We Stand With PDRM

We Stand With PDRM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from We Stand With PDRM, Digital creator, Kuala Lumpur.

14/04/2025

Penempatan pelacuran di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Penempatan pelacuran yang seolah-olah begitu kebal dengan tindakan undang-undang..

Tutup buka lagi, tutup buka lagi.. Seolah-olah macam tiada kesudahan..

Jabatan Perdana Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jabatan Wilayah Persekutuan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Polis KL Polis Dang Wangi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jabatan Imigresen Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur Anwar Ibrahim Saifuddin Nasution Ismail Dr Zaliha Mustafa Sinar Harian BenarNews Malay Mail Harian Metro Malaysiakini BM Astro AWANI Malaysia Gazette Berita Harian Online Kosmo! Online Harakahdaily Kosmo Online BenarNews Malaysia




25 Oktober 2024Lokasi : Berhadapan Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut, KL.Harap2 semoga Dr Zaliha Mustafa ambil perhatian ...
28/10/2024

25 Oktober 2024

Lokasi : Berhadapan Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut, KL.

Harap2 semoga Dr Zaliha Mustafa ambil perhatian dan serius tentang isu ini. 🙏🙏

17/09/2024

Pelacuran di Pudu KL,
Waktu siang dah ada serbuan?
Tetapi waktu malam pada hari yang sama kembali beroperasi seperti biasa,
Haha terbaik.

Harap² warga Wilayah Persekutuan pun dapat beri kerjasama dalam membantah aktiviti atau tempat-tempat pelacuran di Kuala...
17/09/2024

Harap² warga Wilayah Persekutuan pun dapat beri kerjasama dalam membantah aktiviti atau tempat-tempat pelacuran di Kuala Lumpur ni. Jangan berdiam diri, ini semua tanggungjawab kita bersama. 🙏🙏🙏

Kredit Gambar : Muhammad Saufi Ab Rahim

Tempat pelacuran Petaling Street, Polis siap berhenti turun sembang-sembang lagi macam tak ada apa-apa berlaku, untuk pe...
28/07/2024

Tempat pelacuran Petaling Street, Polis siap berhenti turun sembang-sembang lagi macam tak ada apa-apa berlaku, untuk pengetahuan semua bukankah pelacuran adalah tidak dibenarkan di Malaysia mengikut [Akta 574], Iaitu Mengikut Seksyen 372 Dan Beberapa Lagi Seksyen?

Mungkin selepas viral pembongkaran sebelum ini, beberapa lokasi pelacuran sudah tidak bebas beroperasi seperti sebelum ini, dan sekarang sepertinya mungkin perlahan-lahan akan beroperasi jika tiada tindakan daripada kita semua untuk mencegahnya.

Lokasi : Petaling Street, Kuala Lumpur
Tarikh Kejadian : 28.July.24

Motif perkara ini disebarkan, untuk penyiasatan bagaimana dua buah motosikal dan satu buah kereta polis tidak mengambil tindakan kepada premis pelacuran tersebut walaupun keadaan mereka ketika itu sudah hampir kepada premis pelacuran, Maaf adakah terdapat penyalahgunaan kuasa daripada mereka ketika kejadian?

Terima Kasih. 🙏

Jom sama-sama kita perhatikan, adakah selepas serbuan ini dibuat tempat pelacuran ini akan beroperasi balik atau tidak s...
26/05/2024

Jom sama-sama kita perhatikan, adakah selepas serbuan ini dibuat tempat pelacuran ini akan beroperasi balik atau tidak selepas itu? 🤔

KUALA LUMPUR - Sebuah premis yang menawarkan khidmat urutan badan dan pelacuran dengan mengenakan bayaran serendah RM80 di Jalan Pasar Baru di sini diserbu pada Khamis. Serbuan...

11/05/2024

Tidak Peduli Makanan Halal Atau Haram
=====
1. Rasulullah pernah mengingatkan kita mengenai sebuah fenomena yang akan melanda pada umat ini iaitu mereka tidak lagi mempedulikan perkara halal atau haram. Sabda Rasulullah:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ، أَمِنَ الحَلاَلِ أَمْ مِنَ الحَرَامِ

“Akan datang satu zaman nanti, seorang lelaki tidak mempedulikan dari mana sumber (makanan) yang diambil, apakah dari halal atau perkara yang haram.” (HR al-Bukhari)

2. Sehinggakan ada sebahagian kita yang sudah tidak sensitif dengan sumber makanannya sedangkan isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad:

أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: "كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً

“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)

3. Berhati-hati dalam menyuapkan makanan yang menjadi darah daging kita. Seorang Tabi’i yang masyhur Yusuf ibn Asbat pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan ini. Kata beliau:

إذا تعبد الشاب يقول إبليس: انظروا من أين مطعمه؟ فإن كان مطعمه مطعم سوء، قال: دَعُوه، لا تَشتغلوا به، دَعُوه يجتهد ويَنْصَب، فقد كفاكم نفسَه

“Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata: “Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita.” (al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir)

4. Lihatlah perumpamaan yang diberikan oleh Yusuf ibn Asbat ini. Sehinggakan Iblis pun tidak mengganggu hamba yang sibuk beribadah sekiranya makanan mereka kotor kerana makanan yang tidak baik itu telah cukup merosakkan Muslim, luar dan dalam.

5. Oleh itu jagalah sumber makanan kita. Makanan yang tidak halal boleh menjejaskan urusan doa kita kepada Allah bahkan dibimbangi kita telah menyuapkan sesuatu yang boleh merosakkan jiwa anak-anak kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

11/05/2024

Lokasi di Bukit Bintang, bukan hanya sekadar menawarkan khidmat urut tetapi ada job tepi iaitu khidmat seks juga?

Adakah kita akan membiarkan saja oleh kerana Bukit Bintang adalah kawasan pelancongan maka mungkin agak s**ar untuk perkara sebegini tidak berlaku di kawasan tumpuan ramai seperti ini, saya harap alasan sebegini tidak diguna pakai oleh mereka yang mempertahankan aktiviti yang tidak bermoral ini.

Masih banyak perkara yang boleh dipromosikan oleh Malaysia ini untuk dijadikan tempat tumpuan pelancongan, kita mungkin masih boleh menerima jika di negara ini mempunyai pusat hiburan yang beroperasi secara sah mengikut undang-undang kerana negara ini adalah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan kepercayaan.

Tetapi jika suatu perkara itu yang telah ditetapkan oleh undang-undang apabila melakukannya adalah satu kesalahan maka ianya tetap satu kesalahan, tapi yang ni p**a secara diam-diam menawarkan perkhidmatan seks dengan berlindung disebalik perkhidmatan urut, bagaimana jika kita mengambil tindakan yang tegas dan serius dalam menangani perkara ini? Sudah pasti tiada yang berani menawarkan perkhidmatan seks seperti ini bukan?

Ada perkara mungkin kita masih boleh berkompromi dan boleh berbudi bicara dalam penyelesaiannya tetapi perkara-perkara sebegini tidak sama sekali.

10/05/2024

Jumlah ketirisan bahagi 34 juta rakyat Malaysia = RM8,147
Belum terlambat untuk berubah.
Kali ini kita betul-betul tolak rasuah.

Rasuah Dihina, Maruah Dibina

# RasuahBusters

10/05/2024

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when We Stand With PDRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Kuala Lumpur media companies

Show All