Media Maya Kini

Media Maya Kini Media Maya Kini

23/08/2026
21/08/2026

Sakau?

21/08/2026

SIAPA YANG PATUT DITUKAR?

Cadangan supaya Dr. Asyraf Wajdi ditukar sebagai Pengerusi MARA hanya kerana dikaitkan dengan polemik RCI Tabung Haji dilihat terburu-buru. Beliau masih berhak memberi penjelasan dan mempertahankan dirinya melalui saluran yang sah.

Cadangan itu juga datang bersama gesaan wakil PKR Negeri Sembilan, Mohd Shariman Che Deris, supaya Dr. Asyraf diberi “tempoh bertenang” dan meminta supaya wakil PKR yang diberikan jawatankuasa dan autoriti untuk mendekati rakyat. Jadi, wajarkah isu ini dilihat semata-mata atas alasan pentadbiran?

Dr. Asyraf juga tidak berdiam diri terhadap dakwaan yang dianggap fitnah. Beliau mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar saman LOD dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran berdasarkan bukti, bukan persepsi media sosial.

Malah, jika menerima pampasan daripada saman tersebut, Dr. Asyraf berhasrat menyalurkannya kepada Yayasan Pelajaran MARA bagi membantu pelajar miskin, yatim dan kurang berkemampuan. Jelas, fokusnya adalah membersihkan nama dan menegakkan kebenaran.

Berhubung gambar pemeteraian perjanjian hotel TH yang viral, beliau sudah menjelaskan bahawa ketika itu beliau tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan atau mengurus keputusan operasi TH dan kehadiran beliau dalam majlis ketika itu tidak ada kaitan dengan isu TH sekarang.

Jadi, jangan hukum seseorang hanya kerana namanya dikaitkan dengan kontroversi. Biar bukti dan mahkamah menentukan kebenaran, bukan tekanan politik atau permainan media sosial.

Kredit: BeritaKS

17/08/2026

Lebih baik REHATKAN PMX.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Maya Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share