Football Tribe Malaysia

Football Tribe Malaysia Supporting Malaysian football, Liga Malaysia, Malaysia national team and football for the fans.

MALAYSIA B23 0-2 FILIPINA B23Malaysia B23 tewas 2-0 kepada Filipina B23 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan ASEAN B23 2...
15/07/2025

MALAYSIA B23 0-2 FILIPINA B23

Malaysia B23 tewas 2-0 kepada Filipina B23 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan ASEAN B23 2025 di Gelora B**g Karno, Jakarta, Indonesia.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Otu Abang Banatao seawal minit ke-10 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-40.

Malaysia B23 akan bertemu Brunei pada 18 Julai, Jumaat ini.

ANNUAR MUSA KEMBALI TERAJUI BOLASEPAK KELANTANTan Sri Annuar Musa kembali menerajui bolasepak Kelantan apabila dilantik ...
15/07/2025

ANNUAR MUSA KEMBALI TERAJUI BOLASEPAK KELANTAN

Tan Sri Annuar Musa kembali menerajui bolasepak Kelantan apabila dilantik sebagai Presiden Kelantan Real Warriors.

Kali terakhir ahli politik berusia 69 tahun itu terlibat dalam bolasepak adalah pada 2016 ketika beliau merupakan presiden Kelantan FA.

“Terima kasih atas kepercayaan dan penghormatan ini,” kata Annuar.

“Terima kasih kepada Kijang Handal Sdn Bhd tampil menyelamatkan pasukan KDNFC dengan membawa misi dan visi yang baharu dibantu dengan pengurusan yang baharu,” kata Annuar.

“Terima kasih kepada penaja-penaja yang sudi bersama membantu dan memberi sokongan agar pasukan ini mampu kembali beraksi dalam arena bola sepak negara.”

Katanya, isu tunggakan sebelum ini akan diselesaikan melalui kaedah yang telah dikenalpasti pengurusan baharu dan surat akan dimajukan kepada pihak FAM, MFL dan berkaitan.

Beliau juga berjanji status berkenaan isu berkaitan FIFA sedang diselesaikan dan pihak pengurusan yakin segala masalah akan diselesaikan dengan kadar segera.

“Pengurusan serius membentuk pasukan yang mantap dan mampu bersaing secara kompetitif demi mengangkat maruah dan martabat bola sepak Kelantan.

“Semua pihak termasuk rakyat Kelantan dimohon untuk bersama The Real Warriors demi memeriahkan arena bolasepak Kelantan.”

BURIRAM UNITED 8-2 SABAH Sabah memulakan pra-musim dengan kekalahan 8-2 kepada Buriram United dalam perlawanan ASEAN Cha...
13/07/2025

BURIRAM UNITED 8-2 SABAH

Sabah memulakan pra-musim dengan kekalahan 8-2 kepada Buriram United dalam perlawanan ASEAN Charity Cup.

Sabah bolos 3 gol dalam separuh masa pertama menerusi jaringan Supachai Chaided pada minit ke-3, minit ke-26 dan Fejsal Mulic pada minit ke-39.

Penyerang Buriram, Guilherme Bissoli menjadikan kedudukan 4-0 dengan jaringan pada minit ke-48.

Sabah akhirnya menjaringkan gol pertama menerusi Stuart Wilkin pada minit ke-63 menjadikan kedudukan 4-1 namun Buriram menjaringkan gol kelima menerusi Nemanja Nikolic pada minit ke-68.

Sabah sekali lagi memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol kedua menerusi Azhad Harraz pada minit ke-75 namun Nikolic sekali lagi menjaringkan gol seminit kemudian, menjadikan kedudukan 6-2.

Nikolic mencipta hatrik apabila menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-88.

Kenny Dougall melengkapkan kemenangan Buriram dengan jaringan ke-8 pasukannya dalam masa tambahan.

BRENDAN GAN KEMBALI KE AUSTRALIA Brendan Gan kembali ke negara kelahirannya Australia apabila menyertai Sutherland Shark...
10/07/2025

BRENDAN GAN KEMBALI KE AUSTRALIA

Brendan Gan kembali ke negara kelahirannya Australia apabila menyertai Sutherland Sharks, kelab yang memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Pemain tengah berusia 37 tahun itu yang lahir di Sutherland, Sydney membuat penampilan sulung profesionalnya bersama Sharks pada usia 17 tahun pada 2008, sebelum mencipta namanya apabila beraksi dengan Sydney FC selama tiga tahun.

Sutherland Sharks kini bersaing dalam National Premier Leagues peringkat negeri New South Wales.

