14/12/2025
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
แตหกแตสฐ: แดนแดผแดดแดฐ. หขสธแดฌแดดแดฟแดตแดธ แดฟแดผหขแดฐแดต แดฌแดดแดนแดฌแดฐ แถปแดฌแดดแตแดฐแดต
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Program Retreat Kepimpinan dan Hala Tuju Belia PERKIM diteruskan dengan penuh dinamika dan semangat kesukanan pada hari ketiga bertempat di Kem Permata Resort, Jalan Air Tanai 1, di sini, menerusi penganjuran aktiviti explorace yang dirangka khusus bagi menguji keupayaan kepimpinan, daya fikir serta kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta belia PERKIM.
Aktiviti explorace yang menjadi kemuncak program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ketua Jurulatih Kem, Muhammad Nafโal Mohd Rafiq dengan pendekatan latihan berasaskan pengalaman (experiential learning) yang mencabar fizikal, mental dan emosi peserta.
Seawal pagi, para peserta telah dibahagikan kepada lima kump**an sebelum diberikan taklimat keselamatan dan penerangan misi oleh jurulatih bertugas.
Misi utama explorace tersebut ialah setiap kump**an belia PERKIM perlu mencari sampul yang mengandungi soalan serta tugasan yang disembunyikan di lima check point yang telah ditetapkan di sekitar kawasan kem.
Lima lokasi strategik dipilih sebagai check point iaitu kawasan flying fox, dewan utama, kawasan asrama, pondok pengawal keselamatan serta beberapa laluan terbuka di sekitar kem yang memerlukan peserta bergerak pantas dan berstrategi.
Tugasan ini bukan sahaja menguji keberanian individu, malah memerlukan sokongan moral dan kerjasama rakan sepasukan bagi memastikan setiap ahli berjaya menyelesaikan misi dengan selamat.
Sementara itu, di dewan utama, peserta berdepan tugasan berasaskan pemikiran kritikal dan komunikasi apabila diminta menyusun pelan penyelesaian masalah organisasi belia berdasarkan senario yang diberikan dalam sampul soalan.
Tugasan ini menuntut perbincangan pantas, pembahagian peranan yang jelas serta keupayaan membuat keputusan secara kolektif dalam tempoh masa yang terhad.
Soalan-soalan yang dikemukakan menuntut peserta memberikan pandangan matang tentang peranan belia dalam menjaga keharmonian masyarakat majmuk serta tanggungjawab sebagai pemimpin masa hadapan yang berteraskan nilai Islam.
Menariknya, bagi menambah elemen cabaran dan keseronokan setiap kump**an telah diberikan sebanyak enam biji belon yang sudah ditiup dan diikatkan pada paha setiap ahli kump**an.
Belon tersebut perlu dipertahankan daripada dipecahkan oleh ahli kump**an lain sepanjang explorace berlangsung.
Elemen ini mencetuskan suasana penuh aksi, strategi dan gelak tawa apabila peserta bukan sahaja perlu menyelesaikan tugasan, malah melindungi belon masing-masing sambil menghalang kump**an lawan.
Antara tugasan yang dianggap paling sukar untuk diselesaikan oleh peserta ialah tugasan terakhir yang memerlukan setiap kump**an mempersembahkan satu adegan atau lawak spontan bagi membuatkan urus setia tergelak.
Tugasan ini menuntut kreativiti tinggi, keberanian tampil ke hadapan serta keserasian kump**an dalam masa yang singkat. Pelbagai gelagat lucu, dialog spontan dan lakonan bersahaja dipersembahkan, sekali gus menceriakan suasana dan mengukuhkan hubungan silaturahim antara peserta dan urus setia.
Selepas tamat kesemua cabaran, Nafโal mengumumkan keputusan explorace dengan mengambil kira aspek masa, ketepatan tugasan, kerjasama pasukan serta kreativiti persembahan.
Keputusan menyaksikan kump**an 1 muncul sebagai juara keseluruhan, diikuti kump**an 5 di tempat kedua, kump**an 3 di tempat ketiga, manakala kump**an 2 dan 4 masing-masing di tempat keempat dan kelima.
Kejayaan kump**an 1 disifatkan hasil strategi mantap, pembahagian tugas yang berkesan serta semangat pasukan yang konsisten sepanjang aktiviti.
Sementara itu, ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ, ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐
๐๐ซ๐ก๐๐ง ๐๐๐ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก berkata, penganjuran program tiga hari dua malam ini dirangka secara holistik bagi membentuk belia PERKIM yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Menurut beliau, aktiviti seperti explorace bukan sekadar permainan, sebaliknya medium latihan kepimpinan yang berkesan untuk melahirkan belia berdaya saing dan berfikiran strategik.
Beliau menjelaskan bahawa sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai pendekatan pembinaan jati diri termasuk pengukuhan nilai kepimpinan Islam, kemahiran komunikasi, pengurusan konflik serta kerja berpasukan.
Katanya, pendedahan ini penting bagi memastikan belia PERKIM bersedia memikul amanah sebagai pelapis kepimpinan organisasi dan masyarakat pada masa hadapan.
Ustaz Farhan Tee turut menegaskan bahawa program ini juga bertujuan menyatukan belia PERKIM dari pelbagai latar belakang negeri dan pengalaman agar wujud jaringan ukhuwah yang kukuh.
Katanya, melalui aktiviti berpasukan dan cabaran bersama, peserta didorong untuk saling memahami, menghormati perbezaan pandangan serta membina kepercayaan antara satu sama lain.
Menurut beliau lagi, maklum balas awal daripada peserta menunjukkan program ini berjaya memberi impak positif, khususnya dalam meningkatkan keyakinan diri, keberanian menyuarakan pendapat serta kesedaran tentang peranan belia dalam memperkasa dakwah dan kebajikan umat.
Ustaz Farhan Tee berharap modul dan pendekatan yang digunakan dapat diteruskan serta diperkasakan pada program-program Belia PERKIM akan datang.
Program Retreat Kepimpinan dan Hala Tuju Belia PERKIM melabuhkan tirainya dengan sesi nyanyian perpisahan, sesi fotografi kenangan dan jamuan makan tengah hari bersama semua peserta dan urus setia.
Suasana penuh mesra dan ceria jelas terpancar, menandakan kejayaan program ini dalam meninggalkan pengalaman bermakna serta semangat baharu kepada belia PERKIM untuk terus berbakti dan memimpin dengan hikmah.