Panik FMily

Panik FMily Storytelling is in our Blood.. The Horror Theatre

We here at Panik.fm are oozing with excitement over the big changes in horror & spooky storytelling.

but keep in mind that we are a Horror Theatre. We take our horror seriously, and so should you.

Kes pembunuhan kanak-kanak di malaysia.Abam tak tahu korang macam mana, tetapi ketika Abam membesar, agak biasa juga den...
07/06/2023

Kes pembunuhan kanak-kanak di malaysia.

Abam tak tahu korang macam mana, tetapi ketika Abam membesar, agak biasa juga dengan cerita seram(ugutan) tentang Kes penculikan dan bunuh melibatkan kanak-kanak. Juga memang ada di dalam banyak tamadun yang menjadikan kanak-kanak sebagai bahan korban sembahan ilmu hitam. Namun itu bukan fokus kita hari ini.

Abam mulakan Siri kisah/artikel Kes bunuh kejam/kematian misteri ini dengan Kes pembunuhan melibatkan kanak-kanak. Kita baru-baru ini dikejutkan dengan Kes pembunuhan di Serawak melibatkan seorang kanak-kanak Kelainan upaya dan satu lagi Kes di Sabah juga melibatkan kanak-kanak. Kita akan kupas tentang mereka tetapi setelah kita selusuri beberapa kes pembunuhan kanak-kanak yang pernah menggemparkan negara ini.

Kes pertama. Ang May Hong. 12 April 1987.

Mangsa yang berusia 9 tahun keluar untuk membeli sarapan di pasar berhampiran rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Apabila mangsa tidak p**ang ke rumah, keluarganya mula mencari keberadaannya. Setelah 3 jam, ayahnya mula memeriksa beberapa rumah tinggal yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. Dia kemudian menemui tubuh mangsa yang telah kaku dengan sebatang kayu berpaku sepanjang satu meter tertusuk di kemaluan kanak-kanak perempuan itu, ini menyebabkan kerosakan pada beberapa organ dalaman.

Pelaku perbuatan kejam ini masih belum ditangkap waktu ini ditulis. Namun, keluarga mangsa di ketika itu menerima beberapa pucuk surat pengakuan. Pihak polis juga ada membuat beberapa tangkapan terhadap pelanggan gerai Bak k*t teh ayah mangsa. Namun tetap pembunuh sebenar masih bebas.

Pembunuhan terhadap mangsa yang juga dirogol setelah hasil siasatan, mencetuskan kemarahan warga setempat. Lebih kurang seratus orang berkumpul di hadapan Restoran Seng Hiong (di mana gerai ayahnya bertempat) untuk menyuarakan kegeraman mereka terhadap kes kekejaman melibatkan kanak-kanak. Kes ini juga menyebabkan ibu-bapa di kawasan itu tidak membenarkan anak-anak mereka keluar sendirian untuk beberapa bulan.

Ada beberapa lagi Kes, tapi kerajinan Abam yang takde lak. Wkwkwkwk. Kalau rajin Abam sertakan juga beberapa kes penyeludupan kanak-kanak yang kantoi. Kalau rajin lah. Wkwkwkwk.

Jadi Abam sudahkan penulisan cacamarba ini dengan k*tukan kepada mana-mana penjenayah kekerasan terhadap kanak-kanak. Semoga mereka buasir berdarah dan sentiasa tersepak bucu meja dengan jari Kaki diorang. Sayangi kanak-kanak dan lindungi mereka.

Fun fact : menurut kajian pada 2019, 4 orang kanak-kanak hilang setiap hari di Malaysia.

End part one. To be continued.

Peace out, your truly love Abam Lombok.

04/06/2023

Memandangkan majoriti dari korang undi untuk artikel berkaitan jenayah bunuh kejam di dalam negara. Abam akan usahakan, tapi sekarang Abam tengah healing kat Perth Indera Kayangan. Tapi jangan risau, draft dah ada.

Peace out, your truly love Abam Lombok.

Peek-a-boo
02/06/2023

Peek-a-boo

15/11/2017

Hi guys,

It has been a while since our last update. Mungkin korang tertanya kenapa Panik FMily berhenti while ramai dah join, page dah hangat dengan cerita hantu tepi katil korang?

