Malaysia Military Power

Malaysia Military Power Kamu Sopan Saya Segan dan mari bersama berbincang secara ilmiah. Maju ATM dari anda sendiri
(1024)

Tulisan asal FB Pena CelorengRasuah Dalam Tentera Darat: Jangan Hanya Tangkap di Luar, Bersihkan Juga di Dalam iaitu si ...
12/01/2026

Tulisan asal FB Pena Celoreng

Rasuah Dalam Tentera Darat: Jangan Hanya Tangkap di Luar, Bersihkan Juga di Dalam iaitu si Penjilat

Pelantikan Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu pada 6 Januari lalu secara simboliknya menandakan penutupan satu era. Tahniah!. Dalam bahasa kami, ia membawa maksud yang tidak perlu diterjemah panjang iaitu “habislah” atau “bye-bye” kepada kepimpinan lama walaupun belum terbukti bersalah. Dalam fahaman saya yg telah 42 tahun dalam dunia ketenteraan, ini bukan sekadar pertukaran jawatan, tetapi satu penilaian senyap terhadap apa yang telah berlaku sebelumnya dan siapa yang sedang di pertuduhkan.

Beberapa hari sebelum itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan siasatan terhadap 40 buah syarikat yang dikaitkan dengan perolehan dan tender kepada Tentera Darat. Kemuncaknya, semalam orang ramai disajikan dengan gambar 17 orang pengarah syarikat siap bergari dan memakai jersey bola oren peranchis dibawa ke ibu pejabat SPRM. Ini bukan gosip warung kopi. Ini adalah mesej keras bahawa siasatan sudah masuk fasa serius.

Terus terang saya nyatakan dengan jujur, ini perkembangan yang paling saya alu-alukan, paling saya tunggu dan kalau ye ye masih ada, “Jom malam ni kita ye ye”. Oleh kerana aktiviti ye ye ini telah lama dikuburkan, maka, jom kita baca Yasin malam ni.

Sudah terlalu lama desas desus isu rasuah dalam perolehan pertahanan darat sehingga ke projek sekecil cuci kolam kumbahan najis pun depa makan; hanya berlegar sebagai bisikan di cafeteria, cerita belakang tabir, atau orgx yang tidak mahu terlibat disisihkan atau di tanam. Kali ini, ia muncul ke permukaan dengan wajah menunduk, jersi bola warna oren dan gari berantaian.

Namun persoalan paling penting ialah adakah cukup sekadar menahan orang luar? Adakah memadai hanya siasat kontraktor dan gari pemgarah syarikat?

Jika benar bekas Panglima Tentera Darat terlibat dalam rasuah kontrak atau tender dan jika 17 pengarah syarikat ini akhirnya didakwa; maka adalah mustahil jenayah ini berlaku tanpa orang dalam. Tidak mungkin seorang PTD, walau setinggi mana sekalipun, boleh bergerak sendirian dalam sistem yang berlapis-lapis dengan prosedur, jawatankuasa, minit mesyuarat dan kelulusan bertulis.

Di sinilah watak sebenar yang sering terlepas pandang iaitu golongan katak dan ular, si penjilat.

Mereka inilah yang menjadi penghubung, pemudah cara, pembisik, pelaksana dan pelindung. Mereka yang berkata “yes, sir” , “boleh tan sri”, tanpa prinsip dan tanpa malu. Mereka yang tahu salah tetapi memilih tunduk demi pangkat, jawatan, kursus luar negara, atau gelaran. Mereka yang naik bukan kerana cerdas atau berani menegur, tetapi kerana paling cekap mengampu, dan pandai menjilat.

Jika SPRM benar-benar ikhlas mahu membersihkan Tentera Darat, maka wajib dan tidak boleh tidak, semua penjilat ini juga mesti “diangkut”. Tidak kira pegawai tinggi atau rendah.
Tidak kira lelaki atau wanita. Tidak kira yang masih berkhidmat atau sudah bersara, bagi peluang mereka berbangga dengan jersey bola warna oren.

Lebih membimbangkan, apabila isteri bekas PTD turut dikaitkan dalam tuduhan rasuah, ini menimbulkan persoalan tambahan yang lebih sensitif iaitu siapakah yang menjadi perantara? Dalam konteks ini, siasatan tidak boleh bersifat selektif atau malu-malu. Jika ada penglibatan pegawai atau anggota wanita sebagai orang tengah atau penjilat? maka mereka juga tidak kebal daripada undang-undang. Keadilan tidak mengenal jantina, pangkat atau hubungan kekeluargaan.

Hakikatnya, jika kes ini terbukti, ia bukan kes terpencil. Ia mencerminkan satu budaya tidak sihat dalam darat iaitu budaya takut menegur, budaya mengampu, budaya menjilat hingga ke telur dan budaya menjadikan integriti sebagai korban demi kepentingan peribadi. Budaya inilah yang lebih berbahaya daripada rasuah itu sendiri, kerana ia membiak secara senyap dan diwariskan dari satu generasi pegawai ke generasi berikutnya.

