01/06/2026
140 Tahun Inovasi Mercedes-Benz: Warisan Yang Terus Menerajui Masa Hadapan
Sejak tahun 1886, Mercedes-Benz telah menjadi pelopor dalam dunia automotif, mencipta inovasi yang bukan sahaja mengubah cara kita bergerak, malah membentuk sejarah industri kenderaan global.
Bagi meraikan ulang tahun ke-140 jenama ikonik ini, Mercedes-Benz melancarkan kempen global "140 Years. 140 Places."
Yang merangkumi 140 lokasi di enam benua. Sebuah perjalanan istimewa yang menghargai warisan, inovasi dan kecemerlangan yang telah menjadi identiti Mercedes-Benz selama lebih satu abad.
Kini, sambutan berprestij ini tiba di Kuala Lumpur, membawa bersama kemunculan S-Class Baharu โ simbol kemewahan, teknologi & keselesaan yang terus menetapkan penanda aras dalam segmen sedan mewah.
Dalam jelajah globalnya yang merentasi lebih 50,000 kilometer & enam benua, S-Class Baharu menjadi lambang komitmen Mercedes-Benz dalam menggabungkan tradisi, inovasi & visi masa hadapan.
Dan minggu yang lalu, Kuala Lumpur menjadi sebahagian daripada sejarah tersebut.
140 Tahun. 140 Lokasi.
Satu legasi. Satu perjalanan.