Well, maybe apa yang akan aku reveal nanti ada yang mungkin tak tahu even team panik sendiri. Hari ni aku amik peluang utk storykan supaya soalan-soalan korang terjawab.

Kat mana aku nak mulakan..

Aku antara batch2 pertama yang join panik FM. wait..kenapa nama Panik FM not Panik FMily?

Aku join lepas kawan bilik aku, abam lombok ajak aku join as team IT utk Panik FM. Sebelum tu aku nak ceritakan, Panik FM ni asalnya Radio seram streaming pertama kat Malaysia ni. Lepas aku join, Si Abang Seman yang blur join. Kemudian ada beberapa nama yang bergerak disebalik tabir dimana aku tak boleh reveal nama dorang kat sini atas sebab-sebab tertentu. Terdapat 2 orang bunga yang mendebungakan kitorang sewaktu awal Panik FM..haha.

Well, everything went well. From plan to plan.. we discuss.. just to make it real. After few month, 2 orang team dipanggil oleh founder untuk ke base di Johor untuk mulakan langkah sehingga page ni mula tertubuh 1 Oktober 2015. Radio Streaming dah mula di set up, tinggal lagi nak diudarakan je. Semua berjalan sebagaimana had planned.

Waktu tu aku dah mula sibuk dengan persiapan perkahwinan, jadi aku tinggalkan dorang (abam lombok dan seman blur korang) dibawah jagaan founder. Berkali aku tak setuju dengan founder, bila dah ada based, it means cost overhead semua kena ambil kira, tapi aku faham semangat untuk tubuhkan Panik FM is more important.

Masa dorang dekat sana, banyak dah benda yang aku tak sempat follow. Last meeting dorang buat kat Johor pun aku tak dapat join sebab busy dgn persiapan aku. Semua baik until aku dapat cerita kawan rapat aku mengalami masalah kewangan di sana sehingga tidak cukup makan.

Well, aku anggap biasa.. sebab Panik FM still new...

Aku keje freelance waktu tu, ada duit sikit-sikit aku share, but time tu page ni still tengah hot, tengah panas dengan komen x renti, permintaan untuk share cerita hantu pun makin bertambah..

Sehinggalah aku dapat tahu, lombok balik kampung, bila disebutkan tentang Panik FM seolah-olah ada benda yang tak kena. Aku mula selidik lombok dan seman, barulah aku dapat cerita penuh apa yang berlaku kat sana. Kutip duit syiling semata nak beli sebatang keropok untuk makan dengan nasi :'( k*tip puting rokok... isap..(haahah ok korang.. siyes sedih dowh...) banyak lagi yang aku tak storykan kat sini... tapi aku tahu.. ia bagi kesan besar pada dorang..... panik FM really part of their life waktu tu.. daripada page kosong tak sampai 2 bulan, 5k dapat dikumpul tanpa ada langgan apa-apa FB Ads and whatsoever...

Korang antara team yang bersusah payah untuk Panik FM, tapi dipergunakan disana, dengan keangkuhan founder sendiri, ditipu dan dibiarkan tanpa apa-apa sumber. Pernah Team Panik di sana dapat tawaran oleh syarikat Filem seram malaysia, tapi dengan keangkuhan beliau, tolak dengan alasan yang cukup tak masuk akal oleh aku. Nama-nama acep, ecam..faiz..selalu dorang sebut.. diantara mereka yang paling banyak membantu. You guys were part of us...

Madame Poltergeist also another person yang aku tau membantu sangat.. benci dowh lombok n seman rapat ngn Madame Poltergeist. Aku rasa aku ni mcm tak de pape.. ahhaha ok itu gurau, well after founder dah tak bekerjasama, Madame was the one yang banyak membantu... thanks guys...

Cerita johor terhenti kat situ,

Selepas kejadian johor, secara sebulat suara kami keluarkan fouder sndri daripada Panik FM atas sebab panik adalah milik bersama, bukan milik dia. haha

Selepas itu beberapa team up dengan team baru, tapi aku rasakan, abam lombok dan seman orang paling sangat terkesan dengan apa yang berlaku, selepas sekian lama, page ini terus terkubur...

