20/02/2023
Salam semua, arini saya nak kongsikan kenapa kita kena consider beli dryer. Bukan nak tunjuk kaya tapi dryer dah jadi satu keperluan..
IMPIAN SEMUA NI, belilah dryer kerana sangat memudahkan kerja seharian kita. Jimat masa jimat tenaga.. Hari -hari pun boleh berdobi. Orang rajin jemur kain jangan kecam posting saya ye.. sebab jemur kain bagi saya dah jadi sejarah… hahahha( gurau je tau )
Faktor yang perlu diambil kira:
1. Bajet
2. Jimat elektrik atau tidak
3. Ruang letak mesin
Ok faktor penting adalah bajet
Jika bajet tinggi, anda boleh terus selesaikan faktor 2 dan 3.
Kenapa?
Sebab nak dryer yang jimat elektrik ni biasanya mahal tapi tetap berbaloi. Lagi - lagi kalau kita anak ramai. Dryer yang paling jimat elektrik adalah yang jenis HEAT PUMP.
Haa, dryer ni ada 3 jenis tau
1. Vented (harganya bwh 1k kot)
2. Condenser (1-2k)
3. Heat pump (3k ke atas)
Jika kita nak pilih jenis mana, kita tengok bajet kita..
Kalau jenis vented tu dia ada corong untuk keluarkan haba panas. Jadi kena halakan corong tu keluar wap panas. Kena tebuk cermin keluar salur ke luar rumah.
Condenser p**a takde corong, jadi mahal sikit lah dari vented dan biasanya ada kena keluarkan air .
Heat pump pun takde corong. Lagi mahal dan sangat jimat elektrik. Vented dan condenser ni penjimatan elektrik dia tak sebaik heat pump.
Yang jenis Heat pump ni beli mahal sikit, tapi memang jimat elektrik dan sangat berbaloi. Dan
Yang paling best walaupun dryer HEAT PUMP Ni mahal, sekarang ni dah ada yg boleh bayar bulanan. Serendah Rm109 sebulan sehinggalah menjadi hak milik. Ok la kan dari kita habiskan masa pergi dobi tiap - tiap minggu.
Banyak lagi anda boleh tahu pasal dryer ni.. sebelum beli boleh kaji dulu. Dan kena tahu juga kenapa best beli dryer dari dryer 2 in 1..
Ok ni sy share brand bagus ni
SAMSUNG HEAT PUMP
Heat pump ni dryer paling mahal kat pasaran tau…the best di mata saya. Yang lagi best dia fast dry dan blh muat 9KG!
Untuk org yg anak ramai mcm saya sgt sgt sy syorkan utk penggunaan dryer ini.
Sebelum keluar rumah, masuk baju dlm mesin basuh, sampai rumah p**a ambil baju2 tu masukkan dalam dryer. Yang bestnya dryer ni paling pantas keringkan baju. Dan kalau duk kondo ambil yang inox dimana dryer inox lagi silent dari dryer lain. Tak de la bising sangat dalam rumah.
Hujan pun boleh keringkan baju Tau.
Suami - suami yang tiada bajet banyak pun mampu belikan untuk wife anda ya. Hadiah paling bermakna untuk isteri. Lagi satu, kesian isteri - isteri usung baju berbakul - bakul ke dobi semata - mata nak baju semua baju kita bersih.
Serius ni dryer lah antara satu benda yg sgt memudahkan hidup satu keluarga anda😊. Tengok gambar kat bawah… bahagia kan.. senang kerja.. xperlu hangger bersepah -sepah bawah kerusi lagi.🤪🤪
Pesanan ikhlas daripada saya, guna lah plug khas untuk dryer sahaja. Jgn campur2 dgn plug lain dan jgn guna extension ya. Sbb plug saya pernah meletup sbb s**a sambung banyak - banyak.