Cheritaa.com CSI

Cheritaa.com CSI cheritaa.com
semua CHERITAA tentang kita 📝

Nubhan nak kata dia macam Johnny Deep?
06/11/2025

Nubhan nak kata dia macam Johnny Deep?

INNALILALHIWAIINAILAIHIROJIUN Pengorbanan seorang ayah 😢 dah  otw balik rumah. Tapi patah balik sebab susu anak tertingg...
06/11/2025

INNALILALHIWAIINAILAIHIROJIUN

Pengorbanan seorang ayah 😢 dah otw balik rumah. Tapi patah balik sebab susu anak tertinggal kat tempat kerja.. lepas tu excident dan meninggal di tempat kejadian..nampak susu beterabur kat sebelah arwah...Allah 😭😭

Di Myanmar, tentera negara tu baru saja serbu pusat penipuan dalam talian terbesar di KK Park, Myawaddy iaitu kawasan se...
02/11/2025

Di Myanmar, tentera negara tu baru saja serbu pusat penipuan dalam talian terbesar di KK Park, Myawaddy iaitu kawasan sempadan yang terkenal dengan aktiviti siber haram dan perjudian lintas sempadan.

Operasi ni siap guna letupan besar sampai bangunan habis musnah dan lebih 1,500 orang lari lintas sempadan ke Thailand.

Ramai antara mereka bukan rakyat tempatan, tapi datang dari 28 negara termasuk China, Filipina, India, Vietnam dan Kenya, yang sebenarnya jadi mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu kononnya dapat kerja sah, tapi akhirnya dipaksa kerja dalam “scam center”.

Apa yang lebih gila, ramai mangsa ni rupa-rupanya dikurung dan dipaksa buat kerja menipu orang seluruh dunia guna komputer dan AI chatbot palsu.

Lepas serbuan, Thailand terus buka pusat perlindungan sementara untuk siasat siapa mangsa sebenar dan siapa yang terlibat.

Tapi menurut laporan tempatan, walaupun KK Park dah hancur, beberapa pusat scam lain di Myawaddy masih beroperasi sebab kawasan tu memang separa dikawal antara tentera Myanmar dan militia etnik Karen.

FB Nazri Hamdan

KEGEMBIRAAN sekump**an kanak-kanak mandi-manda di kawasan lombong berakhir tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan...
26/10/2025

KEGEMBIRAAN sekump**an kanak-kanak mandi-manda di kawasan lombong berakhir tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas, petang tadi.

Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal, 12, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Penchu lemas di lombong dekat Kampung Penchu, Kundang, Tangkak pada 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa kira-kira 50 meter dari lokasi mandi, lapor Harian Metro Online.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan membabitkan polis, bomba serta bantuan penduduk setempat,” katanya.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Catatan Malim: Bila Tidur Jadi Perjalanan TerakhirSebelum kamu sibuk bagi "Tip survival" mari baca dulu iniOrang selalu ...
21/10/2025

Catatan Malim: Bila Tidur Jadi Perjalanan Terakhir

Sebelum kamu sibuk bagi "Tip survival" mari baca dulu ini

Orang selalu cakap “Kalau kena hipotermia, guna saja kit survival. Api, poncho, energy bar semua ada.”
Tapi bagi yang pernah benar-benar berdepan sejuk gunung waktu malam, dia tahu… hipotermia bukan tentang apa yang kau bawa, tapi apa yang masih mampu kau buat bila badan mula menyerah.

Hipotermia datang senyap.
Mula-mula menggigil. Lepas tu pening, kabur, dan tiba-tiba semua rasa perlahan.
Otak berhenti berfikir waras.
Kau mula rasa tenang, "tenang yang menipu."
Dan waktu itulah ramai fikir nak baring sekejap, nak “rehat” sebentar.
Padahal, itulah detik terakhir dia sedar.

Ramai mangsa yang dijumpai dalam posisi tidur, ada yang siap buka baju,
"paradoxical un******ng," kata medik.
Mereka tak lawan, sebab tubuh dah berhenti menggigil.
Bila menggigil berhenti, itu tandanya badan dah kalah.
Selepas itu, jantung perlahan... dan senyap.

Dan kalau kau seorang diri,
99% masa itulah pengakhirannya.
Sebab hipotermia bukan lawan yang boleh kau hadapi sorang.
Sekuat mana pun semangat, secanggih mana pun gear survival, bila otak dah separuh “shutdown”,
kau takkan sempat guna pun semua tu.

Ada yg Fatal dengan fire starter di tangan,
dengan energy bar di poket.
Bukan sebab tak tahu guna
tapi sebab dia dah tak mampu fikir untuk guna.

Gunung tak pernah kisah berapa mahal jaket kau,
berapa banyak gear dalam beg kau.
Yang gunung peduli cuma satu
kau masih sedar, atau tidak.

Sebab dalam sejuk yang menggigit tulang,
yang boleh selamatkan nyawa bukan kit,
tapi kehadiran manusia lain yang tolong kejutkan bila kau mula tertidur.

