02/12/2023
Claim, jangan tak claim eMadani.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023
Tarikh Tuntutan / Perbelanjaan
Tarikh pendaftaran dan penebusan adalah bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023
Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu:
1. MAE
2. ShopeePay
3. Setel
4. Touch n Go
Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.
Haaa, apa lagi. Claim jangan tak claim.