21/05/2026
ππππππππ ππππππ πππππππ ππππππ πππ ππππππ
πππππ ππππ π
21 Mei 2026 | Khamis
π IPD Brickfields, Kuala Lumpur
Telah berlangsung dengan jayanya Karnival Jualan Anjuran PERKEP IPD Brickfields yang bertujuan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Brickfields, ahli-ahli PERKEP, para peniaga serta komuniti setempat.
Program ini turut memberi peluang kepada usahawan kecil mempromosikan produk dan menjana pendapatan melalui penyertaan pelbagai gerai jualan yang terdiri daripada makanan, minuman serta pakaian dewasa dan kanak-kanak.
Majlis telah dirasmikan oleh YDH ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields dan turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan IPD Brickfields serta Ahli Jawatankuasa PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur dan PERKEP IPD Brickfields.
Antara pengisian menarik sepanjang program berlangsung ialah:
β¨ Jualan Rahmah MADANI oleh pihak KPDNHEP
β¨ Pemberian 100 cermin mata percuma oleh Bolton Optical Group
β¨ Pertandingan meneka jumlah kacang di dalam balang dengan hadiah utama gold bar 0.5 gram
β¨ Pelbagai gerai jualan daripada ahli PERKEP dan peniaga luar
Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga IPD Brickfields, para pengunjung dan para peniaga. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim serta menyokong aktiviti kebajikan dan komuniti.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. πΉ