MDaily

MDaily KONSERT . GAYA HIDUP . BISNES

Untuk menghantar cerita anda, siaran akhbar, surat kepada editor, atau sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected].

(Dari kiri ke kanan) Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Lim Hock Guan; Pengerusi Eksek...
07/09/2026

(Dari kiri ke kanan) Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Lim Hock Guan; Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San; Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin; serta Pengarah Eksekutif MYDIN, Tuan Ahimmat Mydin Mohamed, ketika majlis pemeteraian rasmi Perjanjian Penyewaan antara LBS dan MYDIN di KITA @ Cybersouth, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pertumbuhan serta pembangunan komersial perbandaran berkenaan.

Pemaju hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) menjalin kerjasama strategik bersama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menerusi pemeteraian Perjanjian Penyewaan bagi memperkukuh ekosistem peruncitan dan komersial di perbandaran utamanya, KITA @ Cybersouth.

https://mdaily.my/lbs-jalin-kerjasama-strategik-bersama-mydin-lengkapi-kemudahan-kita-cybersouth/

REPRINTED 4 INAZ – Bila Muzik Menjadi Tanda SokonganInaz, anak kepada Andy Flop Poppy, kini sedang melalui perjalanan ra...
07/09/2026

REPRINTED 4 INAZ – Bila Muzik Menjadi Tanda Sokongan

Inaz, anak kepada Andy Flop Poppy, kini sedang melalui perjalanan rawatan selepas mengalami masalah scoliosis (skoliosis) yang memerlukan pembedahan.

Secara mudah, scoliosis menyebabkan tulang belakang yang sepatutnya kelihatan lurus apabila dilihat dari belakang menjadi melengkung ke sisi. Apabila lengkungan menjadi semakin serius, keadaan ini boleh menjejaskan postur dan pergerakan serta menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan.

Berdasarkan penilaian pakar yang dikongsikan oleh keluarganya, Inaz memerlukan pembedahan dengan kos rawatan yang dianggarkan sekitar RM97,000.

Bagi membantu meringankan beban keluarga dalam menampung kos tersebut, cetakan khas baju ikonik Flop Poppy diperkenalkan menerusi REPRINTED 4 INAZ – Limited Charity Edition, dengan hasil jualan digunakan bagi membantu mengumpul dana rawatan dan pembedahan Inaz.

Dijual pada harga RM100 termasuk pos, baju edisi terhad ini menggunakan material Cotton 220 Premium Grade dan tersedia dalam saiz S hingga 3XL.

Mereka yang ingin memberikan sokongan boleh membuat pembayaran ke akaun Maybank Rise And Shine Resources (5624 0566 6006) dan menghantar resit berserta nama, saiz, nombor telefon serta alamat penuh melalui WhatsApp 014-717 6276.

Setiap pembelian bukan sekadar membawa pulang sehelai baju, tetapi menjadi sebahagian daripada usaha membantu Inaz mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Kuantiti terhad — bila habis, habislah.

Pengasas Barbarik, JoBranko, menunaikan janji dengan melunaskan 'hutang' kepada para peminat semasa Konsert Biru Mata Hi...
07/09/2026

Pengasas Barbarik, JoBranko, menunaikan janji dengan melunaskan 'hutang' kepada para peminat semasa Konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary yang berlangsung penuh bertenaga pada malam Sabtu lalu.

JoBranko, atau digelar Tok Ketua oleh peminatnya, sempat berseloroh di atas pentas mengenai janji persembahannya yang lalu sebelum memulakan aksi gitarnya.

https://mdaily.my/jobranko-lunas-hutang-di-konsert-biru-mata-hitamku/

Penyanyi dan komposer popular tempatan, Najwa Latif meluahkan rasa teruja dan berbesar hati apabila dipilih sebagai peny...
07/09/2026

Penyanyi dan komposer popular tempatan, Najwa Latif meluahkan rasa teruja dan berbesar hati apabila dipilih sebagai penyanyi undangan khas bagi menjayakan konsert WALI LIVE IN JB yang bakal berlangsung di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri pada 3 Oktober depan.

Najwa, 31, atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, beliau tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut memandangkan lagu-lagu kumpulan popular dari Indonesia itu merupakan sebahagian daripada latar belakang muziknya ketika membesar.

https://mdaily.my/membesar-dengan-lagu-wali-band-najwa-latif-teruja-dipilih-sebagai-jemputan/

Selepas melengkapkan siri persembahan di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan pop rock popular dari Indonesia, D...
07/09/2026

Selepas melengkapkan siri persembahan di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan pop rock popular dari Indonesia, D'Masiv, memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir jelajah D’MASIV Asia Home Run sebelum melabuhkan tirai di Jakarta.

