Malaysia hari ini

Malaysia hari ini Himpunan Video & berita utk rakyat malaysia kupas bersama. komen anda adalah tanggungjawab sendiri.

ππŽπ‹πˆπ’ πŠπ‹π”π€ππ† π“π€ππ†πŠπ€π πŸ‘ π‹π„π‹π€πŠπˆ π“π„π‘π‹πˆππ€π“ πŠπ„π’ π’π€πŒπ”π πƒπˆ π“π€πŒπ€π ππ„π‘πŒπ€πˆππ€πKLUANG – Tindakan pantas polis berjaya menahan tiga l...
07/11/2025

ππŽπ‹πˆπ’ πŠπ‹π”π€ππ† π“π€ππ†πŠπ€π πŸ‘ π‹π„π‹π€πŠπˆ π“π„π‘π‹πˆππ€π“ πŠπ„π’ π’π€πŒπ”π πƒπˆ π“π€πŒπ€π ππ„π‘πŒπ€πˆππ€π

KLUANG – Tindakan pantas polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kes samun berkawan tanpa senjata di sebuah taman permainan, Taman Delima, baru-baru ini.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang di sebuah restoran di Taman Intan, semalam, turut menemui sebuah telefon bimbit jenis Vivo dipercayai milik mangsa.
Siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

ππ„ππ˜πŽπŠπŽππ† π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŒπ„ππ†π€πŒπ”πŠ πƒπˆ π’π“π€πƒπˆπ”πŒ πŒπππ‰PETALING JAYA – Kekalahan Selangor FC kepada Persib Bandung 3-2 dalam aksi Li...
06/11/2025

ππ„ππ˜πŽπŠπŽππ† π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŒπ„ππ†π€πŒπ”πŠ πƒπˆ π’π“π€πƒπˆπ”πŒ πŒπππ‰

PETALING JAYA – Kekalahan Selangor FC kepada Persib Bandung 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia II mencetuskan kemarahan penyokong di luar Stadium MBPJ malam tadi. Ribuan penyokong Red Giants berhimpun di pintu utama sambil menjerit nama Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Dr Johan Kamal Hamidon, mendesak penjelasan atas prestasi buruk pasukan.
Sebahagian penyokong dikatakan turut cuba memasuki kawasan VIP dan menutup pintu keluar stadium sebagai tanda protes. Kekalahan itu menyaksikan Selangor tersingkir tanpa sebarang mata dalam saingan Kumpulan G.

𝐏𝐑𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇: π“πˆπ€πƒπ€ ππ„π‘π“π„πŒππ”ππ†π€π πŠπ„π‘π”π’πˆ 𝐁𝐍-𝐏𝐇, πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ 𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍 π’π€π‡πŠπ€πPUTATAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datu...
06/11/2025

𝐏𝐑𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇: π“πˆπ€πƒπ€ ππ„π‘π“π„πŒππ”ππ†π€π πŠπ„π‘π”π’πˆ 𝐁𝐍-𝐏𝐇, πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ 𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍 π’π€π‡πŠπ€π

PUTATAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, mengesahkan tiada pertembungan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Beliau berkata, walaupun masih terdapat rundingan mengenai pengagihan kerusi dalam BN, kedua-dua parti Kerajaan Madani itu tidak akan bertembung.
Mohamad juga menyeru jentera BN supaya terus bergerak hingga hari pengundian pada 29 November bagi memastikan kemenangan calon-calon BN.
Beliau turut mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed, sebagai calon di kerusi DUN Tanjung Keramat kerana kesetiaan dan sumbangannya terhadap parti.

06/11/2025

𝐓𝐔𝐋𝐀𝐑 π‹π€π†πˆ π’πˆπ€π‘π€π 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 ππ„π†π€π–π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ πƒπˆπ“π€π‡π€π πŠπ„π‘π‰π€ πƒπˆ π“πˆπŠπ“πŽπŠ

KUALA LUMPUR – Video pegawai polis ditahan kerja tular semula apabila wanita itu didakwa membuat siaran langsung di TikTok bersama lelaki warga Pakistan, individu sama dalam insiden di Chow Kit sebelum ini.

06/11/2025

𝐃𝐔𝐀 ππ„π‹π€π˜π€π π‡πˆπ‹π€ππ† πŠπ„π’π€π 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 ππŽπ“ πŠπ€π‘π€πŒ πƒπˆ ππˆππ“π”π‹π”

BINTULU – Dua nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka karam akibat laut bergelora di perairan Tanjung Payung petang semalam. Empat lagi rakan mereka berjaya diselamatkan oleh kapal tunda berhampiran. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini digerakkan Maritim Malaysia dengan bantuan aset udara dan laut.

