Papa Imm

Papa Imm kipas susah mati Monsta

SEBERAPA PAPA KAH saya?Done support βœ…οΈKORANG PULAK??
26/01/2026

SEBERAPA PAPA KAH saya?

Done support βœ…οΈ

KORANG PULAK??

Haaa Jom kita cuba habiskan sd Papa Game on ni dengan anjuran Kelas Tambahan.Yang berminat nak join boleh refer info dib...
26/01/2026

Haaa Jom kita cuba habiskan sd Papa Game on ni dengan anjuran Kelas Tambahan.

Yang berminat nak join boleh refer info dibawah

SECRET RARE (SR) FIESTA INDONESIAKad istimewa kali ni direzkikan ilahi dapat semasa sesi cabutan bertuah event Tournamen...
03/01/2026

SECRET RARE (SR) FIESTA INDONESIA
Kad istimewa kali ni direzkikan ilahi dapat semasa sesi cabutan bertuah event Tournament Monsta pertama pada 2026, bertempat di MR DIY Plus Mid Valley Megamall Bangsar.

Selepas beberapa carian dibuat, dapat dipastikan bahawa kad ini julung2 kali diperkenalkan pada event Tahunan Monsta Fiesta Indonsia 2025 pada Jun 2025. Kad ini pada asalnya didapatkan dengan memenangi tournament mingguan sepanjang event tersebut berlangsung. Uniknya event Monsta Fiesta 2025 di Indonesia ini berlangsung selama sebulan, bermula 13 Jun dan berakhir pada 13 Julai 2025, selama 4 minggu tersebut pemenang mingguan akan diberikan kad SR Batik sebagai hadiah.

Kad ini agak mahal juga, penulis menemukan paling mahal ianya diletakkan tanda harga pada RM2500 menerusi carian di KadHunt, dan boleh juga didapati diforum2 community MGC pada harga serendah RM500 untuk sekeping kad. Kad rare ini tidak dijual secara official oleh Monsta, dan hanya diedarkan sebagai hadiah kepada pemain, samada hadiah tournament atau hadiah cabutan bertuah.

MGC Id tidak mempunyai kad edisi khas tournament, jadi kad2 edisi fiesta ini merupakan edisi rare yang susah didapatkan. Mungkin inilah antara faktor kad ini menjadi mahal, susah didapatkan dan kuantiti tidak banyak.

Secara amnya, kad ini hanya semata2 untuk koleksi pemain sahaja, peminat Kipas susah mati MGC mestilah memiliki impian untuk menyimpan kad ini sebagai koleksi.

Hadir dengan art baju batik dan elemen emas yang memukau, walaupun hp rendah 100 dan attack x fadu 80, namun kad ini boleh unlock semua jenis boboiboy bersyarat. Jadi kad ini kalau dibawa kedalam tournament di Indonesia, ianya akan jadi kad transit bagi membolehkan pemain menggunakan kad2 boboiboy yang jauh lebih baik dari attack hp dan juga efek.

Sekian ulas ulasan PAPA Imm
Semoga esok dapat lagi kad2 baru untuk diulas 😁

25/12/2025

Peluang terakhir di Galactix Comics untuk memenangi Pek Fiesta 2024/2025.

[MONSTA GALAXY CARD TOURNAMENT - POST CHAMPIONSHIP CHALLENGE 2025]
KATEGORI PERTANDINGAN : TERBUKA & JUNIOR (12 Tahun & ke bawah)

Lokasi : Galactix Comics, Shaftsbury Putrajaya, Presint 1, Putrajaya
Tarikh : 28 Disember 2025 (Ahad)
Masa : Pengesahan Pendaftaran bermula jam 10:00 AM, Tournament Mula 11:30AM
Jangkaan Tamat : 2:00PM++

Yuran Penyertaan : RM10.00 (Percuma random 1 paket kad Monsta Galaxy Card) @ PERCUMA dengan setiap pembelian Mechamato Mechanizer

Format tournament : Single Elimination/Kalah Mati.
Tournament terhad kepada 32 peserta sahaja untuk setiap kategori. Penyertaan pendaftaran secara online diutamakan. Penyertaan secara walk-in bergantung pada jumlah peserta Online.
Kad Dibenarkan : Hanya kad dari Pek Champions Rise dan Starter Deck v12 Papa Zola boleh digunakan di dalam dek.
Pek tournament hanya boleh redeem di kaunter semasa pengesahan pendaftaran. Terhad 1 pek untuk setiap peserta dan kad cop atas nama sendiri. Hanya 16 pek disediakan setiap minggu.