Konsert yang dibawakan khas oleh penganjur Neptunes Presents itu bakal menggegarkan pentas Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada jam 8 malam, 20 November 2026.

https://mdaily.my/jelajah-dmasiv-asia-home-run-pilih-mega-star-arena-november-ini/

Kejutan membawakan lagu ikonik Biduanita Negara Dato' Seri Siti Nurhaliza, Cindai, serta penampilan segak mengenakan pak...
07/09/2026

Kejutan membawakan lagu ikonik Biduanita Negara Dato' Seri Siti Nurhaliza, Cindai, serta penampilan segak mengenakan pakaian tradisi Baju Melayu lengkap bertanjak menjadi antara sorotan utama yang menyemarakkan konsert kumpulan legenda Indonesia, Ungu, malam Sabtu lalu.

Konsert bertajuk Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur yang berlangsung di Idea Live Arena di sini menyaksikan hampir 4,000 peminat membanjiri ruang dewan bagi meraikan ulang tahun ke-30 perjalanan muzik kumpulan popular berkenaan.

https://mdaily.my/lagu-cindai-berbaju-melayu-lengkap-tanjak-antara-sorotan-ungu-3-dasawarsa/

Hi  ! Jom cuci mata tengok senarai kat bawah, terus lock date dengan concert buddy korang sekarang!- Mansur & Liu | Kham...
07/09/2026

Hi ! Jom cuci mata tengok senarai kat bawah, terus lock date dengan concert buddy korang sekarang!

- Mansur & Liu | Khamis, 10 September 2026 8:30 PM hingga Ahad, 20 September 2026 8:00 PM | Panggung Sari, Istana Budaya
- SPOTLIGHT - Imjan Ajmain | Sabtu, 12 September 2026 4:30 PM | Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
- Maurice Steger's Nature Concerti by MPO | Sabtu, 12 September 2026 8:00 PM | Dewan Filharmonik PETRONAS
- ROCK KING AWIE LAST MAN STANDING | Sabtu, 12 September 2026 8:00 PM | Stadium Merdeka
- SPOTLIGHT - Noryn Aziz | Sabtu, 12 September 2026 8:30 PM | Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Layari www.mdaily.my/konsert

Seramai 13 wakil negara dinobatkan bagi pelbagai gelaran utama pada Pertandingan Akhir Universe Earth International 2026...
06/09/2026

Seramai 13 wakil negara dinobatkan bagi pelbagai gelaran utama pada Pertandingan Akhir Universe Earth International 2026 yang berlangsung di HXC Grand Ballroom, United Point Mall di sini, baru-baru ini sekali gus melayakkan mereka membawa cabaran Malaysia ke pentas antarabangsa.

Acara gilang-gemilang itu menyaksikan persaingan sengit merangkumi pelbagai kategori pertandingan ratu cantik dan peragaan berprestij.

https://mdaily.my/universe-earth-international-2026-13-ratu-cantik-malaysia-sedia-ke-pentas-dunia/

Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) memanfaatkan penganjuran Wasiyyah Larian Sawah Padi Tanjong Karang 4.0 sebagai platfor...
06/09/2026

Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) memanfaatkan penganjuran Wasiyyah Larian Sawah Padi Tanjong Karang 4.0 sebagai platform interaktif bagi mendidik masyarakat, khususnya generasi muda dan pasangan berkeluarga, mengenai kepentingan perancangan harta menerusi aplikasi Hibah Digital.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah, Ariffin Sabirin berkata, penajaan utama buat kali kedua bagi acara berkenaan selari dengan strategi penyasaran pasaran syarikat berasaskan trend demografi pelanggan yang semakin muda.

https://mdaily.my/wasiyyah-manfaatkan-larian-sawah-padi-4-0-didik-generasi-muda-mengunakan-hibah-digital/

Bunyi dentingan sudu "ding ding" yang mengacau secawan susu hangat setiap pagi merupakan antara memori penuh nostalgia b...
06/09/2026

Bunyi dentingan sudu "ding ding" yang mengacau secawan susu hangat setiap pagi merupakan antara memori penuh nostalgia bagi ramai rakyat Malaysia sebelum melangkah ke sekolah.

Rutin ringkas yang menjadi sebahagian daripada kehidupan pelbagai keluarga merentas generasi di negara ini rupanya telah genap berusia 40 tahun, menandakan perjalanan empat dekad jenama susu tepung terkemuka, Fernleaf, sebagai peneman nutrisi pagi masyarakat tempatan.

https://mdaily.my/program-komuniti-fernleaf-raikan-40-tahun-kenangan-ding-ding-sebelum-ke-sekolah/

Address

B2-01-02, Level B2, Entertainment Hub, BBCC, 2, Jalan Hang Tuah
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MDaily posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share