
13/06/2025
Rakyat Disantuni
'MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI' - TEMA HARI KEBANGSAAN 2025
'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM2025) manakala logo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.
Menurut Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, pemilihan tema itu adalah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menjunjung nilai perpaduan dan kesejahteraan, melalui komitmen kerajaan meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama pentadbiran.
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala sambutan Hari Malaysia tahun ini berlangsung pada 16 September di Pulau Pinang.