ABIM PRESS

ABIM PRESS Menerbitkan buku-buku serius dan berkualiti

E-BUKU TERBAHARU PERCUMAKHABAR GEMBIRA BUAT PARA HAJIOleh: Imām Yūsuf al-QaraḍāwīPenterjemah: Mohd Khairul Anwar Ismail ...
24/05/2026

E-BUKU TERBAHARU PERCUMA

KHABAR GEMBIRA BUAT PARA HAJI
Oleh: Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī
Penterjemah: Mohd Khairul Anwar Ismail

Hadirnya bulan Zulhijjah sentiasa membawa suasana yang berbeza bagi umat Islam, kerana pada bulan inilah jutaan umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Tanah Suci Mekah sebagai tetamu Allāh, manakala jutaan yang lain menghidupkan hari-hari terbaik sepanjang tahun, iaitu 10 hari-hari awal Zulhijjah dengan doa, zikir, puasa dan amal soleh.

Namun haji bukan sekadar perjalanan menuju Mekah. Sebagaimana yang dihuraikan oleh Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī dalam khutbahnya, Min Mubashshirāt al-Ḥajj, haji ialah perjalanan kembali kepada manusia yang sebenar. Ia bukan sekadar perpindahan jasad dari satu tempat ke satu tempat, tetapi perpindahan jiwa daripada kelalaian kepada kesedaran, daripada dosa kepada pengampunan dan daripada kehidupan yang berselerak kepada kehidupan yang kembali berpusat kepada Allāh subḥānahu wa ta‘ālā. Haji membuka ruang untuk manusia memulakan lembaran yang baharu bersama Tuhannya.

Lebih daripada itu, haji juga merupakan perjalanan perdamaian. Di Tanah Haram, manusia meninggalkan seketika pangkat, kelompok, perbezaan dan segala yang sering menjadi sebab pertelingkahan. Yang tinggal hanyalah seorang hamba di hadapan Tuhannya. Dalam dunia yang semakin menyaksikan perpecahan dan manusia yang semakin mudah bermusuhan antara satu sama lain, haji datang mengingatkan bahawa tidak semua perbezaan perlu berakhir dengan permusuhan, dan bahawa persaudaraan sentiasa lebih besar daripada segala perselisihan.

Khabar Gembira Buat Para Haji ini kami terbitkannya dalam bentuk e-buku percuma sebagai bahan renungan kita bersama. E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!

E-BUKU TERBAHARU PERCUMAKEMULIAAN HAJI, MEKAH DAN MADINAHOleh: Imām al-Ghazālī raḥimahullāhPenterjemah: Mohammad Syafiq ...
18/05/2026

E-BUKU TERBAHARU PERCUMA

KEMULIAAN HAJI, MEKAH DAN MADINAH
Oleh: Imām al-Ghazālī raḥimahullāh
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (Sūrah al-Ḥajj, 27)

Ayat agung ini menggambarkan panggilan langit yang tidak pernah terputus sejak zaman Nabi Ibrāhīm ‘alayhissalām. Dari dahulu hingga hari ini, manusia datang menuju Baitullāh dari seluruh pelusuk dunia, membawa hati yang penuh harapan, tangisan taubat, kerinduan dan penghambaan kepada Allāh. Ada yang datang dengan kemewahan, ada yang datang dengan segala kepayahan, namun semuanya menuju satu rumah yang dimuliakan oleh Allāh.

Imām al-Ghazālī raḥimahullāh, di dalam magnum opusnya, Iḥyā’ ‘Ulūmuddīn, ada mensyarahkan tentang Kelebihan Haji, Kemuliaan Baitullāh dan Mekah yang Dimuliakan, juga Kemuliaan Madīnah al-Sharīfah ke atas sekelian negeri. Kini tersedia atas talian dan kami terbitkannya dalam bentuk e-buku.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!

E-BUKU TERBAHARU PERCUMAKEMULIAAN PARA SAHABAT NABI RAḌIYALLĀHU ‘ANHUM DAN HUKUM BAGI YANG MENCELA MEREKAOleh: Prof. Dr ...
15/05/2026

E-BUKU TERBAHARU PERCUMA

KEMULIAAN PARA SAHABAT NABI RAḌIYALLĀHU ‘ANHUM DAN HUKUM BAGI YANG MENCELA MEREKA
Oleh: Prof. Dr ‘Abdullāh bin Rāḍī al-Mu‘īdī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

“Takutlah kepada Allāh, takutlah kepada Allāh mengenai para sahabatku. Takutlah kepada Allāh, takutlah kepada Allāh mengenai para sahabatku. Janganlah kamu menjadikan mereka sebagai sasaran selepasku. Sesiapa yang mencintai mereka, maka kerana kecintaan kepadaku dia mencintai mereka. Sesiapa yang membenci mereka, maka kerana kebencian kepadaku dia membenci mereka. Sesiapa yang menyakiti mereka, bermakna dia menyakitiku. Sesiapa yang menyakitiku, bermakna dia menyakiti Allāh tabāraka wa ta‘ālā. Sesiapa yang menyakiti Allāh, maka nescaya Dia akan menyeksanya.” (H.R. Aḥmad, al-Tirmidhī & al-Bayhaqī)

Mencintai para Sahabat Nabi raḍiyAllāhu ‘anhum adalah syiar Ahlus Sunnah wal Jamaah, yang membezakannya daripada shī‘ah yang mencela dan mentakfirkan majoriti sahabat Nabi, dan khawārij yang mencela saidina ‘Uthmān dan ‘Alī.