Jika mahu bongkar, bongkar habis-habisan. Jika mahu bersihkan, jangan tinggalkan kotoran di bawah permaidani. Nyatanya dalam situasi semasa dalam negara, catatan saya ini akhirnya akan menjadi ‘sembang kari sahaja’ atau saya syiok sendiri. Ia tidak akan berlaku.

Tentera Darat tidak akan runtuh kerana pendedahan rasuah. Tentera Darat hanya akan runtuh jika kebenaran disembunyikan dan pengkhianat atau si penjilat dilindungi.

jika bersalah, jangan bagi hukuman dalaman atau perlhidmatan, hukumlah seberat-beratnya, bukan senyap terus dan kaya raya lepas dipencenkan, jatuhkan hukuman paling berat utk dijadikan panduan demi maruah seragam hijau pucuk pisang yang hanya bbrapa bulan lagi akan saya pakai, demi anggota yang jujur, dan demi negara yang kami sumpah untuk dipertahankan.

Nyatanya Tentera Darat perkhidmatan yang mulia ini tidak bersalah, yang bersalah ialah mereka yang akan dibuktikan oleh sprm nanti.

TEUNGKU LAH 1. Abdullah Syafi'i (12 Oktober 1947 – 22 Januari 2002), yang lebih dikenali sebagai Teungku Lah, merupakan ...
12/01/2026

TEUNGKU LAH

1. Abdullah Syafi'i (12 Oktober 1947 – 22 Januari 2002), yang lebih dikenali sebagai Teungku Lah, merupakan komander tentera yang terkenal bagi Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

2. Beliau diingati sebagai seorang pemimpin yang karismatik dan berdedikasi yang mengetuai perjuangan bersenjata untuk kemerdekaan Aceh daripada Indonesia.

3. Kehidupan dan Kepimpinan Tentera
Latar Belakang: Dilahirkan di Bireuen, Aceh, beliau menerima pendidikan Islam di pelbagai sekolah pondok (pesantren).

4. Sebelum menyertai gerakan kemerdekaan, beliau adalah ahli kumpulan teater Jeumpa.

5. Kenaikan dalam GAM: Berbeza dengan ramai pemimpin GAM lain yang mendapat latihan di Libya, Syafi'i memperoleh pengalaman ketenteraannya secara langsung di lapangan di Aceh.

6. Beliau menanjak dalam pangkat sehingga menjadi Panglima Tentera Nasional Aceh (TNA), sayap bersenjata GAM.

6. Gaya Kepimpinan: Beliau terkenal dengan kesalehan agama, kerendahan hati, dan pendekatan 'kemanusiaan'.

7. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan tenteranya dan penduduk tempatan, malah mengadakan pertemuan berprofil tinggi dengan pegawai Indonesia dan tokoh masyarakat di hutan untuk membincangkan keamanan dan masa depan Aceh.

8. Kematian dan Warisan, Pertempuran Alue Mon: Teungku Lah terbunuh dalam pertempuran senjata yang sengit dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada 22 Januari 2002, di bukit Jim-jim di Pidie Jaya.

9. Sahabat Terakhir: Beliau meninggal bersama isterinya, Cut Fatimah (yang dilaporkan sedang hamil enam bulan pada waktu itu), dan dua anggota pengawal peribadinya.

10. Wasiat Terakhir: Beliau terkenal dengan "wasiat terakhir"nya, yang ditulis sebulan sebelum kematiannya, di mana beliau menyatakan hasratnya untuk mati sebagai syahid jika ia membawa kemerdekaan untuk Aceh. Beliau secara jelas menyatakan bahawa beliau tidak mahu sebarang jawatan rasmi apabila Aceh menjadi merdeka.

11. Simbol Budaya: Hari ini, beliau tetap menjadi simbol perlawanan dan pengorbanan bagi ramai orang di Aceh.

12. Kematian beliau menandakan detik penting dalam konflik itu, yang akhirnya berakhir dengan MoU Helsinki pada 2005, memberikan Aceh autonomi khas

https://vt.tiktok.com/ZS5VGJ2TL/

Sekain
GaGaK

HİSAR-O DAN HİSAR-A FOR MALAYSIA? 1. Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengutamakan pemerolehan sistem Pert...
12/01/2026

HİSAR-O DAN HİSAR-A FOR MALAYSIA?

1. Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengutamakan pemerolehan sistem Pertahanan Udara Julat Sederhana (MERAD) sebagai komponen utama dalam bajet pertahanan 2026.

2. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kerajaan merancang untuk memperoleh dua bateri sistem MERAD bagi meningkatkan keupayaan Pertahanan Udara Berasaskan Darat (GBAD) negara.

3. Status Aselsan HISAR untuk Malaysia Setakat awal 2026, sistem Turki HISAR-O (MID-RANGE) dan HISAR-A (SHORAD) kekal sebagai calon utama untuk keperluan pertahanan udara Malaysia

4. Status Calon: Keluarga HISAR keluaran Aselsan secara rasmi disenaraikan antara pesaing teratas untuk keperluan MERAD Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

5. Kerjasama Industri: Aselsan telahpun menjalin kerjasama dengan firma-firma Malaysia seperti MILDEF International Technologies untuk membekalkan Tentera Darat Malaysia dengan sistem senjata kawalan jauh lain, berpotensi mempermudah logistik pertahanan udara pada masa depan.

