26/04/2024
CARUMAN KWSP AKAUN 3 BERMULA 11 MEI
Maklumat Lanjut: https://www.blogrojak.com/cara-pengeluaran-kwsp-melalui-akaun-3/
Lepasni Caruman bulanan dari Majikan & pekerja akan split kepada 3:
✅ 75% Akaun 1
Akaun Persaraan, yang ni mcm biasa boleh keluar bila dah bersara nanti (55 tahun)
✅ 15% Akaun 2
Akaun Sejahtera, yang ni akaun yg biasa utk keluar buat bayar downpayment rumah dll
✅ 10% Akaun 3
Akaun Fleksibel, yang baru dan boleh keluar duit bila2 bermula 11 Mei..
So Contohnya Kalo Caruman KWSP korang sebulan adalah RM100, jadi RM75 masuk Akaun 1, RM15 masuk Akaun 2 & RM10 masuk Akaun 3 berbanding sekarang 70:30..
Tapi sebelumtu korang boleh transfer duit dari Akaun 2 ke 3 (SEKALI SAHAJA) 👇👇
1) Kalo Akaun 2 ada baki kurang RM1,000 jadi boleh transfer kesemuanya ke Akaun 3
2) Kalo baki Akaun 2 dari RM1,000 - RM3,000, boleh transfer maksima RM1,000 ke Akaun 3, selebihnya kekal kat Akaun 2..
3) Kalo baki Akaun 2 lebih dari RM3,000, boleh transfer 10/30 baki ke Akaun 3...5/30 pulak transfer ke Akaun 1 dan selebihnya 15/30 akan kekal ke Akaun 2.
Dari pemahaman RH, Contohnya Kalo baki Akaun 2 ada RM9,000, jadi RM3,000 ke Akaun 3, RM1,500 ke Akaun 1 dan balance RM4,500 kekal kat Akaun 2..
Tapi kena maklumkan kat KWSP bermula 11 Mei - 31 Ogos...Kalo senyapjer, jadi Baki Akaun 3 akan bermula dengan RM0..boleh buat online ataupun pi KWSP..
Lepastu dah boleh keluar duit, anytime...minima RM50 🤩🤩😍😍
RH rasa ramai akan buat cara 3, yelah kalo terdesak ada gak saving dari Akaun 3 huhu...
Kredit : Rizal Hakimm