RANKING HARIMAU MALAYSIA KINI 125 DUNIASkuad negara kini berada pada kedudukan 125 dunia dalam ranking FIFA terbaru.Kedu...
10/07/2025

RANKING HARIMAU MALAYSIA KINI 125 DUNIA

Skuad negara kini berada pada kedudukan 125 dunia dalam ranking FIFA terbaru.

Kedudukan itu 6 anak tangga lebih tinggi berbanding 131 sebelum ini.

Peningkatan itu disebabkan kemenangan Malaysia 4-0 ke atas Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 bulan lalu.

LIGA SUPER MULA 8 OGOS 2025Kalendar Liga Malaysia 2025-2026 membuka tirai pada 8 Ogos 2025 dengan perlawanan sumbangsih ...
09/07/2025

LIGA SUPER MULA 8 OGOS 2025

Kalendar Liga Malaysia 2025-2026 membuka tirai pada 8 Ogos 2025 dengan perlawanan sumbangsih di antara JDT dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim yang turut dikira sebagai aksi pertama Liga Super.

Liga Super 2025-2026 dijangka akan berakhir pada 16 Mei 2026 iaitu kira-kira selama 10 bulan berbanding proses transisi Liga Malaysia selama 14 bulan pada musim lalu.

Piala FA dijadual bermula pada 15 Ogos 2025 manakala perlawanan akhir akan berlangsung pada 14 Disember 2025.

Piala Malaysia p**a akan membuka tirai pada 17 Januari 2026 dan kemuncak perebutan kejuaraan pada 23 Mei 2026.

MFL Challenge Cup bermula pada 6 Februari 2026 dengan dua aksi perlawanan akhir pada 4 April 2026 dan 18 April 2026.

Bagaimanapun, pindaan jadual akan berlaku memandangkan sesi undian Kejohanan AFC Champions League Elite (ACLE) dan AFC Champions League 2 (ACL2) oleh AFC bakal diadakan pada 15 Ogos 2025 melibatkan penyertaan JDT dan Selangor.

KUOTA PEMAIN IMPORT ATAS PADANG DIKURANGKANKuota pemain asing di atas padang dikurangkan kepada 6 pemain berbanding 7 pe...
09/07/2025

KUOTA PEMAIN IMPORT ATAS PADANG DIKURANGKAN

Kuota pemain asing di atas padang dikurangkan kepada 6 pemain berbanding 7 pemain seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Pindaan itu dibuat hasil Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL ke-14 Bagi Penggal 2021-2025 selepas mengambil pertimbangan semula impak kepada Liga Malaysia dan juga perkembangan pemain tempatan.

Kelab-kelab juga berpendapat kehadiran lebih ramai pemain ASEAN tidak memberi banyak impak kepada prestasi pasukan.

Ini bermakna, kuota pemain asing di atas padang adalah seramai 6+3 (simpanan) dengan komposisi 4 Terbuka+1 Asia+1 ASEAN berbanding sebelum ini 7+2 (simpanan) dengan komposisi 4 Terbuka+1 Asia+2 ASEAN.

“Keputusan untuk mengurangkan seorang pemain asing di atas padang dilihat dapat memberi sedikit keseimbangan di antara pemain tempatan dan pemain asing dalam kesebelasan utama pasukan pada hari perlawanan,” kata MFL.

“MFL percaya kehadiran pemain asing akan meningkatkan daya tarikan serta saingan dalam Liga Malaysia namun dalam masa yang sama perkembangan pemain tempatan juga menjadi agenda utama MFL untuk membantu FAM memperkasakan skuad Harimau Malaya.”

Bagaimanapun, jumlah kuota pemain asing yang boleh didaftarkan dalam satu pasukan masih kekal kepada 15 pemain.

Perbelanjaan kelab bakal dipantau menerusi pelaksanaan FFP dengan menguatkuasakan mekanisme gaji siling ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus kepada setiap kelab musim ini.

NACHO MENDEZ SERTAI JDTJDT mengumumkan kemasukan pemain baharu dari Sepanyol iaitu Nacho Mendez bagi musim 2025-2026.Pem...
09/07/2025

NACHO MENDEZ SERTAI JDT

JDT mengumumkan kemasukan pemain baharu dari Sepanyol iaitu Nacho Mendez bagi musim 2025-2026.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu yang berketinggian 1.78m sebelum ini beraksi dengan Sporting Gijon sejak 2017.

Beliau yang lahir di Luanco, Asturias yang terletak di utara Sepanyol merupakan pemain warisan terbaru negara.

Selaku pemain warisan, beliau berpeluang untuk mewakili negara melalui skuad kebangsaan di bawah kendalian Peter Cklamovski.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Football Tribe Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Football Tribe Malaysia:

Share