Gempak Malaya

Gempak Malaya Page Gempak Malaya memaparkan kisah Sensasi & Viral melibatkan isu-isu semasa, trending, masyarakat,

Ada beza Kota Bharu dgn Kampung Baru
12/12/2025

Ada beza Kota Bharu dgn Kampung Baru

Ada 2 jenis orang bila pergi shopping barang.
09/12/2025

Ada 2 jenis orang bila pergi shopping barang.



Sekolah: Merotan bukan penyelesaian Also sekolah: Pelajar2, jemput tengok hukuman sebat.
14/10/2025

Sekolah: Merotan bukan penyelesaian

Also sekolah: Pelajar2, jemput tengok hukuman sebat.

Sebagaimana hadis yang selalu kita dengar, kata Nabi:"Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri,nescay...
14/10/2025

Sebagaimana hadis yang selalu kita dengar, kata Nabi:

"Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri,nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."

Ada yg membaca ayat ini hanya fokus pd perkataan 'memotong tangannya'.

Ada p**a yg menafsir, inilah hukum mencuri dalam Islam.

Namun ramai yg terlupa isi tersiratnya yg terpenting - iaitu sesiapa yg melakukan kesilapan tak kira taraf tidak terlepas daripada hukuman yg dikenakan pd org biasa yg melakukan kesalahan perkara yg sama.

Quran 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Quran 4:58
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Dua ayat di atas menunjukkan betapa Allah pentingkan soal keadilan dan amanah pd pemimpin umat Islam terhadap semua yg bergelar manusia. Menjaga keadilan dalam masyarakat dianggap sebagai satu pahala yg besar, termasuklah membantu mereka yg ditindas.

Mengapakah Allah mengarahkannya begitu? Kerana keadilan Islam adalah cara yg paling berkesan utk menjaga nama agama-Nya.

Bagaimana umat Islam dan Islam sendiri boleh berkembang sekiranya perkara asas ialah keadilan dalam Islam tidak wujud dalam pentadbiran negara yg diterajui umat Islam sendiri?

Lepas kahwin bahagia ❌Lepas kahwin derita bayar hutang ✅Hidup tak bahagia, derita menanggung hutang loan untuk majlis ka...
22/08/2025

Lepas kahwin bahagia ❌
Lepas kahwin derita bayar hutang ✅

Hidup tak bahagia, derita menanggung hutang loan untuk majlis kahwin yang hanya berlangsung 2-3 hari sahaja.

Sumber : ConfessTweetMY

Pernah tak kita perasan, filem gangster makin lama makin “trending”, dan pelajar sekolah p**ak makin ramai yang s**a tir...
18/08/2025

Pernah tak kita perasan, filem gangster makin lama makin “trending”, dan pelajar sekolah p**ak makin ramai yang s**a tiru gaya macam dalam cerita? Sebenarnya benda ni bukan sekadar ikut-ikut fesyen, tapi boleh jadi punca kes buli di sekolah makin serius.

Dalam filem, watak gangster selalu nampak hebat. Jalan pun berlagak, cakap kasar pun macam “power”, dan kalau gaduh, semua orang takut. Bagi remaja yang masih tercari identiti, imej macam tu nampak “cool”. Dari situlah mula ada pelajar yang tiru gaya rambut, cara bercakap, sampai jadi kasar dengan kawan. Mula-mula nampak kecil je, lama-lama berkembang jadi budaya buli. Kononnya nak jadi “abang long sekolah”.

Masalahnya, mesej moral dalam filem tu jarang orang nampak. Kalau pun ada pengakhiran sedih – masuk penjara, mati kena tikam, hidup merana – budak sekolah tak kisah. Yang mereka nampak cuma aksi ganas yang “stylo”. Tambah p**ak media sosial s**a ulang babak gaduh tu jadi konten lawak, meme, atau trend TikTok. Lagi cepatlah pengaruh tu tersebar.

Kesannya, sekolah jadi macam gelanggang samseng kecil. Senior buli junior, geng gaduh dengan geng, ada yang siap panggil kawan luar sekolah. Mangsa p**a trauma, takut nak datang sekolah. Guru pening, ibu bapa risau, tapi budak yang jadi pembuli rasa diri dia “legend”. Sedangkan hakikatnya, bila habis sekolah, status tu tak bawa apa-apa makna. Yang tinggal cuma penyesalan dan rekod disiplin buruk.

Kita kena ingat, filem gangster cuma lakonan. Realiti tak sama. Buli bukan sekadar ikut gaya, tapi jenayah yang boleh musnahkan hidup orang lain. Kalau betul nak jadi hebat, tunjuk melalui ilmu, akhlak, dan pencapaian, bukan dengan gengsterisme.

Kesimp**annya, filem gangster boleh ditonton, tapi kena ada tapisan dan kesedaran. Anak-anak perlu dibimbing supaya faham beza antara fantasi dan realiti. Sebab bila pengaruh filem ni dibawa ke dunia sebenar, parutnya bukan pada skrip – tapi pada hati dan masa depan manusia sebenar.

04/08/2025

Kurang 200 hari lagi sebelum Ramadan 2026

Salah satu misteri alam di Malaysia
29/07/2025

Salah satu misteri alam di Malaysia

Kisah rumah tangga Azizul & Azizah.Siapa betul siapa salah?
27/07/2025

Kisah rumah tangga Azizul & Azizah.

Siapa betul siapa salah?

Address

KL SENTRAL
Kuala Lumpur
50623

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gempak Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share