Insyaa Allah... we will be back stronger than ever soon....

- admin -

08/11/2017

“SAYA PERASAN MATA SUAMI MERAH BILA DUIT GAJI TAK CUKUP, BILA SUAMI TIDUR, SAYA ‘CHECK’ DOMPET SUAMI, ALLAHU. TINGGAL RM2, BANK SUAMI RM50.

Hari ni kandungan masuk bulan ke5..Alhamdulillah, sihat dgn izin Allah s.w.t.. Bila tgok suami menangis sb duit gaji xcukup nak cover itu ini..sya diam..sya sedih tpi saya xmenangis depan suami…suami juga tak menangis depan saya, tpi saya perasan mata suami merah.

Bila dia tidur saya check dompet dia, Allahu..Tinggal RM2… sya check.balanced dalam akaun maybank suami dengan maybank2u.. Allahu, tgal lagi RM50…Dlm hati mcm mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 mgu baru gaji.. Hjung mggu suami ajak balik kg, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua..

Saya diam, saya tak tanya apa2.. saya cuma mengangguk apa yg suami kata.. saya ik*t dia balik rumah mertua.. Sepanjang perjalnan suami diam, saya tahu suami susah hati.. Saya cuma tak henti2 berdoa, walau apa usaha suami utk mencari rezeki, sya minta Allah s.w.t mudahkan..

Sepanjang pindah ke tengah2 bandar, bukan sekali suami minta tlg dgn mertua.. Tapi alhamd, mertua selalu memahami. Gaji suami xbesar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini.. saya cuba cari kerja, tpi barangkali belum ada rezeki..

Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga. Suami tgok keadaan saya dgn mengandung, jalan pun kadang2 mcm itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya.

Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tpi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh. Sambil dia tlg saya, ada masanya mata dia xberkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tpi saya buat tak tahu. mcm2 sya ajak dia bergurau, semata2 saya tak nak suami sedih..tak nak dia melayan perasaan dan apa yg sedang bermain difikiran dia..

Saya ckap dengan suami, jgn sedih tgok saya tlg dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernh bagitahu dia yg saya selalu menangis saat pndang muka dia bila dia dah nyenyak tidur..

Dalam hati saya, suami ini Allah s.w.t hdirkn dgn kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurgan aku, dan kekurangan dia cuba utk aku sempurnakan dgn kelebihanku…

Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yg terakhir jika diiznkan Allah s.w.t.. Tak pernah mengharap yg lbih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih utk sepanjang bersama.

Walau ada saatnya tak lari dri perasaan terluka sesama sendiri…namun, kekuatan dan kesabarn yg dimohon dri Allah s.w.t itu jauh lebih baik… moga Allah s.w.t memberkati semua hubungan suami isteri didunia ini.aaminn

sumber: limaumanis






Ni kalau jumpa seekers korang macam mana? ahhaa
04/11/2017

Ni kalau jumpa seekers korang macam mana? ahhaa

Hahaha betul ke kaum lelaki macam ni?

hellu panikians..sori sgt sbb dah lama tak post..ni aku nak share satu story kiriman daripada seorang panikian.. agak pa...
03/09/2016

hellu panikians..sori sgt sbb dah lama tak post..ni aku nak share satu story kiriman daripada seorang panikian.. agak panjang..so korang rajin2 kan la diri untuk baca ok..layan~

Salam....first time nak share kat sini....niatnya bukan nak menutup periuk nasik resort tersebut..tapi sekadar nak berkongsi pengalaman....

DIGANGGU KETIKA KURSUS INDUKSI..

