
07/10/2024
Sayap pemuda memainkan peranan yang amat penting sebagai penyambung suara golongan muda kepada barisan kepimpinan tertinggi. Mereka bukan sahaja menjadi medium untuk menyuarakan pandangan anak muda, tetapi juga menjadi agen perubahan yang membawa idea-idea baru yang segar dan sesuai dengan peredaran masa.
Keberanian untuk berbuat salah bukanlah sesuatu yang perlu dipandang rendah. Kesilapan sering kali menjadi guru terbaik dalam kehidupan. Anak muda harus diberikan ruang dan peluang untuk mencuba, walaupun risiko kesilapan itu wujud. Melalui kesilapan, mereka akan memperoleh pengalaman berharga yang boleh mematangkan mereka dalam membuat keputusan di masa hadapan.
Selain itu, anak muda perlu bijak dan berani dalam menyampaikan pendapat atau cadangan kepada pucuk pimpinan. Setiap cadangan yang diutarakan perlu disertakan dengan alasan yang kukuh dan rasional.
Ini akan membuktikan bahawa cadangan tersebut bukanlah sekadar pendapat biasa, tetapi hasil daripada analisis dan pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu isu. Jika cadangan disampaikan dengan cara yang bijak dan berlandaskan fakta, ia akan lebih mudah diterima oleh pimpinan, dan ini dapat membantu mencorakkan dasar-dasar yang lebih baik untuk masa depan negara.
Oleh itu, anak muda perlu diberikan kepercayaan untuk menjadi pemimpin masa depan. Keberanian mereka dalam menyuarakan pendapat dan kematangan dalam mengendalikan isu-isu akan menjadi aset yang berharga dalam membina negara yang lebih maju dan sejahtera.
𝗔𝗥𝗠𝗔𝗗𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