12/06/2026
πππππ ππππππ πππππ ππππππ πππππ πππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππππππ
KUALA LUMPUR, 12 Jun 2026 β Majlis Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Bahagian Geospatial Pertahanan (SMR BGSP) telah berlangsung di Dewan Ukur, JUPEM melibatkan Pegawai Waran Satu (PW 1) Marcos anak Andin sebagai penyerah tugas kepada Pegawai Waran Satu (PW 1) Nurul Ikhwan bin Om selaku penerima tugas.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (PBGSP), Brigedier Jeneral Datoβ Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab serta dihadiri oleh Timbalan Pengarah BGSP, Kolonel Gs Norazlin binti Haji Pamuji dan warga BGSP.
PW 1 Marcos anak Andin telah menyandang jawatan SMR BGSP sejak 11 Mei 2022 hingga 11 Jun 2026 dan seterusnya akan meneruskan perkhidmatan di 50 Rejimen Pakar Keretapi, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Pakar (AW).
Dalam majlis yang sama, YBhg Pengarah BGSP turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada warga BGSP meliputi Anugerah Kecemerlangan Anak SPM, sumbangan kelahiran cahaya mata serta bantuan kepada staf yang menghadapi ujian kesihatan ahli keluarga. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan BGSP terhadap kebajikan dan kesejahteraan warganya.
Warga BGSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PW 1 Marcos anak Andin atas segala jasa dan sumbangan sepanjang perkhidmatan beliau serta mengucapkan selamat maju jaya dalam penugasan baharu. Tahniah dan selamat menjalankan tugas turut diucapkan kepada PW 1 Nurul Ikhwan bin Om atas pelantikan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Bahagian Geospatial Pertahanan yang baharu.