06/11/2025

ππŽπ‹πˆπ’ π’πˆπ€π’π€π“ π•πˆπƒπ„πŽ 𝐓𝐔𝐋𝐀𝐑 πŠπ„πŠπ„π‚πŽπ‡π€π πƒπˆ π‚π‡πŽπ– πŠπˆπ“

Tular video seorang pegawai polis wanita yang ditahan kerja mencetus kekecohan di Jalan Ipoh, Chow Kit, selepas menuduh anggota bertugas mengugut seorang warga Pakistan yang memandu tanpa lesen. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

ππ„π†π€π–π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐓𝐔𝐋𝐀𝐑 πƒπˆπ“π€π‡π€π πŠπ„π‘π‰π€ 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπ„πŠπ„π‚πŽπ‡π€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π€ππ†π†πŽπ“π€Sebuah video tular memaparkan seorang wanita pegawai poli...
06/11/2025

ππ„π†π€π–π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐓𝐔𝐋𝐀𝐑 πƒπˆπ“π€π‡π€π πŠπ„π‘π‰π€ 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπ„πŠπ„π‚πŽπ‡π€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π€ππ†π†πŽπ“π€

Sebuah video tular memaparkan seorang wanita pegawai polis yang ditahan kerja sejak tahun lalu membuat kecoh di Jalan Ipoh, Chow Kit, selepas menuduh anggota polis mengugut seorang lelaki warga Pakistan. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan kerana memandu tanpa lesen. Namun, wanita berkenaan datang menuduh anggota bertugas tidak mengetahui undang-undang serta memperlekehkan mereka. Ekoran kejadian, laporan polis dibuat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ πƒπˆπ‹π€ππŽπ‘πŠπ€π π‡πˆπ‹π€ππ† πƒπˆ π“π€πˆππˆππ†TAIPING, β€” Seorang warga emas dikenali sebagai Abdul Wahab, 85 tahun, dila...
06/11/2025

π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ πƒπˆπ‹π€ππŽπ‘πŠπ€π π‡πˆπ‹π€ππ† πƒπˆ π“π€πˆππˆππ†

TAIPING, β€” Seorang warga emas dikenali sebagai Abdul Wahab, 85 tahun, dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu dan sehingga kini belum ditemui.

Difahamkan, mangsa yang mempunyai masalah ingatan lemah (nyanyuk) kali terakhir dilihat di sekitar kawasan Taiping. Usaha mencari masih giat dijalankan oleh keluarga serta orang awam yang prihatin terhadap kehilangan tersebut.

Mereka kini merayu orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya agar segera menghubungi talian 016-6606043.

Keluarga turut menzahirkan harapan agar orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat tepat bagi mempercepatkan usaha pencarian.

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π“π€π‡π…πˆπ™ πƒπˆπ‹π€ππŽπ‘πŠπ€π π‡πˆπ‹π€ππ† πƒπˆ π“π€ππ†πŠπ€πŠSeorang pelajar tahfiz berusia 13 tahun, Muhammad Aisy Thaqif bin Mohd Khalid...
06/11/2025

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π“π€π‡π…πˆπ™ πƒπˆπ‹π€ππŽπ‘πŠπ€π π‡πˆπ‹π€ππ† πƒπˆ π“π€ππ†πŠπ€πŠ

Seorang pelajar tahfiz berusia 13 tahun, Muhammad Aisy Thaqif bin Mohd Khalid, dilaporkan hilang. Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Tangkak, remaja itu mempunyai fizikal kurus, berambut pendek dan berketinggian 157 sentimeter. Dia kali terakhir dilihat memakai baju jersey biru gelap dan seluar tiga suku hitam bergaris putih. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu usaha mengesan remaja tersebut.

06/11/2025

πŠπ„πŒπ€π‹π€ππ†π€π πƒπˆ πŒπŽπ”ππ“ π„π‘π’πŠπˆππ„

Sebuah kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di Mount Erskine, Tanjung Tokong, Pulau Pinang melibatkan sebuah motosikal. Menurut saksi, penunggang motosikal berkenaan parah selepas terbabit dalam insiden berkenaan. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

06/11/2025

π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐓𝐔𝐋𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 π€π–π€πŒ πƒπˆπ“π€π‡π€π ππŽπ‹πˆπ’ πƒπˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan polis susulan video tular menunjukkan tindakannya menghalang penjawat awam bertugas di Terminal Bas Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara anggota RELA dan suspek sebelum pengadu, seorang pembantu keselamatan, cuba meleraikan keadaan. Suspek didapati menepis bahu pengadu namun tiada kecederaan berlaku. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan ujian air kencingnya negatif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

πŠπˆπ‹π€ππ† π˜π“π‹ π‚π„πŒπ„ππ“ πƒπˆ π‚π‡π„πŒπŽπ‘  π“π„π‘ππ€πŠπ€π‘Kebakaran berlaku di kilang YTL Cement, Kanthan, Chemor, Perak, malam tadi, membabi...
06/11/2025

πŠπˆπ‹π€ππ† π˜π“π‹ π‚π„πŒπ„ππ“ πƒπˆ π‚π‡π„πŒπŽπ‘ π“π„π‘ππ€πŠπ€π‘
Kebakaran berlaku di kilang YTL Cement, Kanthan, Chemor, Perak, malam tadi, membabitkan bahagian belt conveyor. Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 9.38 malam sebelum jentera dari Balai Bomba Sungai Siput tiba 10 minit kemudian. Komander Operasi, PBK I Mohd Shamsul Baharin Sulaiman memaklumkan, kebakaran melibatkan 20 peratus struktur conveyor dan dipadam menggunakan satu aliran hos sepanjang 50 kaki. Operasi dibantu pasukan ERT YTL dan berjaya dikawal pada jam 9.53 malam sebelum tamat sepenuhnya jam 12.23 pagi. Tiada mangsa cedera dilaporkan.

Address

Jalan AMPANG
Kuala Lumpur
55000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia hari ini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysia hari ini:

Share