kisahnya terjadi pada tahun 2008..selepas beberapa bulan berkhidmat dalam kerajaan..dapatla surat dari kementerian untuk kursus induksi ..seronok tak terkira....yelah biasanya pergi hotel dgn family..ni dengan kawan2...masa first sampai kt situ (salah satu resort di kuantan) cek in kat reception dptla bilik bawah..yeayy.....lepas tggu kawan yg sebilik kitorg pun masuk bilik sesama..ingatkan bilik kat depan rupanya jauh kebelakang....huhuhuberpeluh jgakla mengangkat beg..sampai kat bilik kitaorg pun masuk..masa dalam pkul 1 lebih tengahari...punyalah suram bilik tu..lampu syiling 1 je menyala...lampu dressing table menyala tapi punya la suram....gelap giler bilik...pastu aku cop katil yg dekat dgn bilik air..alasannya terang skit..hahhaha...program jam 8.30 malam baru start.... so bosan skit...tp masa tu dah ada kejadian pelik...bilik air tu mcm dah ada org guna...lantai basah....xkanla ada org cek in sebelum kitaorg..sebab cadar agak lusuh..macam dah lama org x cek in kat situ.... tapi masa tu malas lagi nak fikir... ok kawan yg sebilik tu namanya jiah..dari pekan...tapi sebelum mmg dah pernah kenal dia masa kat kursus staff baru so xde masalah sgt... ptg tu kitorg berjalan2 ambik angin kat pantai..situasi masa tu masih lg ok...sempatla tgk pakwe2 mandi kt kolam...hahhaha....dah maghrib ajak jiah masuk bilik.... masuk je bilik tgk ada tapak kaki basah keluar dari bilik air ke tingkap....tingkap xbole bukak sbb kitaorg tgkt bawah skali...terkejut jgak tgk tapak kaki tu...mula la seram....kitaorg pun mula siasat ..tarik langsir tgk luar...alkisahnya kat luar bilik ada beberapa chalet yg mungkin lama dah x digunakan...mulalah seram..jarak tgkp bilik kitorg dgn chalet tu dlm 10 meter je...mmg dkt sgt...malas nak pikir masa tu..sbb lepas solat nak kena attend 1 program...masa program berlangsung hilang sekejap rasa tak*t....hahhaha....
program habis dlm pkul 10.30..lepas minum malam semua masuk dlm bilik ... kitaorg berjalan ke bilik...lepas sorg2 hilang dlm bilik..tggal kitorg je yg jauh lg bilik kitorg....bilik kitorg macam bangunan tambahan tau...lepas tgk betul2 la...sebelum bilik kitorg ada beberapa bilik yg penuh dgn barang2.. tilam...katil..macam stor... dan atas bilik kitaorg xde bilik...mulalah seram...masuk je bilik...cuci muka dan ambik wudhu...konon2 nak baca yassin.... masa cuci muka lampu sekejap malap..sekejap ok...lama plak tu..macam ada org main lampu yg ada volume tu.... masa tu dah rasa cuak...jiah pun dah memandang2 dah...dia pun tak*t kot......mula2 buat biasa je..kitorg cuba jgak lelapkan mata..tp selepas beberapa jam terjaga...rasa macam dah lama sgt tdo...rupanya2 jiah pun sama.....tetiba kitaorg dengar macam segerombolan org dr tgkt atas berlari2 ...ada jgak dgr jeritan kecil..tp xkuat...kitorg pun pelik...hotel ni terbakar ke ....telahan aku dlm hati....
