya suntingan mereka, Soloz: Game Of Life arahan Syafiq Yusof.

Nazifdin turut tercalon dalam kategori Cerita Asal Terbaik bagi filem Soloz: Game of Life (bersama Syafiq Yusof) serta kategori Lakon Layar Terbaik bagi Filem Reversi (bersama Adrian Teh).

Semoga kejayaan ini menjadi pencetus inspirasi kepada warga ASWARA untuk terus menghasilkan karya seni yang bermutu tinggi selari dengan hasrat ASWARA menjadi peneraju dalam melahirkan karyawan seni berilmu.

Tahniah dan syabas diucapkan!












30/10/2025
24/10/2025
*Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) Meraikan ASIAC 2025*FPKF turut meraikan kemeriahan ASWARA International Art ...
04/08/2025

*Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) Meraikan ASIAC 2025*

FPKF turut meraikan kemeriahan ASWARA International Art & Culture Camp 2025 (ASIAC'25) yang berlangsung di Pulau Tioman sepanjang minggu ini. Para peserta dari pelbagai negara penyertaan turut menimba ilmu dan perkongsian daripada En. Khalil Asri Bolhi, pensyarah FPKF menerusi sesi Bengkel Videografi yang berlangsung secara santai.

Menerusi bengkel ini para peserta diberi pendedahan tentang asas kemahiran videografi termasuk penceritaan visual, asas seni rakaman video di samping menjalankan aktiviti serta tugasan yang diberikan sebagai nilai tambah untuk menjadi seorang pencipta kandungan berilmu.

Nak tonton hasil rakaman akhir para peserta?

Terus setia bersama kami!














Assalamualaikum/Salam Sejahtera,Saya ingin memohon kerjasama daripada Alumni (telah bergraduasi) Ijazah Sarjana Muda (20...
28/07/2025

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Saya ingin memohon kerjasama daripada Alumni (telah bergraduasi) Ijazah Sarjana Muda (2019-2025) untuk mengisi maklum balas melalui pautan berikut. Maklum balas ini amat penting bagi membantu penilaian dan penambahbaikan kurikulum sedia ada program Ijazah Sarjana Muda Filem.
Kerjasama anda amat dihargai dan diharapkan dapat diberikan sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Julai 2025.
Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

https://forms.gle/QAvoyCvbSGrXGafZ7
Puan Nurul Farhana Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Filem

Borang maklum balas ini bertujuan untuk mengumpul pandangan dan pengalaman graduan Program Ijazah Sarjana Muda Filem ASWARA yang telah bergraduasi dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang lalu. Maklum balas ini amat penting bagi: Menilai pencapaian PEO (Program Educational Objectives), PLO (Program Learni...

20/07/2025

Encik Muhammad Izzat Hasan ialah Dekan Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran dan perfileman sebagai handyman, sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sepanjang pengajian, beliau aktif menghasilkan karya pendek, dokumentari dan iklan, serta memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Pelajar Malaysia (2003–2005). Beliau juga menyertai pertandingan Cerita Satu Malam anjuran FINAS dan RTM pada tahun 2007.

Berpengalaman luas sebagai pengarah, penerbit teknikal dan penerbit rancangan TV seperti Zoom Malaysia, MTIB Capsule, dan My Australia Adventure, beliau kini turut menerajui syarikat produksi sendiri sebagai Penerbit Eksekutif. Gabungan pengalaman industri dan akademik menjadikan beliau figura penting dalam pembangunan bakat filem dan penulisan kreatif tanah air.

📍 ASWARA menawarkan pengajian dalam pelbagai bidang berasaskan seni persembahan, seni visual dan multimedia kreatif yang diiktiraf oleh MQA di peringkat:

▪️Asasi Seni Kreatif
▪️Diploma
▪️Ijazah Sarjana Muda
▪️Ijazah Sarjana
▪️Ijazah Kedoktoran

🔉 Permohonan Program Pengajian Asasi Seni Kreatif/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dibuka mengikut 2 fasa:

▪️Fasa 1 : 24 Februari 2025 hingga 13 Jun 2025
▪️Fasa 2 : 8 Julai 2025 hingga 22 Julai 2025

Mohon sekarang! Pautan seperti di bawah:

🔗 https://linktr.ee/infopermohonankemasukan

atau

🔗 http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/

🔉 Permohonan Program Pengajian Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dibuka sehingga 30 Jun 2025 bagi Sesi Kemasukan September 2025 seperti pautan di bawah:

🔗 https://pasca.aswara.edu.my/permohonan

Untuk maklumat lanjut, boleh layari platform sosial media rasmi ASWARA iaitu:

Laman Sesawang Rasmi ASWARA - https://www.aswara.edu.my

Facebook ASWARA - https://www.facebook.com/aswara.edu

Instagram ASWARA - https://www.instagram.com/aswara.official/








Address

Bangunan Fakulti Filem & TV, ASWARA, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory Of Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Filem & Televisyen Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Filem & Televisyen Aswara:

Share