⚠️ Memandangkan slot adalah terhad dari kebiasaan, MOHON YANG BETUL-BETUL BOLEH COMMIT HADIR SAHAJA YANG DAFTAR. ⚠️
Borang pendaftaran akan dibuka melalui link berikut mulai jam 9.30 malam ini,
KATEGORI TERBUKA : https://forms.gle/QwX8dFDkiUyTbS1w6

KATEGORI JUNIOR : https://forms.gle/JmLoEhUyGemsBs1B6

Jangan salah pilih kategori ya
⚠️ Memandangkan slot adalah terhad dari kebiasaan, MOHON YANG BETUL-BETUL BOLEH COMMIT HADIR SAHAJA YANG DAFTAR. ⚠️

Terima kasih

TAMBAHAN NYAWA PAPAZOLAMGC baru sahaja mengeluarkan beberapa kad baru sempena PZTM baru2 ini, antara yang menjadi tumpua...
25/12/2025

TAMBAHAN NYAWA PAPAZOLA
MGC baru sahaja mengeluarkan beberapa kad baru sempena PZTM baru2 ini, antara yang menjadi tumpuan kepada peminat MGC adalah efek dari 3 kad dibawah :

1) S Oppapa Zola GSC
2) S Papa Zola SDV12
3) A Papa Zola CR

Ketiga2 kad ini berkongsi efek yang sama

"PILIH 1 KAD DARI DEK PIHAK LAWAN, LETAKKAN DIATAS KAD PAPA ZOLA DAN AKTIFKAN EFEKNYA, JIKA KAD ITI KEHABISAN HP, IA KEMBALI KE DEK PIHAK LAWAN DAN PAPA ZOLA MENYAMBUNH PERLAWANAN DI ZON AKTIF"

Walaupun ade perbezaan ayat pada perkataan disetiap kad, namun tindakan efek adalah merujuk kepada perkara yang sama. Kad ini diambil dari scene akhir PTZM yang mana walaupun nyawa papa didalam dunia simulasi telah habis, namun ia mendapat nyawa tambahan, so pihak lawan perlu mengalahkan kad2 yang di stag terlebih dahulu, dan jika berjaya barulah pihak lawan akan bertemu dengan kad sebenar papazola.

Soalan : Berapa banyak kad boleh ditindan dalam 1satu masa?
Jawapan : 5kali, situasinya adalah, pihak lawan menggunakan 3 kad didalam ganbar dan kaf tersebut semuanya berada didalam dek pihak lawan. Then kita p**a berjaya meletakkan kad milik kita (salah 1 dari kad papazola) di zon aktif tanpa disebut atau dibatalkan efeknya.

So kad kita dizon aktif 1
Then tambah kad papa pihak lawan 1
Then tambah satu lagi 1
Then tambah 1 lagi last kad 1
Then the last card ambil mana2 kad yg ada dek lawan

Fuh memang mustahil untuk pihak lawan mencetak mata pada pusingan ni, ada 5kad perlu ditewaskan dalam 1pusingan baru dapat mata.

Kad ini boleh ditiru efeknya
Boleh disedut
Boleh dibatalkan

So harus difikirkan secara logika berapa kuantiti yang layak untuk diletakkan didalam dek, kalau tiga2 kad letak pun x menjamin kemenangan end up kebijaksanaan dalam memanfaatkab efek dan kepaduan osom membantu kemenangan.

Sekian ulas ulasan hasil dari Last Tournament di Ipoh Trader semalam
Monsta Galaxy Card
KUASA DITANGAN KOME

Mohon tunjuk ajar gengMisi 1k bermula ⛷️
23/12/2025

Mohon tunjuk ajar geng
Misi 1k bermula ⛷️

21/12/2025
D4 Monsta Fiesta 2025Mohon iringan doa πŸ€²πŸŽ–πŸŽ–πŸŽ–
21/12/2025

D4

Monsta Fiesta 2025
Mohon iringan doa 🀲
πŸŽ–πŸŽ–πŸŽ–

19/12/2025

Address

Kuala Lumpur
55100

Telephone

+601120902781

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Papa Imm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share