Faisal Datuk Abd Rahman

Faisal Datuk Abd Rahman Assalamualaikum, semoga sentiasa dalam Rahmat Allaah swt... dakwah sunnah teras kepimpinan Islam

Layari Website Rasmi kami disini
https://bbchimastoresources.wordpress.com/

https://s.shopee.com.my/an_redir?origin_link=https%3A%2F%2Fshopee.com.my%2Fproduct%2F1343602906%2F29262586649%3Fgads_t_s...
06/10/2025

https://s.shopee.com.my/an_redir?origin_link=https%3A%2F%2Fshopee.com.my%2Fproduct%2F1343602906%2F29262586649%3Fgads_t_sig%3DVTJGc2RHVmtYMTlxTFVSVVRrdENkWHlFU0hvQlZFVENpb1FnT09uNDlDS1BkamNFSi9DcnJrRVVGU3VnK01mTVNOWUJGLzBZc1BEdlVNZTJGQnovaTNlMnlqbjh5eXVtbG90bGhlajVRUDUzb1BqQndIWGVWK2M4dkw0SkUreUw3eHBBOGpoVmg3c3FvdFpYcEl1elNBPT0&sm=fb_partner&affiliate_id=12317820120

Perfumemaker2 โ€“ Minyak Wangi Tahan Lama (30ml) ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jenama Popular dari Malaysia | ๐ŸŒ Wangian Mewah, Harga Mampu Milik Nak bau wangi macam jenama mahal tapi tak nak bayar lebih? Perfumemaker2 ialah minyak wangi inspirasi yang telah terjual lebih 300,000 botol dalam 6 bulan. Kini boleh didapa...

๐Ÿ“ข Makluman Penting Buat Semua TraderAssalamualaikum wbt,Untuk makluman, syarikat broker GMI Edge akan menamatkan operasi...
18/09/2025

๐Ÿ“ข Makluman Penting Buat Semua Trader

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman, syarikat broker GMI Edge akan menamatkan operasi di Malaysia pada hujung tahun ini. Segala proses ke arah tersebut telahpun bermula bulan ini.

๐Ÿ‘‰ Saya menasihatkan semua rakan trader agar mengeluarkan modal pelaburan sebelum hujung bulan ini. InsyAllah, GMI Edge tetap dikenang sebagai satu-satunya broker yang benar-benar gentleman โ€” masuk secara baik, keluar secara hormat.

Namun, sekiranya IB atau trader menghadapi sebarang kesulitan, bolehlah segera maklumkan kepada saya.

---

๐ŸŒŸ Peluang Baru Bersama Phyntex Markets

Selepas membuat perbandingan dengan beberapa broker lain, saya dapati Phyntex Markets tampil dengan beberapa kelebihan unik:

โœ… Pengeluaran pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum (sesuatu yang jarang ditawarkan broker lain)
โœ… Spread rendah 24 jam / 5 hari seminggu โ€“ sangat sesuai untuk scalper, intraday & swing trader
โœ… Pelbagai produk: Forex major & exotic, Gold (XAUUSD), Commodities, US & UK Stocks
โœ… Affiliate program yang kukuh โ€“ peluang jana pendapatan aktif & pasif
โ€ข Rebat major pair: $10
โ€ข Exotic (contoh ###JPY): $12
โ€ข Gold (XAUUSD): $15

๐Ÿ“Œ Daftar di sini sekarang:
๐Ÿ‘‰ https://ma.phyntexmarkets.com/ib/?partner=0ceyIzMTM4Ijp0cnVlfQeG

---

๐ŸŽ“ Bonus Dari Saya

Sekiranya sambutan positif, insyaAllah saya akan kongsikan:
๐Ÿ“Š Analisa Fundamental, Intermarket & Teknikal
๐Ÿ“ˆ BBchimasto Trading System โ€“ sistem trading yang saya gunakan sejak 11 tahun lalu, alhamdulillah terbukti keberkesanannya.

๐Ÿ“ฑ Kalau ada cadangan untuk buat group WhatsApp, boleh kita buka (sebab saya jarang buka Telegram).

---

โ„น๏ธ Info Pendaftaran

โœ… Akaun verified sangat mudah โ€“ hanya IC depan belakang atau lesen memandu.
โœ… Chill, proses cepat & mesra.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
MIB Phyntex
Ustaz Faisal โ€“ 011 1562 1655

---

๐Ÿ’ก Saya juga sedang usahakan untuk aktifkan semula akaun FB lama saya (7k followers) yang pernah cuba digodam oleh scammer. Alhamdulillah Allah SWT masih jaga.

๐ŸŒŸ Jadi jangan tunggu lagi, daftar sekarang:
๐Ÿ‘‰ https://ma.phyntexmarkets.com/ib/?partner=0ceyIzMTM4Ijp0cnVlfQeG

17/08/2025

UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN
EN. MD RIFIE WAZIR
PENYELARAS DUN N.01 KUALA LINGGI (2024โ€“2027)

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Md Rifie Wazir atas pelantikan beliau sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi, mewakili blok pembangkang bagi penggal 2024โ€“2027.

Pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab besar dan amanah berat, apatah lagi dalam suasana politik semasa yang menuntut keteguhan prinsip, kejelasan hala tuju, dan ketulusan dalam berkhidmat.

Meskipun berada di luar struktur kerajaan negeri, saya yakin beliau akan menjalankan peranan dengan berani, matang dan berintegriti โ€“ menjadi suara alternatif yang membina dan sentiasa berpihak kepada rakyat.

Penyelaras DUN pembangkang bukan hanya simbol semak imbang, tetapi juga benteng terakhir menjaga suara rakyat agar tidak tenggelam dalam kebisingan kuasa.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada En. Rifie untuk terus istiqamah menabur bakti, menyantuni rakyat Kuala Linggi, dan menyuarakan kebenaran demi kesejahteraan semua.

"Di saat kuasa bukan milik kita,
khidmat yang tulus menjadi senjata."

Tahniah sekali lagi. Teruskan perjuangan.

Ikhlas
Ustaz Hj. Mohd Faisal Datuk Abd Rahman
Pejuang ABATA

16/08/2025

MODUL KHAS (Semoga bermanfaat)

PENYELARAS DUN PEMBANGKANG: BERGERAK TANPA KUASA, BERKHIDMAT DENGAN RAKYAT

KONTEKS & LATAR BELAKANG

Dalam sistem demokrasi, kekalahan di peringkat DUN tidak bermakna kekalahan total. Bagi kawasan Parlimen yang dimenangi oleh pembangkang tetapi semua DUN di bawahnya dimenangi kerajaan negeri, satu mekanisme perlu diwujudkan untuk menjaga kepentingan rakyat dan mengukuhkan kehadiran parti.

1. ๐ŸŽฏ MATLAMAT PELANTIKAN PENYELARAS DUN PEMBANGKANG

Menyambung khidmat rakyat meskipun tiada kuasa rasmi.

Memastikan suara rakyat terus dibawa dan tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri.

Menjaga kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi.

Merintis jalan kembali menawan DUN dalam PRU/PRN akan datang.

2. TANGGUNGJAWAB UTAMA PENYELARAS DUN

A. Khidmat Rakyat & Aduan

Tubuh Pusat Khidmat Rakyat Alternatif.

Terima dan dokumentasi aduan rakyat.

Rujuk kepada agensi kerajaan atau salurkan kepada Ahli Parlimen untuk tindakan susulan.

B. Aktivisme Komuniti

Anjur program sumbangan, bantuan, motivasi pelajar, ziarah, gotong royong, dll.

Bekerjasama dengan NGO, tokoh masyarakat, dan Masjid/Surau.

C. Semak & Imbang ADUN Kerajaan

Pantau janji manifesto mereka.

Buat kenyataan media tentang isu rakyat yang diabaikan.

Bertindak sebagai โ€œADUN bayanganโ€.

D. Kukuhkan Jentera Parti

Aktifkan semula cawangan dan PASAK jentera pilihan raya.

Latih PACA, skuad muda, siber troopers, dan sukarelawan.

Lapor terus kepada Ketua Parlimen / Pengarah Kawasan.

3. STRATEGI KOMUNIKASI PENYELARAS

Guna platform media sosial: kemaskini aktiviti setiap minggu.

Tiktok & Reel pendek: โ€œWalaupun kalah, kami tetap berkhidmat.โ€

Infografik rakyat: โ€œSiapa bantu, siapa ghaib?โ€

Naratif utama: โ€œKami tiada kuasa tapi tetap bantuโ€.

4. PENILAIAN PRESTASI PENYELARAS

Laporan ringkas aktiviti setiap 3 bulan.

Jumlah aduan diterima & diselesaikan.

Program yang berjaya dilaksanakan.

Peningkatan sokongan rakyat (melalui bancian atau kehadiran program).

5. KATA KUNCI KEJAYAAN

Nilai Aplikasi

Terus turun padang tanpa mengeluh.
Tidak mengharapkan ganjaran atau pujian.
Strategi Faham medan, guna peluang kecil untuk impak besar.
& Amanah Rakyat akan percaya walaupun tiada gaji.
Rakyat Ziarah, salam, senyum โ€” kecil tapi besar impaknya.

๐Ÿ“Ž LAMPIRAN (CADANGAN TAMBAHAN)

1. Contoh jadual program bulanan.

2. Contoh teks ucapan ringkas untuk program komuniti.

3. Template laporan bulanan Penyelaras DUN.

4. Naratif poster & slogan

Selamat Bertugas!

ustaz Faisal Datuk Abd Rahman
AJK BAHAGIAN MASJID TANAH

09/08/2025

โ€œKawan-kawan, kita duduk kampung niโ€ฆ kita bukan buta. Kita nampak apa yang berlaku. Baru-baru ni, dalam Parlimen, Perdana Menteri kita โ€” PMX โ€” tuduh MP Pagoh kononnya bela kepentingan warga asing. Tuduh! Tapi peliknya, satu pun media tak pernah lapor MP Pagoh cakap macam tu. Jadi, soalan sayaโ€ฆ PMX dapat info tu dari mana? Dari media sosial yang tak sahih ke, atau dari kepala sendiri?