lepas beberapa minit bunyi berlari2 tu hilang....xde plak org ketuk pintu atau panggil kitorg...kitorg still tggu..kot2 la ada kebakaran ke .... masa tu xde lg whatsapp... lepas beberapa minit dgr suara perempuan bercakap2... suara tu mmg familiar..suara kawan kitorg..dia kt bilik atas...dgr mcm berborak...tp xjelas...mula rasa lega...ada org kt luar rupanya...mesti ada sedara mara dia dtg kot...didepan bilik kitorg ada tempat duduk...mungkin suami dia hantar barang....tp masa tu xterfikir nak tinjau...rasa ngantuk tetiba...si jiah mula bkk novel dia....dan lg dia baca novel padahal tempat dia lglah gelap..lampu ada kt depan toilet je... masa tu x tgk jam lg....bila start nak tdo ambil fon nak compemkan jam...dah kunci ke belum ..tgk dah pkul 230 pg...ish xkanla suami dia (kawan kt tgkt atas..lupa dah namanya) dtg malam2 mcm ni.... bila sedar jam pkul 230...aku mula panggil jiah..jiah...kau tau x jam dah pkul bpe...dia pun tgk jam....wei..dah pkul 230 ni....terus berpeluh sejuk....huhu.... malas nak memanjangkan cerita td aku berusaha jgak nak lelapkan mata...akhirnya terlelap.... xlama lepas tu aku terjaga..sbb dgr ada bunyi dari belakang tingkap ...aku plak fikir mesti dah pg ni....mungkin pekerja hotel dah start keje.... masa kitaorg tinjau kt chalet lama masa maghrib tu nampk seorg mat bangla kat situ .macam sedang angkat brg.... bunyi agak bising..kitorg anggap mungkin mat bangla tu dah start bekerja... tgk jam baru pkul 330...uwaaaa..lambatnya pg... tgk jiah pun macam xmo tdo .aku ajak dia berborak.... mata still xmau lelap... bunyi bising dari belakang tgkp dah xde....skrg bunyi org menyapu kt laman plak...punya kuat bunyinya...bunyi mcm org tu guna pencakar plastik tu...rasa geram pun ada....aku pun cuba tinjau kt lubang pintu..xnampak sape2 pun ... jiah suh aku try call reception..aku pun try..call punya call xde org angkat...receptionist ni tdo ke...geram plak.... bunyi tu still ada...
Lepastu kitorg pun baca apa yg patut....dan tdo semula....alhamdulillah..dpt tidur.... bangun setelah dgr bunyi handset....jam dah pkul 6... kejut jiah...aku pun masuk toilet....tetiba aku tgk ada gayung warne merah dkt singki....mmg pelik..bila plak ada gayung ni.... aku pun mandi je mcm biasa...xguna pun singki sbb tak*t nak sentuh gayung tu..hahahha.... kitorg pun keluar bilik pkul 730..utk sarapan....pergi cafe..dgr org bising2 kecoh..... sampai2 kt cafe aku duk tgk diorg duk kerumun seorg kawan kitorg jgak...dia tgh sarat mengandung.....dia dpt chalet...bkn bilik..chalet dia betul2 berhadapan dgn swimming pool n cafe....rupanya2 dia bercerita ttg gangguan yg diorg kena....aku pun bkk mulut...tanya diorg..rupanya diorg semua dgr bunyi org yg berlari2...menjerit...org berborak n menyapu.....giler ah..ingat kitorg je yg kena..rupanya semua kena....member yg mengandung tu lagi teruk kena...chalet dia dicakar....dr malam tu sampai pagi.... nasib semalam je duk ctu.....kitorg mengadu kt jpn...n diorg ubah tempat....tp selepas beberapa bln lepas tu. .....