Jadi sebelum kau sibuk bagi “tips survival” dalam ruangan komen, ingat satu perkara:
Dalam dunia sebenar, survival bukan tentang alat, tapi tentang peluang.
Dan bila kau seorang diri, peluang itu…
adalah sangat Tipis, Setipis Harapan utk terus melihat dunia.... Jadi jangan pernah tinggalkan Sahabat kau di belakang....

Kredit to owner

Bomba pertama jumpa arwah Mustaqqeem, kongsi perjalanannya naik ke Gunung Liang. Katanya atas Gunung Liang ada line rupa...
21/10/2025

Bomba pertama jumpa arwah Mustaqqeem, kongsi perjalanannya naik ke Gunung Liang. Katanya atas Gunung Liang ada line rupanya. Dia hanya memerlukan 4 jam untuk naik ke atas, sekiranya dapat laporan awal.

Kat mana jumpa, apa yang berlaku, betul ker kawan-kawan dia ada cari Mustaqqeem?

Semua dia ada jawab. Antara jawapannya,

Bomba: Ya, saya orang yang terlebih dahulu jumpa. Saya bagi salam sebab nampak dia di bawah tu. Lepas tu panggil nama, tapi tak bersahut. Saya terus pergi dekat dan tengok keadaan mungkin dah tak bernyawa. Bila saya sentuh, memang betul lah.

Bomba:
Ya… saya naik bawa bekal roti dua biji dan air kosong saja, untuk bagi kepada mangsa kalau masih hidup. Dalam hati memang nak jumpa dia dalam keadaan bernyawa. Kecewa tu tak payah cakaplah… sebab gunung tu memang sangat curam. Kami berdua memang ‘push’ habis-habisan, rehat pun sekejap-sekejap saja sebab kaki dah mula kejang.

Cuma masa dekat 7E, kami berhenti lama sikit untuk solat Zohor. Dalam hati masa tu dah rasa sangat kecewa sebab tak jumpa. Macam-macam dah terfikir… sepatutnya arwah dah ada kat situ kalau dia turun. Rupanya, dia dah meninggal di atas sana😢

Sumber:Marazman Bomba

.comcsi

Kalau Allah izin tetap akan dijumpai, akhirnya jumpalah juga jasad yang hilang!Natsuse dihanyutkan tsunami 14 tahun lalu...
19/10/2025

Kalau Allah izin tetap akan dijumpai, akhirnya jumpalah juga jasad yang hilang!

Natsuse dihanyutkan tsunami 14 tahun lalu iaitu pada tahun 2011.

Ia serba sedikit memberi kegembiraan pada si ibu dan ayah Natsuse, mereka memeluk erat cebisan anaknya itu.

Miyako, Jepun: Keluarga seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang sejak tsunami dicetuskan oleh gempa bumi besar timur Jepun pada 2011, akhirnya menerima cebisan jasad anak mereka itu. Ia selepas 14 tahun dan tujuh bulan mangsa dihanyutkan arus tsunami. “Kamu sudah berusaha deng...

Identiti mangsa bvnuh di Juru, Pulau Pinang.Semoga Kak Su dan Wardah tenang di sana. Semoga si pembvnvh ditangkap dengan...
19/10/2025

Identiti mangsa bvnuh di Juru, Pulau Pinang.

Semoga Kak Su dan Wardah tenang di sana. Semoga si pembvnvh ditangkap dengan segera.

Ya Allah, takutnya tengok dunia sekarang ini, setiap hari ada berita tentang pembvnuhan 😢😢

19/10/2025

Rakaman voice mesej seorang lelaki. Hilang anak dan isteri dipercayai dibvnuh. Suami kena reman 7 hari.

Kes murid sekolah p3cah k3pala, akibat dis3bat dengan buckle tali pinggangKeluarga mangsa tegas mengatakan mangsa dibuli...
17/10/2025

Kes murid sekolah p3cah k3pala, akibat dis3bat dengan buckle tali pinggang

Keluarga mangsa tegas mengatakan mangsa dibuli. Manakala pihak sekolah p**a mengatakan mereka hanya bermain.

Kenyataan pihak sekolah di ruang komen

Seorang lelaki berumur 69 tahun yg buta kedua-dua mata menunggu isterinya selama berjam-jam di luar rumah. Anehnya, dia ...
17/10/2025

Seorang lelaki berumur 69 tahun yg buta kedua-dua mata menunggu isterinya selama berjam-jam di luar rumah. Anehnya, dia berulang kali cuba panggil namun isteri tak sahut. Rupanya si isteri diam-diam 'tamatkan' hayat diri dalam rumah.

Katanya pagi tu, si isteri balik dari tempat kerja dalam keadaan tertekan. Lepas suami minta tolong jiran bukakan lampu, mereka temukan tubuh wanita itu di tangga rumah 😭

Address

Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheritaa.com CSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cheritaa.com CSI:

Share