The Reporterz 360

The Reporterz 360 Informasi 360.

04/10/2025
07/09/2025
26/08/2025

Jurugambar Kanada, Valerie Zink, yang bekerja di organisasi berita antarabangsa, Reuters, menamatkan perkhidmatannya dan memusnahkan kad pekerjanya, sambil berkata:

"Mustahil untuk mengekalkan hubungan dengan Reuters kerana mereka menyokong pembunuh@n 245 wartawan di G@z^."

Sumber: Shehab

20/08/2025

KUNYIT & LADA HITAM Bantu Atasi Masalah JANGKITAN VIRUS

Kajian telah dilakukan pada tahun 2021 yang telah diterbitkan dalam Jurnal Saintifik - Frontiers in Pharmacology tentang kebaikan kunyit dan lada hitam untuk atasi masalah jangkitan virus

Kunyit boleh bertindak sebagai antiradang, antioksidan, anti kanser dan merupakan satu sumber penting untuk membantu mengatasi masalah jangkitan virus.

Kajian telah dilakukan di Pusat Kesihatan di Maharashtra, India.
Pesakit diberikan dengan kunyit dan lada hitam.

Bahan khasiat dalam kunyit dikenali sebagai kurkumin manakala bahan khasiat dalam lada hitam dikenali sebagai piperine

Hasil kajian dapati pengunaan lada hitam adalah untuk bantu tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dalam tubuh.

Dos yang diberikan adalah dalam bentuk tablet dan diberikan pada kadar 2 kali sehari. Setiap tablet mengandungi kurkumin (525 mg) dengan piperine (2.5 mg).

Hasil kajian mendapati - Pesakit dengan simptom ringan, sederhana dan teruk yang menerima tablet kunyit dan lada hitam menunjukkan pemulihan gejala awal.

Ini dilihat dengan pengurangan demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas yang ketara.

Rawatan menggunakan kunyit dan lada hitam juga boleh mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital.

Hasil kajian juga menunjukkan kadar kematian yang lebih rendah diperhatikan pada kumpulan yang diberi tablet kunyit dan lada hitam

Untuk mudah, boleh guna kunyit dan lada hitam yg ada di dapur kita

Wallaua’lam. Moga tulisan ini bermanfaat dan moga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik berpanjangan. Ameen2

Dr Suri Roowi Ph.D (Glasgow, UK), KMN
Principal Scientist & Best Scientist (2014)
Natural Product and Human Nutrition

16/08/2025

YANG DI-PERTUAN AGONG TITAH KEMENTERIAN PERTAHANAN BATAL CADANG PEMBELIAN HELIKOPTER BLACK HAWK

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menitahkan Kementerian Pertahanan agar batalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang telah berusia lebih 30 tahun.

Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bertitah mengingatkan kementerian berkenaan supaya tidak mengulangi kesilapan dahulu.

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara second-hand. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri.

“Saya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ‘agent’ atau bekas Jeneral yang menjadi ‘salesman’ malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual ‘ drone’.

“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, Mersing pada hari ini (16 Ogos).



16/08/2025
09/08/2025

Penyanyi dan guru vokal terkenal Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pelantikan itu merupakan satu penghormatan besar daripada universiti dan selaras dengan usaha membawa tokoh industri seni ke dalam ekosistem akademik.

Berita penuh -- https://lifestyle.bernama.com/news.php?id=2454859

28/07/2025
26/07/2025

Address

Pengkalan Chepa
53100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 06:00 - 18:00
Friday 06:00 - 18:00
Saturday 07:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Reporterz 360 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Reporterz 360:

Share