08/10/2026
π§πππ πππ₯ππππ π ππ¨π§ πππ ππππ‘πππ‘ ππππππ¨π ππππ‘ πππππ π¦ππ§π¨ ππππ‘π πππππ
Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong di Pontian pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Siraj pada 6.55 petang ini.
Terdahulu, jenazah Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, dibawa ke kediaman keluarga selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Pontian.
Lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, guru serta penduduk setempat mengiringi jenazah ke tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir, selepas solat jenazah disempurnakan di Masjid Parit Haji Siraj.
Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, Nor Daniel Aiman sedang menghantar dua adiknya ke Sekolah Kebangsaan Parit Sapran dengan motosikal apabila mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj.
Menurut ibu mereka, Julaiha Munaji, 44, dua anaknya yang masih bersekolah tetap mahu ke sekolah walaupun telah dimaklumkan sekolah ditutup akibat jerebu pada hari ini.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata dua pembonceng masing-masing berusia lapan dan 11 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal berusia 18 tahun meninggal dunia di Hospital Pontian.
Pemandu lori berusia 69 tahun p**a mengalami kecederaan pada tangan dan kedua-dua lutut.
Kredit: Bernama