Ahmed Biplob

Ahmed Biplob pemberita berita

29/08/2022

[BERITA MENGEJUTKAN😱😱😱] Adegan rusuhan GURNEY PLAZA yang melibatkan ratusan wanita!
emalam berlaku kekecohan di kalangan ratusan wanita di pusat beli-belah Gurney Plaza. Wartawan datang untuk menemu bual, menerangkan mengapa kejadian itu berlaku dan menjelaskan mengapa. Ternyata kerana botol minyak wangi PARADISE edisi khas ini:
https://www.scentnix.site/paradise.my
Menurut wartawan kami: Jenama itu akan membuka cawangan baharu di Gurney Plaza, melancarkan 2 edisi khas minyak wangi dan menawarkan diskaun sehingga 50%!
Paradise ialah botol minyak wangi terkenal di Perancis. Dengan reka bentuk emas mawar berkilauan yang cantik, wangian itu turut membuatkan para pewangi memberi perhatian. Ia dibuka dengan aroma segar yang diadun dengan baik dengan lada dan manis buah. Menamatkan perjalanan yang penuh dengan wangian adalah nota hangat di penghujungnya seperti ambar, kasturi, vanila… Syurga bagaikan segelas soda sejuk di sebelah pantai biru yang semua orang mahu nikmati. . Bau ini sesiapa yang telah mencuba pasti akan mengalami masalah.
Yang belum beli, cepat-cepat order untuk diri sendiri dan orang tersayang. Alangkah baiknya jenama itu telah mengumumkan bahawa orang kini boleh memesan dalam talian untuk mengelakkan kesesakan.🤩 Jualan diskaun 50% dan tawaran hebat masih diteruskan malah terdapat penghantaran percuma.

Central Market Kuala Lumpur
29/08/2022

Central Market Kuala Lumpur

Pemain SUFC akan dpt gaji tak lama lagi KUCHING: Saban tahun, fenomena pemain bola sepak tidak dibayar gaji dan masalah ...
29/08/2022

Pemain SUFC akan dpt gaji tak lama lagi
KUCHING: Saban tahun, fenomena pemain bola sepak tidak dibayar gaji dan masalah kewangan persatuan bola sepak berulang, seterusnya memalukan arena sukan negara.
�Malah, baru-baru ini pemain bola sepak Sarawak United FC (SUFC) turut mengalami nasib yang sama apabila mendakwa tidak dibayar gaji selama empat bulan.
Lebih menyedihkan, isu tersebut menyebabkan segelintir daripada mereka terpaksa keluar dari kediaman.
Sehubungan itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi jaminan, pihaknya akan berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Abdul Karim menzahirkan perasaan kesal terhadap kejadian yang berlaku melibatkan pemain-pemain bola sepak Sarawak.
Beliau berkata, Kerajaan Sarawak tidak mahu mereka yang berjuang demi Sarawak terpinggir.
“Saya tidak gembira mendengar berita ini. Malah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri tidak senang mendengarnya.
“Isu ini turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Negeri semalam,” tegasnya pada sidang media Program Malaysia Rumah Keduaku Sarawak (S-MM2H) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pemain SUFC dilaporkan tidak menerima gaji selama empat bulan menurut kenyataan dikeluarkan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, beliau akan berjumpa dengan presiden SUFC, Datuk Posa Majais bersama pemain-pemain termasuk mereka yang membuat laporan untuk melihat isu itu dengan lebih lanjut.
Pada masa sama, secara peribadi tegasnya, beliau melihat pengurusan pasukan ini tidak bertanggungjawab.
“Kalau ada gaji yang perlu dibayar, ia mesti di bayar dan ia sama seperti kita bekerja di syarikat lain di mana kita akan menunggu gaji pada hujung bulan.
“Sekiranya gaji tidak dibayar, ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati. Namun, Kerajaan Sarawak akan meneliti isu ini dan berusaha menanganinya,” katanya.
Menurut kenyataan Facebook PFAM, 14 Jun 2022, pihak PFAM telah mengeluarkan notis kepada SUFC untuk tuntutan tunggakan kepada pemain yang melakukan aduan.
Notis susulan turut diberikan kepada Sarawak United FC pada 8 Julai lepas walaupun telah menerima respon balas daripada pihak kelab, namun sehingga kini, tunggakan tersebut masih belum dijelaskan.
“Lebih mendukacitakan, pada bulan Jun yang lepas, para pemain terpaksa berhadapan dengan situasi menerima notis untuk mengosongkan tempat penginapan mereka kerana bayaran sewa tidak dilunaskan oleh pihak kelab,” kata kenyataan itu.
-tamat-

29/08/2022
29/08/2022

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmed Biplob posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share