cc: honey
p/s: terima kasih saudari honey atas perkongsian story anda. kepada panikian yang ingin berkongsi cerita.. boleh pm kami.. in shaa allah story anda akn disiarkan..

admin red

Hola korng....ape kabo semua...sori lah kami agak terbusy sikit. Pape pon tetap lah korang layan panik FMily..hahaha.Hid...
17/08/2016

Hola korng....ape kabo semua...sori lah kami agak terbusy sikit. Pape pon tetap lah korang layan panik FMily..hahaha.Hidup Panikians!! ..ok den banje satu cerita..layann..rokok sebatang jom..
"ORANG HITAM"
Ni pengalaman aku masa kerja sebelum start study semula...
Aku pernah kerja kat 2 buah kilang, satu tu lepas spm aku kerja kat kilang yg brand dia memang femes kat Malaysia ni, aku assistant supervisor masa tu. Kilang kedua ni p**ak jual produk (actually lampu jalan) untuk USA khasnya. Kiranya company international yang export ke oversea, bos aku cina melaka yang of course tak reti cakap cina, dalam kilang tu 98% bahasa rasmi adalah english.
Sebelum bos aku amik alih kilang ni, dengar khabar dari staf² lama kilang asalnya pernah terbakar...memang musnah sepenuhnya, tapak tu terbiar sampai lah tuan tanah sewakan kat bos aku dengan bos kilang sebelah...sampai sekarang. Dan sebelum bos aku dapat projek lampu ni, kilang tu beroperasi buat tong yang kaler putih/kuning/hijau biasa kita nampak tu...so mesin dia masih ada kat situ, kat belah belakang kilang, cuma tak digunakan jela.
Ruang kerja operator memang best, ada aircon, kerja duduk, pekerja memang tak ramai so setiap shif cuma ada 1 leader yang manage siapkan order.
Kerja aku ?
Oleh kerana aku masa tu berkelulusan, bos aku bagi dua kerja, aku assistant leader dan juga assistant quality manager. Tugas aku make sure semua lampu dan report siap dengan sempurna within given time. So aku memang kena rajinlah naik atas ofis bos turun ofis manager, masuk production.
Okay, bayangkan macamni kau masuk je pintu masuk tu, sebelah kanan, ofis manager, depan kau ruang 'in/out' barang ada meja jugak, kanan stor barang. Jalan lebih kurang 15 langkah, bahagian pintu production sebelah kiri...jalan depan lagi dah sampai tempat mesin². Kilang ni kecik je sebab tu tak ramai pekerja...
Back to the main topic, ada satu hari tu Zara (leader) suruh aku pergi belakang amik barang...(aku tak ingat barang apa). Masa tu aku tatau lagi pasal terbakar bagai ni, so aku pun selamba jelah pergi belakang sorang², logiknya nak tak*t apa sebab siang lagi...tp kat dalam kilang memang nampak gelap, dan tempat yang aku nak pergi tu bukannya jauh sangat pun, kiranya kalau jerit pun boleh dengar lah...
Masa aku tengah pakai kasut (kat production ada selipar sendiri), aku nampak bayang² lelaki tinggi lebih kurang 168cm berlari ke belakang. Mulanya aku ingatkan staf senior lelaki sorang tu, memang dia sorang jelah lelaki...dia runner kat sini, jaga bahagian belakang, kadang² jadi mat despatch something ?
yaa kind of lah...and aku terlupa yang bos hantar dia pergi amik barang kat tempat lain so basically hes should not be there...and aku jugak terlupa yang staf senior tu rendah je orangnya, lagi rendah dari aku. So surely its not him...
Oleh kerana aku lupa time tu so aku buat bodoh jelah, teruskan niat amik barang. Sekali lagi aku nampak bayang² tu macam berlari p**ak kat celah² mesin. Agak terkejut, aku terus jalan laju² masuk production balik. Termengah jugak aku macam lari 400m. Huh...
Si zara tu perasan aku dah balik, dia tanya aku pergi tadi dengan siapa...aku cakap sorang, muka dia terkejut pandang aku macam tak percaya aku pergi sorang. "Biar betul, beraninya kau pergi sorang...dorang ni kerja lama pun tak pergi belakang sorang²"
Aku pun tanyalah kenapa....so masa break kedua tu dia cerita lah kisah kilang terbakar tu...dan aku bukanlah orang pertama yang nampak bayang² tu, zara pun pernah nampak, operator² nepal tu pun pernah cerita kat dia tapi dorang tak boleh nak lari dari kilang tu sebab kontrak...so bertahan jelah sampai sekarang.
Dorang kata bayang² tu memang asal nampak je dia tengah berlari tapi lepastu hilang macamtu je, kadang² dengar tapak kaki terus kat luar production tu...kejap berjalan, kejap berlari. Tapi tak pernah nampak muka, so memang takde muka, cuma nampak sosok lelaki kurus, tinggi...tu je.
Dia pun tak pernah lah kacau sampai kat dalam production tu...
Aku dengan zara berpendapat, bayang² tu mungkin pekerja kilang asal yang mungkin terperangkap masa kebakaran tu....mungkin, tak sempat keluar ke sebab tu asyik nampak bayang² tu berlari je....dalam bentuk "orang yang berwarna hitam". Apa pun, cuma Allah je yang tahu apa niat "orang hitam" tu muncul lagi kat situ....
Yang sado -john sena-

Halo satu malaysia..kabare panikians...ini tengah malam buto den ade satu cerita ingin mengongsi bersam kamu semua layan...
07/08/2016

Halo satu malaysia..kabare panikians...ini tengah malam buto den ade satu cerita ingin mengongsi bersam kamu semua layann...rokok sebatang duluu lah

"BUDAK KECIL"

Beberapa tahun lepas, sekitar rumah aku sekarang ni cuma kawasan estet dan hutan². Kawasan ni belum di naik taraf menjadi kawasan perundustria dan perumahan. Masa aku pindah tu barulah beberapa penempatan dibina bersama beberapa fasiliti lain. Di belakang taman perumahan aku ni ada satu jalan kecil yang cuma boleh dilalui oleh sebuah kereta saja untuk satu masa.

