tehtarikchannel

tehtarikchannel Awesome people, dynamic cities, fabulous food. People are awesome. Trust me.

PUTRAJAYA: Golongan wanita membentuk majoriti dalam sektor  perkhidmatan awam negara ketika ini apabila mereka mewakili ...
29/06/2026

PUTRAJAYA: Golongan wanita membentuk majoriti dalam sektor perkhidmatan awam negara ketika ini apabila mereka mewakili 59 peratus atau meliputi 765,000 daripada keseluruhan kira-kira 1.3 juta penjawat awam. Perkembangan itu sekali gus membuktikan peranan wanita yang semakin penting dalam pentadbiran dan pembangunan negara.

(Kredit: Utusan Malaysia)

13/05/2026

BEIJING: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tiba di Beijing pada petang Rabu sempena lawatan negara ke China, lapor Xinhua.

Lawatan Trump ke China dari 13 hingga 15 Mei adalah atas jemputan Presiden China, Xi Jinping.

Ini adalah lawatan pertama presiden AS ke China dalam hampir sembilan tahun dan kedua buat Trump sejak November 2017.

Kedua-dua pemimpin itu akan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai isu-isu utama berkaitan hubungan dua hala dan keamanan dunia serta pembangunan, menurut kementerian luar China.

10/05/2026

Berdekatan Tol Jalan Duta ⚠️

(Kredit pemilik video - hasanah_hk)

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh anaknya sendiri, Afiqah Jalil menerusi Instagram Story sebentar tadi.Dalam pada it...
04/05/2026

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh anaknya sendiri, Afiqah Jalil menerusi Instagram Story sebentar tadi.

Dalam pada itu, Afiqah memohon orang ramai mendoakan Allahyarham ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah. Ayah dah takda,” luahnya.

Difahamkan, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Munawwarah dan proses pengebumian akan dilakukan selepas Asar di Tanah Perkuburan USJ21.

Al-Fatihah..

30/04/2026

Kata-kata untuk hari ni…

Jumlah mangsa maut dalam tragedi perlanggaran kereta api di Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat kini mencecah 15 orang. Menu...
28/04/2026

Jumlah mangsa maut dalam tragedi perlanggaran kereta api di Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat kini mencecah 15 orang. Menurut laporan CNN Indonesia, seramai 88 mangsa lagi dilaporkan cedera.

Menteri Koordinator Bidang Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah, Agus Harimurti Yudhoyono, mengesahkan peningkatan angka korban tersebut dan menyatakan kesemua mangsa cedera telah diagihkan ke beberapa hospital sekitar, termasuk Hospital Daerah Bekasi dan Hospital Siloam. Beliau turut memberi jaminan bahawa segala kos rawatan serta pengebumian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans dan syarikat.

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini H...
24/04/2026

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

Menurut peruncit pakaian itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, akaun tersebut telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengesahkan seorang penumpang telah terjatuh di kawasan landasan di Stesen Abdullah Huku...
03/04/2026

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengesahkan seorang penumpang telah terjatuh di kawasan landasan di Stesen Abdullah Hukum pada jam 6.09 petang ini.

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan, pihak operasi telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi memberi laluan pada pihak polis, bomba dan pasukan ambulans yang sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Susulan kejadian tersebut, perkhidmatan tren di antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum diberhentikan buat sementara waktu.

“Perkhidmatan tren alternatif, termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pengguna yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Pegawai Stesen dan Polis Bantuan di stesen-stesen berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

(Kredit gambar : Shukri K-link)

Individu dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosik...
01/04/2026

Individu dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal tiba di Mahkamah Majistret Klang sekitar jam 8.50 pagi, pada Rabu untuk menghadapi pertuduhan.

Balu kepada mangsa yang maut juga dilihat hadir ke mahkamah sekitar jam 9.20 pagi dan kelihatan sugul ketika ditemui pengamal media selain sempat mengungkapkan mesej ringkas meminta keadilan ditegakkan.

“Nyawa balas nyawa, itu sahaja,” ujarnya dengan nada sebak.

Kredit sepenuhnya :- 📸 Astro AWANI / shahiromar

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when tehtarikchannel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to tehtarikchannel:

Shortcuts

Share