Rakyat sekarang tengah tertekan. Harga barang naik, cukai baru muncul, minyak tak turun. Ahli Parlimen pembangkang tak dapat peruntukan pun nak tolong rakyat. Tapi apa yang kita dapat? Tuduh-menuduh. Fitnah sana, sindir sini.

Kalau betul MP Pagoh cakap benda tu, buktikan. Kalau tak ada bukti, ini namanya fitnah. Fitnah ni bukan main-main, kawan-kawan. Dalam Islam, fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh.

Saya nak tanya semuaโ€ฆ kalau kerajaan asyik sibuk serang pembangkang, siapa nak selesaikan masalah rakyat? Kita nak pemimpin yang kerja, bukan yang pandai reka cerita.

Ingatโ€ฆ jangan sampai kita hanyut dengan drama politik. Harga beras tak turun dengan sindiran. Hutang tak hilang dengan tuduhan. Kena fokus pada kerja untuk rakyat, bukan kerja menjatuhkan lawan.โ€





HIMPUNAN TURUNKAN PEMIMPIN ZALIM HARAM, PERTAHAN PEMIMPIN ZALIM HALAL?"Fatwa mana UMDAPH pakai ni? Fatwa liberal? Fatwa ...
29/07/2025

HIMPUNAN TURUNKAN PEMIMPIN ZALIM HARAM, PERTAHAN PEMIMPIN ZALIM HALAL?"

Fatwa mana UMDAPH pakai ni? Fatwa liberal? Fatwa ikut selera kuasa??

Pertama, Islam tidak mengharamkan rakyat menolak, menegur bahkan menjatuhkan pemimpin yang zalim, munafik dan khianat. Bahkan al-Quran dan sunnah menyuruh kita menentang kezaliman, menolak pemimpin yang mungkir janji, menipu rakyat, dan membebankan mereka dengan cukai-cukai menindas...

Kedua, apa hukumnya bila pemimpin:

rakyat dengan janji palsu?

kos sara hidup tapi hidup mewah atas nama "Madani"?

Nak rampas harta orang yang sudah meninggal tanpa bicara??

Dapat kuasa melalui penipuan mandat, manipulasi Istana & mengkhianati ahli parti sendiri???

Bersekongkol dengan DAP, liberal, evangelis & sekular atas nama "kerajaan perpaduan", sedangkan mereka pernah menghina Islam???

Adakah Islam membenarkan semua itu atas nama 'stabiliti'? Jangan tunggang agama bila nak lindung kuasa & jawatan!

Ketiga, jangan lupa sejarah hitam....

jatuhkan PM8 Tan Sri Muhyiddin masa COVID??

rampas kuasa negeri Perak secara khianat???

tikam belakang Muafakat Nasional dan sabotaj PM9 dari parti sendiri????

Siapa cium tangan PAS masa susah, tikam PAS masa dapat jawatan.??

Yang ini semua tak ada fatwa ke?????

= Pengkhianat Undi & Penunggang Agama

Mereka kata himpunan aman rakyat marhaen โ€œharamโ€, tapi mempertahan bekas banduan penjenayah, penunggang agama, kaki tabur fitnah, penyokong sekularisme, yang buat sistem bobrok... itu semua halal?

"Islam bukan milik parti. Islam bukan alat lindung dosa pemimpin..."

โœŠ๐Ÿผ Rakyat bangkit bukan sebab tak sabar!!

Rakyat bangkit sebab cukup sabar dengan kezaliman, hipokrasi dan manipulasi kuasa atas nama Islam..

Kredit to sahabat saya Tun Faisal Ismail Aziz

Suara Rakyat Suara Keramat

Ustaz Hj. Mohd Faisal Datuk Abd Rahman
Pengerusi Biro Agama Bahagian Masjid Tanah




25/07/2025

Assalamualaikum Dan Salam Perjuangan

Hari ini mereka bangga umum bantuan. Konon nak ringankan beban rakyat. Tapi cuba kita tanya beban siapa yang ringan?
Harga barang masih menggila, cukai terus menekan, gaji rakyat statik macam tu juga.

Rakyat ditabur gula-gula, disuruh diam. Nak alih tumpuan sebab 26 Julai rakyat mahu turun, mahu bersuara, mahu tunjuk kita dah tak tahan ditekan!

Kita turun bukan bawa senjata, kita turun bawa suara hati. Kita tak bawa batu, kita bawa maruah.
Kita tak gentar ugutan, kita tak takut dengan gula-gula politik.
Yang kita mahu keadilan, tanggungjawab, dan amanah!

Ayuh, sahabat-sahabatku jangan takut. Kita berhimpun aman. Kita pertahan hak kita. Kita tunjuk pada dunia rakyat Malaysia bukan lembu dicucuk hidung!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!..



Address

No. 3201 Jalan Syers Off Langgak
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faisal Datuk Abd Rahman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faisal Datuk Abd Rahman:

Share