Hangat

Hangat Portal Hangat

14/09/2026

🍜 Jangan tak percaya, satu produk mi segera boleh diolah menjadi 100 resipi berbeza!

Menerusi inisiatif “1 Mi Sedaap 100 Cara Nikmati”, Mi Sedaap dan TAR UMT meraikan 100 resipi kreatif mi segera yang unik berasaskan Mi Sedaap Goreng Asli.

Daripada inspirasi citarasa tempatan kepada kombinasi yang luar biasa, setiap resipi menunjukkan bagaimana makanan yang biasa kita nikmati boleh diolah menjadi sesuatu yang baharu.

Inisiatif ini turut mencatat pencapaian Malaysia Book of Records bagi “Variasi Resipi Mi Segera Terbanyak”.

Satu mi, 100 idea. Kreativiti orang Malaysia memang lain macam. 🇲🇾🔥

Mi Sedaap Malaysia

13/09/2026

Pelakon, Elfira Loy berkongsi khabar duka pemergian ibunya, Filzah Yusoff yang menghembuskan nafas terakhir, hari ini (13 Sept 2026).

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, berkata, jenazah arwah ibunya dibawa ke Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Filzah Yusoff, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

“Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin Alam Damai. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Al-fatihah.
elfiraloy

05/09/2026

DSV + DIDA DAH NAK KAHWIN?

Dato Seri Vida baru-baru ini telah meminta netizen di Thread untuk mencipta hashtag gabungan namanya Vida bersama chef selebriti, Dato Fazley untuk majlis bahagia, dipercayai majlis perkahwinan mereka.

Meskipun tidak menjelaskan maksud hari bahagia itu, netizen tampil dengan pelbagai cadangan kreatif seperti VidaMeetsDida, VidaLaDida dan banyak lagi.

Pun begitu, ada yang beranggapan ini sebagai strategi pemasaran mereka untuk melancarkan produk terbaharu, kelak.

Terdahulu pasangan ini nafikan dakwaan nikah senyap dan minta doa agar hubungan berkekalan.

Apa hashtag paling kreatif korang?


29/08/2026
28/08/2026

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan akhirnya buka cerita tentang perjalanan IVF beliau bersama pasangan, Jim. Selepas tiga tahun mencuba untuk dapatkan cahaya mata, penyanyi yang selesa dengan panggilan Lizzy memulakan langkah pertama di Alpha IVF & Women’s Specialists untuk proses pembekuan telur.

Dalam vlog “Part 1” beliau, Elizabeth berkongsi realiti perjalanan IVF — dari imbasan ultrasound yang menunjukkan folikel, kesan lebam di perut akibat suntikan, hinggalah mengumpul ubat Puregon untuk kegunaan di rumah. Sepanjang konsultasi dengan Dr. Navdeep, suaminya, Jim juga dilihat sentiasa beri sokongan penuh.

Elizabeth akhiri video dengan teaser “Part 2” di mana dia akan tunjuk sendiri cara suntik ubat di rumah. Walaupun proses ini mencabar secara fizikal dan emosi, nada beliau tetap positif dan berharap dapat memberi kesedaran serta kekuatan kepada pasangan lain yang turut melalui cabaran kesuburan yang sama.

23/08/2026

Perkara yang sepatutnya rahsia, kini jadi tatapan umum!

Kecoh di aplikasi Threads memaparkan beberapa dokumen berbentuk gambar dan video, dipercayai bukti bagi kes saman dan penceraian bekas pasangan pempengaruh dan usahawan Malaysia.

Semuanya bermula dengan apabila individu berkenaan berkongsi di Instagram Story foto dokumen yang tertera jelas resit mahkamah dengan nombor fail BC-B53CY-5-12|2024 / H0272101 bertarikh 23/12/2024.

Tanpa beliau disedari, dengan nombor fail itu, warganet pantas melakukan semakan di e-Kehakiman.

Ia membawa kepada penemuan bukti gambar dan video, dengan salah satunya menunjukkan wanita kelihatan mengeluarkan satu persatu barang dari beg galas bekas pasangannya hingga menemukan dua kotak kondom berjemana D***x.

Sumber: Threads

21/08/2026

Penyanyi Baby Shima berkongsi pengalaman lucu ketika berada di tandas awam di Shanghai yang menggunakan tandas cangkung tanpa pintu.

Dalam video tersebut, beliU berseloroh kononnya boleh berkenalan dengan “kawan baru” kerana ketiadaan privasi, malah berlakon berbual dengan individu di tandas sebelah ketika sedang membuang air.

Gaya santai dan reaksi terkejut Baby Shima mengundang gelak ketawa warganet, dengan ramai mengulas situasi itu sebagai “budaya luar negara yang mengejutkan”.

Apa lagi perkara pelik yang pernah anda hadap ketika di luar negara?

NENG BABY SHIMA

18/08/2026

Teka-teki mengenai ‘hari bahagia’ penyanyi serta pelakon, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terungkai apabila tarikh pernikahan mereka diumumkan secara eksklusif dalam rancangan popular MeleTOP.

Pasangan yang mesra disapa ‘BASS’ ini membuat pengumuman bahawa majlis akad nikah dijangka bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026 selepas mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026.

Kredit video teamsaddiq

17/08/2026

Pelakon Elisya Sandha tampil menjelaskan isu pemakaiannya yang dikritik ketika menyertai acara kecergasan Hyrox di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Menurutnya, baju berkenaan dipilih bersama rakan-rakannya dan dia lebih mengutamakan pengalaman sepanjang kejohanan tersebut.

Elisya, 27, menegaskan tidak terkesan dengan komen negatif netizen kerana telah mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.

“Kawan-kawan saya yang sertai Hyrox nak pakai baju yang sama... Saya tahu saya akan kena kecam sebab pemakaian tapi apa yang penting saya dapat pengalaman bersama kawan-kawan. Cuma sebab kita di Hyrox mestilah nak bersiap. Nak rasa macam atlet.”

“Saya tak terganggu pun dengan komen-komen itu semua. Yang paling penting saya dah minta izin suami. Suami izinkan... Dia percaya yang kalau saya nak menutup aurat, saya buat untuk Allah bukan orang lain.”

Sumber Asal: OhBulan!
Video IG elisyasandhaofficial

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hangat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category