Jalan kecil tu menuju ke dua kampung melayu dan cina india yang wujud lebih awal disini. Kiri dan kanan jalan kecil itu cuma ada busut dan pokok² sawit.

Bayangkan situasinya begini, satu taman, jalan belakangnya ada lorong kecil yang kiri dan kanannya ada pokok² sawit dan busut, dan TIADA walau sebatang lampu jalan pun sepanjang lorong kecil yang kira² 1km tu. Korang cuma akan nampak lampu pertama di hujung jalan simpang nak ke dua buah kampung tu je. Sekitar kawasan kampung tu p**ak hutan dan bukit kecil.

Okay, ceritanya adik lelaki kawan aku, aku namakan dia Wan, selalu main badminton kat dewan serbaguna yang ada kat kampung belakang taman kami ni. Jadi, setiap malam minggu dia akan lalu jalan tu untuk ke dewan sana.

Selalunya macam biasa, takde apa² yang seram pun kat area tu melainkan jumpa babi hutan berlari nak ke hutan sebelah lagi ataupun ular ataupun burung hantu. Tu je.

Tapi satu hari tu, tak pastilah hari apa (yelah selalunya kan hantu melayu asal malam jumaat je seram), Wan balik dari dewan tu agak lewat malam sekitar jam 11 lebih.

Berbekalkan hanya cahaya lampu motor, kelihatan dihadapannya ketika itu seorang budak kecil, baby actually (macam baby yang kita tengok selalu yang dah boleh berdiri sendiri).

Bayangkan ada baby berdiri kat tengah jalan gelap pukul 11 malam sorang², korang rasa ?
Baby tu badannya gelap, tapi mata dia merah, bogel separuh macam toyol tu. So memang Wan konfiden tu bukan spesis manusia. Baby tu tak buat apa², cuma berdiri kat tengah jalan sambil bertentangan mata dengan Wan.

Nasib baik si Wan ni di didik dengan ilmu agama dengan baik, jadi dia memang tak tak*t malah sempat lagi mengerling makhluk tu sambil lalu buat tak tahu je. Yang penting ayat² suci Al-quran tak putus² di baca. Selamatlah dia sampai ke rumah tanpa diekori atau diganggu.

Nak kira tak*t, sampai ke sudah lah tak keluar rumah kan ?
Even kat rumah pun belum tentu selamat daripada makhluk Allah spesis tu yang kita tak nampak ni kan ?

Kita kena yakin dengan Allah, berdoalah minta dijaga keselamatan kita dari makhluk²Nya yang ada niat jahat kat kita juga keselamatan kita di dunia dan akhirat. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya.

Yang sado -john sena-

Hola korang..nah satu cerita den share..sori la abam lombok busy belajar dn mengajar dn diajar sebab dia kurang ajar..ah...
25/07/2016

Hola korang..nah satu cerita den share..sori la abam lombok busy belajar dn mengajar dn diajar sebab dia kurang ajar..ahaha..so mmg x sempat die nk hadap handphone..so layan lah..rokok sebatang?please..

Jangan ditegur

Kisah yang aku akan ceritakan ini telah belaku pada rakan aku sendiri, rakan satu tempat kerja. Dia ini memang jenis huru-hara sedikit perangai, tapi dia ok je.. cuma kadang-kadang mulut tak boleh tahan juga celuparnya. Dipendekan cerita aku dan rakan-rakan satu tempat kerja mengadakan aktiviti luar, lokasi pilihan kami adalah Sungai Kanching Rawang.

Kami berkhemah di sana selama satu malam, sambil-sambil itu kami juga ada melakukan sedikit aksi-aksi lasak, antaranya 'jungle tracking' sambil-sambil k*tip kayu-kayu ranting untuk dijadikan bahan bakar malam nanti. Hutan Sungai Kancing ini best juga banyak monyet.

