AFP Semakan Fakta

AFP Semakan Fakta Semakan fakta dari agensi berita global Agence France-Presse (AFP)

Klip demo di Perancis? ❌Video sebenarnya menunjukkan protes itu dirakam di Nepal. 🇳🇵
23/10/2025

Klip demo di Perancis? ❌

Video sebenarnya menunjukkan protes itu dirakam di Nepal. 🇳🇵

Ratusan ribu orang berdemonstrasi di seluruh Perancis menentang pemotongan bajet yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Perancis yang dipimpin oleh Presiden Emmanuel Macron. Namun video yang disiarkan di media sosial dengan dakwaan ia menunjukkan protes tersebut sebenarnya dirakam di Nepal.

Penangkapan penyelidik vaksin MMR membatalkan kajiannya? ❌Penyelidik itu tidak secara langsung terlibat dalam penyelidik...
23/10/2025

Penangkapan penyelidik vaksin MMR membatalkan kajiannya? ❌

Penyelidik itu tidak secara langsung terlibat dalam penyelidikan tersebut dan penangkapannya tidak membatalkan penyelidikan yang menunjukkan vaksin MMR tidak menyebabkan gangguan neurologi dan perkembangan.

Siaran media sosial yang menyoal "integriti" kertas selidik yang menunjukkan tiada kaitan antara vaksin Measles, Mumps and Rubella (MMR) dengan autisme tular selepas seorang penyelidik Denmark, Poul Thorsen, yang kononnya memainkan peranan dalam kajian tersebut telah ditahan. Namun, jurnal yang mene...

Video taufan ragasa membadai Filipina? ❌Klip menunjukkan orang awam melawan angin kencang sebenarnya diambil di Taiwan p...
23/10/2025

Video taufan ragasa membadai Filipina? ❌

Klip menunjukkan orang awam melawan angin kencang sebenarnya diambil di Taiwan pada April 2024. 🇹🇼

Taufan Ragasa membadai Filipina, Taiwan dan selatan China pada September 2025, membawa angin kencang dan hujan lebat. Namun rakaman yang menunjukkan beberapa orang bergelut melawan angin kencang di platform stesen kereta api tiada kena-mengena dengan ribut baru-baru ini. Video itu sebenarnya menunju...

Imej kesan gempa bumi Afghanistan? ❌Imej bangunan runtuh di Afghanistan sebenarnya dijana kecerdasan buatan (AI). 🇦🇫
23/10/2025

Imej kesan gempa bumi Afghanistan? ❌

Imej bangunan runtuh di Afghanistan sebenarnya dijana kecerdasan buatan (AI). 🇦🇫

Imej yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang menunjukkan bangunan runtuh disiarkan dengan dakwaan palsu yang ia menunjukkan keadaan di Afghanistan selepas gempa bumi melanda negara tersebut pada bulan Ogos dan mengorbankan lebih 2,200 orang.

Bantuan MyKasih boleh beli arak? ❌Kementerian Kewangan berkata dakwaan itu adalah "fitnah" dan bantuan tersebut hanya bo...
02/10/2025

Bantuan MyKasih boleh beli arak? ❌

Kementerian Kewangan berkata dakwaan itu adalah "fitnah" dan bantuan tersebut hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barang asas. 🍞

Kementerian Kewangan menyangkal siaran media sosial yang mendakwa bantuan kewangan yang disalurkan melalu inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barang keperluan harian boleh digunakan untuk membeli arak. Kementerian itu berkata dakwaan itu adalah "fitnah" dan bantuan tersebut hanya bo...

Imej flotilla menuju ke Gaza? ❌Imej-imej yang menunjukkan konvoi bot yang dihiasi dengan bendera Palestin itu sebenarnya...
02/10/2025

Imej flotilla menuju ke Gaza? ❌

Imej-imej yang menunjukkan konvoi bot yang dihiasi dengan bendera Palestin itu sebenarnya hasil janaan kecerdasan buatan (AI) disiarkan dengan dakwaan salah. ⛵️

Selepas konvoi Global Sumud Flotilla yang bertujuan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza berlepas dari Sepanyol pada akhir bulan Ogos, beberapa imej hasil janaan kecerdasan buatan (AI) yang menunjukkan konvoi bot yang dihiasi dengan bendera Palestin disiarkan dengan dakwaan salah ia menunjukkan floti...