6. Keupayaan Sistem-

HİSAR-O

- HISAR-O: Sistem jarak sederhana dengan jarak kira-kira 40km dan liputan altitud 15km.

- Ia menggunakan radar jajaran berskala 3D ASELSAN KALKAN, yang mampu menjejak sehingga 60 sasaran serentak.

- Jangkauan: HİSAR-O standard mempunyai julat pencegatan melebihi 25 km.

- Ketinggian: Dioptimumkan untuk pertarungan pada ketinggian sederhana, biasanya sehingga 10-15 km.

- Panduan: Menggunakan pengesan Imaging Infrared (IIR) atau pengesan Radio Frequency (RF) dalam versi terkini, digabungkan dengan navigasi inersia dan pautan data.

- Sistem Pelancaran: Dilancarkan secara menegak untuk liputan 360 darjah, dipasang pada casis Mercedes-Benz Zetros 6x6 yang sangat mudah alih.

- Radar: Disepadukan dengan phased-array search and track radar 3D KALKAN Aselsan, yang mempunyai julat pengesanan melebihi 120 km.

HİSAR-A

- HISAR-A: Sistem pertahanan udara altitud rendah serba lengkap yang direka untuk unit pergerakan, mampu menangkis ancaman seperti dron, helikopter, dan peluru berpandu jelajah.

- Operational Range: 15 km

- Maximum Flight Altitude: 10 km

- Minimum Range: Approximately 2 km

- Sistem Panduan: Homing inframerah (IIR) untuk panduan terminal dan navigasi inersia melalui pautan data untuk panduan pertengahan perjalanan.

- Sasaran: Ia direka untuk menyekat pesawat tetap dan bersayap putar, peluru berpandu jelajah, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), dan peluru berpandu udara-ke-darat.

Sekain
GaGaK

MALAYSIA TALK WITH KAI ABOUT KF-21 BORAMAE1. Pada Januari 2026, dilaporkan bahawa Malaysia telah memulakan perbincangan ...
12/01/2026

MALAYSIA TALK WITH KAI ABOUT KF-21 BORAMAE

1. Pada Januari 2026, dilaporkan bahawa Malaysia telah memulakan perbincangan awal dengan Korea Aerospace Industries (KAI) mengenai kemungkinan pemerolehan jet pejuang KF-21 Boramae.

2. Perincian utama daripada perbincangan ini dan kerjasama pertahanan yang sedang berjalan termasuk :

3. Menggantikan Armada Lama: KAI telah memposisikan KF-21 sebagai "kesesuaian ideal" dan pengganti optimum untuk armada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terdiri daripada F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM, yang dijadualkan untuk bersara pada 2035 dan 2040, masing-masing.

3. Tiered Airpower Strategy: Perbincangan ini bertepatan dengan rundingan untuk kumpulan kedua sebanyak 18 Pesawat Tempur Ringan FA-50M (LCA).

4. CEO KAI, Kang Goo-young, menyatakan bahawa gabungan KF-21 dan FA-50 akan menyediakan Malaysia dengan sistem pertahanan udara yang sangat strategik dan taktikal.

5. Jadual Pengeluaran: KAI merancang untuk menghantar 40 unit pertama KF-21 Blok 1 (udara-ke-udara) kepada Tentera Udara Korea Selatan pada tahun 2026, dengan ketersediaan eksport selepas memenuhi keperluan domestik.

6. Pemodenan CAP55: Perbincangan ini adalah sebahagian daripada program CAP55 (Capability 55) Malaysia yang lebih luas, yang bertujuan untuk memodenkan infrastruktur penerbangan ketenteraannya sepanjang beberapa dekad akan datang.

Sekain
GaGaK

Walaupun Kita boleh jelaskan cabaran operasi kedua negara ( nanti Kita tulis )Tapi meme ni tetap lawak 😂Bilis
05/01/2026

Walaupun Kita boleh jelaskan cabaran operasi kedua negara ( nanti Kita tulis )

Tapi meme ni tetap lawak 😂

Bilis

31/12/2025

Kenangan lama
Kawan serumah pernah cerita satu kisah yang penuh dramatik.

Masa tu, tengah malam. Dia tengah berjuang di alam maya ketika itu. Tengah dia menghantar jurus-jurus dia, tiba-tiba, dia terdengar teriakan "Tembak! Tembak! Tembak!"

Masa tu, kawan tu baru sahaja balik dari tugasan di Lahad Datu. Apa lagi, dia terjun cari perlindungan.

Habis kerusi plastik dia duduk patah.

Tapi, tak ada tembakan.

Dia periksa. Saya tengah tidur. Mengigau. Menjerit.

Esok hari tu, dia cerita kat saya.

PS:
1. Jangan tanya siapa saya "serang". Saya tak tahu.
2. Saya pun tak tahu kenapa saya mengigau dalam Bahasa Melayu.

Warpig

Selamat Tahun Baru 2026

Address

Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
54100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Military Power posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysia Military Power:

Share