Para sahabat nabi raḍiyAllāhu ‘anhum bukan sekadar watak sejarah, tetapi mereka adalah generasi yang dipilih Allāh untuk mendampingi Rasūlullāh, memelihara wahyu, dan menyampaikan agama ini kepada seluruh umat selepas Baginda. Insiden penghinaan terhadap watak-watak para sahabat nabi raḍiyAllāhu ‘anhum, dikhuatiri menjerumuskan kita ke lembah kebinasaan dunia dan akhirat. Tidak hairanlah sekiranya kita mendapati para ulama kibar seperti Imām Mālik raḥimahullāh menghukum takzir seberat-beratnya orang yang menghina para sahabat, meskipun penghinaan itu nampak biasa dan tidak mencela kemuliaan agama mereka.

E-buku terbaharu ini kami terbitkannya yang membincangkan tentang kemuliaan para sahabat Nabi Nabi raḍiyAllāhu ‘anhum dan hukum mencela mereka, sebagai panduan ringkas kita kepada bagaimana memahami dan mengenali hak-hak para sahabat Rasūlullāh ini dan mengenali secara umum hukum-hakam berkait mereka yang mencela sahabat Nabi, agar berhati-hati daripada terjerumus dalam perangkap yang membinasakan dunia dan Akhirat

Kami terbitkan e-buku secara percuma, supaya kita semua dapat mengambil panduan daripadanya. E-buku ini boleh dibaca di atas talian atau dimuatturun melalui link di bawah ini:

https://emaktabah.com/ -df_2064/1/

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!

E-BUKU TERBAHARU PERCUMASURAT SAYYIDINĀ ‘ALĪ KEPADA MĀLIK AL-ASHTARPenterjemah: Mohammad Syafiq Ismail   Dalam dunia yan...
04/05/2026

E-BUKU TERBAHARU PERCUMA

SURAT SAYYIDINĀ ‘ALĪ KEPADA MĀLIK AL-ASHTAR
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Dalam dunia yang semakin sarat dengan krisis integriti, korupsi, dan penyalahgunaan kuasa, umat Islam sebenarnya tidak pernah ketandusan panduan. Antara teks yang paling agung dalam sejarah pemikiran politik Islam ialah surat Sayyidinā ‘Alī bin Abī Ṭālib kepada Mālik bin al-Ḥārith al-Ashtar, sebuah dokumen yang bukan sekadar nasihat, tetapi suatu kerangka tadbir urus yang menyeluruh dan berteraskan keadilan, amanah, serta rahmah.

Surat Sayyidinā ‘Alī kepada Mālik al-Ashtar ini merupakan sebuah manifesto keadilan dan tadbir urus agung yang menekankan bahawa kuasa adalah amanah suci untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, berteraskan prinsip rahmah serta kesetaraan kemanusiaan. Dokumen ini sangat kritikal bagi umat Islam hari ini sebagai kompas moral untuk mendepani krisis integriti, membanteras korupsi, dan menghapuskan diskriminasi, memandangkan ia menggariskan bahawa kestabilan sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada pembelaan terhadap golongan yang lemah (mustaḍ‘afīn) serta kawalan diri pemimpin daripada sifat sombong dan ego yang merosakkan tatanan sosial.

Meskipun ketulenan surat ini dipersoalkan kerana ia diriwayatkan dalam buku-buku Syiah seperti Nahj al-Balāghah, dan tidak diriwayatkan dalam buku-buku Sunni, namun memadailah kiranya apabila ia disyarahkan oleh Ibn Abī al-Ḥadīd, seorang Mu‘tazilah–Shāfi‘ī (w.656H), dan Imām Muḥammad ‘Abduh, M***i Mesir pada zamannya; untuk menandakan isi surat ini baik, pelbagai manfaat yang boleh dikutip daripada surat ini dan kata-kata baik lain di dalam Nahj al-Balāghah.

kami terbitkan terjemahan surat ini dalam bentuk e-buku, supaya kita semua dapat mengambil panduan daripadanya. E-buku ini boleh dimuatturun secara percuma melalui link di bawah ini:

https://emaktabah.com/ -df_2060/1/

Selamat membaca!