Klip Global Sumud Flotilla? ❌Video yang menunjukkan bot-bot nelayan keluar ke laut di utara China telah dikongsi di medi...
02/10/2025

Klip Global Sumud Flotilla? ❌

Video yang menunjukkan bot-bot nelayan keluar ke laut di utara China telah dikongsi di media sosial dengan dakwaan salah ia menggambarkan Global Sumud Flotilla yang sedang menuju ke Gaza. 🇵🇸

Video bot-bot nelayan keluar ke laut di utara China dikongsi dengan dakwaan salah ia menunjukkan Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan dan aktivis pro-Palestin dalam perjalanan ke Gaza.

Artikel tulen Berita Mediacorp Singapura? ❌Berita Mediacorp berkata ia tidak menyiarkan laporan itu yang juga salah meng...
02/10/2025

Artikel tulen Berita Mediacorp Singapura? ❌

Berita Mediacorp berkata ia tidak menyiarkan laporan itu yang juga salah mengenal pasti dua orang ahli parlimen Singapura sebagai "penganalisis politik". 🇸🇬

Kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim sering berdepan kritikan daripada parti pembangkang kerana gagal melakukan reformasi, tetapi satu tangkapan skrin berita daripada media Singapura yang mendakwa beliau "hilang sokongan rakyat" adalah palsu. Berita Mediacorp berkata ia ti...

Air tombong kelapa rawat masalah buah pinggang? ❌Pakar perubatan berkata tiada bukti saintifik yang menyokong rawatan pe...
11/09/2025

Air tombong kelapa rawat masalah buah pinggang? ❌

Pakar perubatan berkata tiada bukti saintifik yang menyokong rawatan penyakit buah pinggang menggunakan tombong kelapa.🥥

Tiada bukti minum air perahan tombong kelapa boleh membantu merawat penyakit buah pinggang, bertentangan dengan siaran yang mempromosikan petua lama itu. Rawatan perubatan yang betul adalah penting untuk memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang, kata doktor kepada AFP, sambil menambah baha...

EPL haramkan lilitan pelangi sokong LGBT? ❌Lilitan dan tali kasut itu sebelum ini merupakan sebahagian daripada kerjasam...
11/09/2025

EPL haramkan lilitan pelangi sokong LGBT? ❌

Lilitan dan tali kasut itu sebelum ini merupakan sebahagian daripada kerjasama Liga Perdana Inggeris dengan NGO LGBTQ, Stonewall, yang telah tamat. ⚽️

Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak mengharamkan lilitan kapten dan tali kasut berwarna pelangi, bertentangan dengan siaran keliru yang mendakwa liga tersebut telah mengambil langkah itu untuk musim 2025-2026. Lilitan dan tali kasut tersebut sebelum ini merupakan sebahagian daripada kerjasama liga ter...

Imej polis Belanda tahan tentera Israel? ❌Gambar itu pernah dikongsi dalam laporan lama, tetapi individu dalam imej ters...
11/09/2025

Imej polis Belanda tahan tentera Israel? ❌

Gambar itu pernah dikongsi dalam laporan lama, tetapi individu dalam imej tersebut tidak dikenalpasti sebagai anggota IDF. 👮

Gambar tidak berkaitan tular dalam siaran palsu yang mendakwa ia menunjukkan polis Belanda menahan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang berada di negara itu. Gambar-gambar itu pernah dikongsi dalam laporan dan siaran lama, tetapi individu dalam gambar tersebut tidak dikenalpasti sebagai angg...

Imej 'fenomena hujan ikan' di Honduras? ❌Imej lama itu sebenarnya diambil ketika kemalangan trak bawa ikan di China pada...
14/01/2025

Imej 'fenomena hujan ikan' di Honduras? ❌
Imej lama itu sebenarnya diambil ketika kemalangan trak bawa ikan di China pada 2015. 🐠

Gambar-gambar jalan raya yang dipenuhi dengan limpahan ikan tersebar dalam laporan mengenai sebuah bandar di Honduras di mana berlakunya "hujan ikan", suatu fenomena membingungkan di mana hujan lebat menyebabkan ratusan ikan bertaburan di atas tanah. Imej itu telah dikongsi dalam konteks mengeliruka...

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFP Semakan Fakta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share