Dipendekan cerita lagi, waktu pun dah lewat petang nak masuk mahgrib kawan aku seorang ini tak muncul-muncul kat khemah kita orang. Ingat dia ada la dekat-dekat sini, tunggu punya lama dah masuk jam 8 malam. Baru dia muncul dengan kayu-kayu ranting. Dia pun terus masuk khemah tapi tak bercakap banyak pun. Kita ingat mungkin dia kepenatan sebab cari kayu kan.

Lepas unggun api dihidupkan ikan, ayam ubi keledek dibakar untuk makan malam ini kan. Waktu kita membakar pun dia tak bercakap sangat, yang kawan celupar itu p**ak bukan main aktif lagi, bergelak sakan. Jam dah masuk pukul 10 aku dah kawan-kawan lain dah mula rasa lain macam sedikit, sebab kawan seorang lagi tu tak bercakap sangat, yang celupar itu p**a pergi tegur! "Woi apasal kau diam berak dalam seluar ke'? HHAHA!

Selalu bila bergurau kasar macam itu dia akan bagi respon' ini masih diam juga! sekali dia ketawa senyum punyalah seram p**ak kita tengok!
Tak lain tak bukan sah dia kena sampuk! atau benda lain menyerupai dia! dengan selambernya kawan aku ini tegur lagi, "Woi kalau kau hantu angguk la 2 kali!" ''kalau bukan hantu kau mengucap boleh?''

Aku dan kawan-kawan lain marah kat kawan aku yang celupar ini! "Jangan Ditegur, Kalau Dah Tau Dia Tu Hantu!!!"
Dekat 10 minit juga dia tersenyum-senyum, lepas itu tiba dia ketawa terbahak-bahak! sah dia kena sampuk! kawan aku yang celupar tu punya berani pergi kat kawan kena sampuk itu tolak bahu dia! punya cilaka punya perangai.

Tiba-tiba kita terperasan lah!!!! belakang kawan aku yang celupar itu ada 1 lembaga hitam tinggi dan besar. Nampak samar-samar sahaja. Ini semua gara-gara apabila dia berkasar dengan kawan aku tadi. Orang dah kena sampuk lagi pergi tegur main-main, langsung tak serius!

Tapi celupar-celupar dia, dia yang paling berani siap papah kawan kita yang kena sampuk itu. Salute! Salute lah sangatkan! kawan aku yang papah tu kena tolak masuk semak! yang kena sampuk p**a lari hilangkan diri, nak kejar memang tak lah kan! tak tahu selok belok hutan langsung, dekat-dekat boleh lah.

Kita orang semua pun dapatkan kawan yang celupar tu tadi kat dalam semak. Dah selamatkan dia, cepat-cepat pack barang nak berambus dari situ! bab kawan yang kena rasuk itu, kita cadang nak cari orang yang pakar dalam bab-bab alam ghaib ini.

Jam dekat 1 pagi waktu itu, lampu besar, touchlight semua cukup jadi tak adalah gelap sangat. Sampai parking start enjin kereta terus gerak! jalan dari Sungai Kanching nak keluar ke jalan kucing memang gelap! ditambah p**a dengan hutan tebal. Punya kucar kacir abis semua surah kita buka! ayat qursi semua. Tiba-tiba kita nampak seorang lelaki cuba menahan kereta kami, berani kan diri lah behenti sebab orang yang tahan tu nampak macam orang asli sini-sini sahaja.

Kita pun behenti, dia cakap ada seorang rakan cerdera tak boleh berjalan, dia mintak kami semua bawa kan ke hospital Selayang (PALING DEKAT) terkejut beruk kita tengok, rupanya orang yang cerdera itu kawan kami yang kena rasuk tadi!!!! perrrrrrhhHhhHgGgG!

bila ditanya kali ini baru nampak dia dah sedar, jadi tadi kita pun tak pasti sama ada tadi itu jelmaan dia atau dia disampuk....kesudahannya dia cerdera di kaki kerana terpijak buluh. Dan selepas kejadian ini dia langsung tak ingat apa terjadi. Kita orang pun tak pasal-pasal dapat pengalaman seram ini.

Sekian,

Yang sado -john sena-

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panik FMily posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category