TERBAHARU 1 SYAWAL: E-BUKU PERCUMARINGKASAN HUKUM HAKAM BERKAITAN SOLAT HARI RAYAOleh: Shaykh Ḥusām Luṭfī al-Shāfi‘ī ḥaf...
20/03/2026

TERBAHARU 1 SYAWAL: E-BUKU PERCUMA

RINGKASAN HUKUM HAKAM BERKAITAN SOLAT HARI RAYA
Oleh: Shaykh Ḥusām Luṭfī al-Shāfi‘ī ḥafiẓahullāh
Penterjemah: Asyttar Nabil bin Ashraf

Bersempena 1 Syawal ini, kami hadiahkan satu e-buku terbaharu, bertajuk Ringkasan Hukum Hakam Berkaitan Solat Hari Raya, asalnya sebuah makalah ringkas, Mukhtaṣar Aḥkām Ṣalāt al-‘Aid, yang membahaskan berkenaan hukum-hakam Solat Hari Raya berpandukan mazhab al-Imām al-Shāfi‘ī raḥimahullāh, yang disusun oleh Faḍīlat al-Shaykh Ḥusām Luṭfī al-Shāfi‘ī ḥafiẓahullāh. Ia dalam bentuk yang ringkas, tetapi padat, sesuai dijadikan rujukan pantas.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kami ucapkan kepada semua.

Min al-‘Ā’idīn wa al-Fā’izīn. Kullu ‘Am wa Antum bi Khayr.

Semoga Allah ta‘ālā menerima amal ibadah kita sepanjang bulan Ramaḍān.

TERBAHARU: E-BUKU PERCUMAFIQH TARĀWĪḤ MAZHAB SHĀFĪ‘ĪOleh: Imām al-Nawawī Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail Diriwayatka...
27/02/2026

TERBAHARU: E-BUKU PERCUMA

FIQH TARĀWĪḤ MAZHAB SHĀFĪ‘Ī
Oleh: Imām al-Nawawī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Diriwayatkan oleh Abū Hurayrah raḍiyAllāhu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam menggalakkan qiyām Ramaḍān tanpa memerintahkan mereka dengan ‘azīmah (perintah yang tegas), lalu baginda bersabda, “Sesiapa yang qiyām (yakni tarāwīḥ) Ramaḍān dengan keimanan dan pengharapan (agar diterima Allāh), maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”

Tarāwīḥ adalah sebahagian qiyām Ramaḍān. Namun, seringkali muncul persoalan fiqh di bulan Ramaḍān, seperti: bilangan tarāwīḥ, cara melaksanakan tarāwīḥ, afḍal bersendirian atau berjemaah, dan sebagainya. Justeru, terjemahan ini kami usahakan agar ianya mampu menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Fiqh Tarāwīḥ ini adalah terjemahan dari bahagian kitab al-Majmū‘ Sharaḥ al-Muhadhdhab karangan Imām al-Nawawī raḥimahullāh, seorang Imam besar mazhab Shāfi‘ī, dan kitabnya al-Majmū‘ ini sebuah kitab besar dan penting peninggalan beliau untuk seluruh umat ini.

Kami persembahkan terjemahan kitab barakah ini untuk sama-sama kita membacanya, dan moga-moga ianya menjadi rujukan yang baik dan diberkati.

WAJAH BARU PERPUSTAKAAN DIGITAL E-MAKTABAH (EMAKTABAH.COM)Assalamualaikum wbt.Kami mengucapkan Ramadan Karim dan selamat...
20/02/2026

WAJAH BARU PERPUSTAKAAN DIGITAL E-MAKTABAH (EMAKTABAH.COM)

Assalamualaikum wbt.

Kami mengucapkan Ramadan Karim dan selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan kepada semua.

Bersempena bulan mulia ini, dengan penuh kesyukuran kami mengumumkan wajah baharu laman EMAKTABAH.COM, sebuah perpustakaan digital, 100% percuma, yang kami usahakan bagi mendekatkan kembali masyarakat kepada budaya ilmu.

Ramadan ialah bulan wahyu, bulan turunnya kalam Ilahi, dan permulaannya ditandai dengan perintah agung: Iqra’ yakni, bacalah! Daripada satu kalimah inilah lahirnya peradaban besar yang dipimpin oleh umat ini hasil bimbingan Nabi kita Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. E-MAKTABAH diwujudkan sebagai ruang untuk kita kembali kepada tradisi tersebut, membaca bukan sekadar untuk mengetahui, tetapi untuk memahami, menimbang, dan membentuk jiwa. Terdapat lebih daripada 100 koleksi judul E-buku percuma yang menghimpunkan pelbagai genre, yang disusun kepada 18 seksyen.

Semoga usaha kecil ini menjadi wasilah untuk kita menghidupkan kembali semangat Iqra’ dalam bulan Ramadan dan seterusnya dalam kehidupan kita semua.

Selamat melayari dan menimba manfaat di
www.emaktabah.com

Address

No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABIM PRESS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ABIM PRESS:

Shortcuts

Share

Category