
12/12/2021
RUPANYA ANAK YANG MENCURI.. PANDAI BERLAKON
Johor: PERBUATAN lelaki memperdayakan ibunya dengan mendakwa rumah mereka dipecah masuk sehingga sebentuk cincin emas hilang terbongkar apabila siasatan polis mendapati dia mencuri barang kemas terbabit sebelum digadai.
Lelaki berusia 22 tahun itu menipu ibunya sehingga memaksa wanita terbabit membuat laporan polis.
Bagaimanapun, siasatan ke atas laporan polis itu membawa kepada penahanan suspek berkenaan di sekitar Jementah, Segamat, jam 1 pagi hari ini.
Polis berkata, ibu suspek berusia 50-an membuat laporan polis malam semalam selepas mendapati cincin emas bernilai RM500 miliknya hilang.
“Wanita itu membuat laporan di Balai Polis selepas suspek mendakwa rumah mereka dipecah masuk.
“Namun, pegawai penyiasat ketika menjalankan siasatan serta pemeriksaan menyeluruh di rumah berkenaan mendapati sesuatu mencurigakan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis
Katanya, ibu suspek kemudian menghubungi lelaki itu dan memintanya p**ang ke rumah bagi membantu siasatan polis, namun dia enggan.
“Susulan itu, polis berjaya mengesan suspek dan menahannya jam 1 pagi tadi ketika sedang minum bersama tiga lelaki berusia antara 14 hingga 20 tahun,” katanya.
Katanya, hasil soal siasat suspek mengaku menipu ibunya dan menyuruh wanita itu membuat laporan polis kerana bimbang tembelangnya mencuri cincin emas terbabit terbongkar.
“Suspek mencuri cincin emas milik ibunya beberapa hari lalu sebelum disedari wanita itu. Dia mendakwa menggadai barangan kemas itu di sebuah kedai pajak gadai di sini,” katanya.
Menurutnya, polis turut menahan tiga lelaki yang bersama suspek kerana mereka disyaki terbabit dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Jementah.
Katanya, suspek juga disyaki tahi judi dan menjadikan duit yang diperoleh selepas menggadai barang kemas itu sebagai modal untuk aktiviti perjudian dalam talian. Suspek ketagihan Judi disebabkan pernah memenangi sejumlah wang besar dari online judi bernama { Octo8asia }
“Keempat-empat suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Disiarkan pada: September 20, 2018 @ 7:03pm