05/11/2025
๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ Bolasepak Dunia ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ
๐ฒ๐พ Warkah Realiti | 5 November 2025
๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ซ๐ญ๐ข๐ค๐๐ฅ 22 ๐
๐๐
๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ค ๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐ง๐๐๐ง๐ -๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐จ๐ฅ๐โ
Masih ada segelintir wartawan dan portal berita utama yang sibuk tulis kononnya โMalaysia akan terima nasib sama seperti Timor-Leste.โ Masalahnya, kes Timor-Leste jatuh bawah Artikel 55 (Fielding Ineligible Players) manakala kes Malaysia adalah di bawah Artikel 22.
Artikel 22 adalah kesilapan atau pemalsuan dokumen (administratif). Manakala Artikel 55 adalah kesalahan menurunkan pemain yang memang tak layak (pelanggaran pertandingan).
Secara ringkasnya, kes Timor Leste adalah pemalsuan dokumen pemain di peringkat persatuan bola sepak mereka. Mereka mendaftarkan pemain yang tidak mendapat taraf sah kerakyatan Timor Leste.
Manakala kes Malaysia p**a adalah kesemua 7 pemain telah mendapat Sah taraf sebagai warganegara dari Kerajaan Malaysia.
Perbezaan kedua-dua kes macam doktor gigi dengan mekanik, dua-dua pakai sarung tangan tapi kerja lain bidang. Kalau beza asas ni pun tak tahu, tapi berani tulis โMalaysia bakal disingkirโ dan senasib seperti Timor Leste, memang layak digelar media copy-paste yang hanya nak dapatkan "engagement" dan bukan media analisis yang berprinsip.
Sejak FIFA mengumumkan keputusan rasmi pada 26 September 2025, isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya sepatutnya dah selesai. Namun FAM telah mengemukakan rayuan. Pada 3 November 2025, FIFA telah mengeluarkan keputusan akhir dan muktamad. Tapi masih banyak pihak termasuk segelintir media arus perdana yang terus reka naratif kononnya Malaysia bakal kena potong mata, digantung, dilarang beraksi di Piala Asia malah dituduh menipu seperti kes Timor-Leste. Bukan setakat itu sahaja, lebih mengecewakan apabila ada pihak di kalangan bekas pemain dan bekas ahli persatuan badan tertinggi bola sepak negara itu membuat komentar seolah-olah merekalah penentu hukum dan keputusan bocor telah diketahui lebih awal.
Hakikatnya, FIFA sudah pun membuat keputusan muktamad, dan tiada sebarang penambahan hukuman seperti penalti terhadap skuad kebangsaan Malaysia. Dalam keputusan tersebut, tidak ada langsung disebut mengenai tindakan pemotongan mata, pembatalan keputusan perlawanan, atau sekatan penyertaan Malaysia dalam kelayakan Piala Asia 2027.
Kenapa Tujuh Pemain Itu Digantung?
FIFA tidak pernah isytiharkan mereka โpemain tidak sah (ineligible players)โ, sebaliknya menggantung mereka di bawah Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (Forgery and Falsification). Artikel ini digunakan bila terdapat ketidakselarasan atau kecuaian dalam dokumen rasmi yang dikemukakan kepada FIFA, contohnya, data kelahiran, salinan sijil asal atau terjemahan yang tak disahkan. Proses naturalisasi yang tidak lengkap semasa pendaftaran atau rantaian dokumen yang dianggap โtidak memenuhi standard FIFA untuk verifikasi antarabangsa.โ
Maknanya, secara jelas dan terang berdasarkan hukuman FIFA yang telah dimuktamadkan pada Isnin lepas, isu ini bukan pemalsuan sepenuhnya, tapi teknikal dan administratif. FIFA jatuhkan penggantungan sementara kepada tujuh pemain tersebut sebagai langkah "compliance enforcement" untuk memastikan semua data mereka diperbetulkan dan disahkan semula sebelum boleh beraksi semula di pentas antarabangsa.
Kalau sekiranya mereka benar-benar โtak sah bermainโ, keputusan Malaysia 4โ0 Vietnam mahupun Malaysia 2-0 Nepal dah lama dibatalkan jadi 0โ3, tapi itu sama sekali tidak berlaku walaupon Federasi bola sepak Nepal dan Vietnam sendiri telah membuat protes secara rasmi kepada FIFA sebelum ini. Hal Ini kerana FIFA sendiri tidak klasifikasikan mereka sebagai "ineligible players", sebaliknya sebagai โregistered players with administrative irregularities.โ Rujuk kembali Kod Artikel 22 yang dikenakan ke atas Malaysia.
โณPeranan AFC & CAS dalam menentukan status sebenar Pas**an Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia 2027.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John dalam kenyataan rasminya jelas menyebut, โAFC hanya akan buka semakan selepas keputusan muktamad FIFA atau CAS.โ
Maknanya, AFC takkan buat apa-apa selagi keputusan FIFA belum ditutup sepenuhnya.
Dua hari lepas, FIFA sudah pun kekalkan keputusan tanpa tambahan hukuman atau mengenakan penalti kepada pas**an kebangsaan Malaysia, AFC tidak akan sesekali melangkaui keputusan yang telah dikeluarkan FIFA.
FAM telah memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan rayuan ke CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) bukan untuk mengelak potongan mata, kerana sememangnya tiada potongan mata dikenakan oleh FIFA, tetapi bagi mencuba mengurangkan atau menggugurkan sepenuhnya hukuman pentadbiran terhadap FAM dan pemain. Langkah ini juga bertujuan untuk membersihkan imej bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.
Jika tidak bersalah, tidak ada sebab untuk menyerah tanpa membela diri, berbeza dengan kes Timor Leste dahulu yang nyata terlibat dalam pemalsuan dokumen. Keputusan akhir daripada CAS kelak akan menjadi rujukan rasmi kepada AFC. Sekiranya hukuman dikekalkan, AFC akan mengekalkan status tersebut mengikut garis panduan FIFA. Namun jika CAS mengurangkan atau membatalkan hukuman, AFC akan turut mengesahkan keputusan baru itu.
Akhir kata, kadang-kadang masalah bukan pada FIFA. Masalahnya pada โpengulas bola separuh masakโ yang lebih rajin baca komen TikTok daripada baca dokumen rasmi. ๐โฝ
Copy dari original post Warkah Realiti
Berita Bola Semasa II