Central Times

Central Times --

01/11/2022


22/06/2022

Tidak Dimansuh Sepenuhnya, Subsidi Dialihkan Kepada Rakyat

Subsidi masih ada sebenarnya. Hanya dialih dan diberikan terus kepada rakyat. Jelas sekali pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi menjelaskan segalanya bahawa subsidi itu diberi terus kepada 8.6 juta rakyat Malaysia.

Penarikan subsidi minyak misalnya hanya melibatkan pek botol seberat 2kg, 3kg dan 5kg manakala bagi pek kemasan paket 1kg masih kekal dengan subsidi sedia ada. Harus diingat, pemberian subsidi minyak bagi pek kemasan botol hanyalah bersifat sementara bermula Ogos tahun lalu bagi tempoh tiga bulan dalam usaha membantu rakyat menghadapi gelombang COVID-19 pada ketika itu, namun masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Ramai terlupa bahawa subsidi minyak masak yang ditarik semula ini hanyalah bersifat sementara sahaja, manakala subsidi minyak paket 1 kg masih diteruskan Kerajaan Malaysia. Subsidi diberikan untuk 60 ribu tan metrik sebulan, melebihi daripada keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55 ribu tan metrik sebulan

“Sewaktu pandemik COVID-19, Kerajaan telah memperkenalkan program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg, pada Ogos 2021. Usaha ini bagi membantu Keluarga Malaysia yang ketika itu terkesan akibat pandemik COVID-19.

Program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol ini hanyalah untuk tempoh tiga bulan sahaja dengan kos RM55 juta sebulan. Walaubagaimanapun, Kerajaan mendapati minyak masak berbotol yang disubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.” ujar YAB Perdana Menteri dalam sidang media pada 22 Jun 2022

Bagi isu harga siling ayam p**a, kerajaan sudah menyediakan peruntukan sejumlah RM 720 juta kepada para penternak seluruh negara bagi membantu mereka menghadapi isu kenaikan harga makanan ternakan di pasaran dunia.

Sayangnya, hanya sekitar RM260 juta permohonan yang diterima dan subsidi yang telah diluluskan adalah sejumlah RM180 juta sahaja. Ini bermakna, RM540 juta subsidi masih belum dipohon dan ia berkemungkinan disebabkan oleh para penternak yang tidak memiliki lesen perniagaan atau sebab-sebab lain.
YAB Perdana Menteri memandang serius mengenai isu subsidi ini dan mengambil keputusan untuk memberikan subsidi bersasar terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, melalui penambahan RM100 dan RM50 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada 8.6 penerimanya. Ini bermakna Kerajaan Keluarga Malaysia telah mengalihkan semula dan memberikan subsidi tersebut kepada rakyat yang benar-benar memerlukan agar ianya tidak digunakan oleh golongan yang tidak sepatutnya.

Bersyukurlah kita dengan nikmat ini. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk bersyukur. Allah SWT juga telah menyebutkan, jika hamba-Nya pandai bersyukur seperti mengucapkan alhamdulillah, maka akan nikmat dari-Nya akan ditambah.

"Jika engkau tidak mampu membalasnya maka doakan dia hingga engkau merasa bahwa engkau telah mensyukuri kebaikan tersebut karena sesungguhnya Allah SWT sangat cinta kepada orang-orang yang bersyukur." (Hadis Riwayat Abu Daud). Allah SWT sayang pada hambanya yang bersyukur.

Oleh yang demikian, kita sebagai ahli Keluarga Malaysia yang bersyukur seharusnya memandang hal ini dari sudut positif dan tidak sesekali membaca sebarang kenyataan secara separuh-separuh agar tidak terpengaruh dengan berita-berita nakal yang dibuat oleh netizen yang tidak bertanggungjawab yang niatnya hanya satu, untuk membuat kacau dan mengganggu gugat keharmonian negara kita.

Rakyat Malaysia yang budiman juga wajar membaca dan memahami sedalam-dalamnya setiap kenyataan dan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Subsidi itu masih ada. Hanya ditarik daripada diberikan kepada pembekal dan diberi terus kepada golongan yang memerlukan menerusi Bantuan Keluarga Malaysia sebagaimana yang diumumkan sebentar tadi.

Tulisan :
Cikgu Kamisah Kaman
Tawau, Sabah

20/06/2022
11/05/2022



BIla Perwaja Steel di Kemaman ditutup tahun 2014, ramai yang hilang pekerjaan. Setelah melalui proses mahkamah yang berp...
24/04/2022

BIla Perwaja Steel di Kemaman ditutup tahun 2014, ramai yang hilang pekerjaan.

Setelah melalui proses mahkamah yang berpanjangan akhirnya lebih 700 pekerja mendapat pampasan antara RM3,000 hingga RM20,000 seorang. Kelegaaan besar menjelang idilfitri.

Terima kasih YAB PM yang datang menyampaikan. Terima kasih kepada MTUC yang memperjuangkan dan terima kasih Umno Bahagian Kemaman yang turut membantu.

Tok Mat Said berseloroh kat seorang penerima yang dapat cek RM17,000, "mung jangang bini pulok. Guna duit baik2!".

23/04/2022

20/04/2022

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB PERDANA MENTERI
SEMPENA PELANCARAN PELAN HIJRAH24 LEMBAGA TABUNG HAJI
20 APRIL 2022 | 6.30 PETANG LANTAI 1, DEWAN BESAR, MENARA TUN RAZAK KUALA LUMPUR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama pada petang bulan Ramadan penuh keberkatan ini.

2. Terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kerana mengundang saya untuk berbuka puasa dan menyempurnakan Majlis Perasmian Pelan HIJRAH24 Lembaga Tabung Haji 2022-2024.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,
3. Tabung Haji ditubuhkan pada 1963 untuk membantu umat Islam menunaikan ibadat haji dan ia telah berjaya berkembang menjadi salah satu entiti pengurusan haji dan dana patuh syariah terulung di dunia.

4. Hasil kecekapan pengurusan haji yang menyeluruh dan efisien, Tabung Haji telah mendapat pengiktirafan serta pujian daripada Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam lain.

5. Semoga Tabung Haji akan terus menjadi model pengurusan haji terbaik dunia, seterusnya menjadi organisasi kebanggaan negara di persada antarabangsa, Insya-Allah.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,
6. Tabung Haji merupakan antara pengurus pelaburan patuh syariah berkump**an terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan bernilai RM87.3 bilion dengan deposit berjumlah RM86.5 bilion daripada 8.4 juta pendeposit.

7. Pembabitannya dalam pelbagai sektor ekonomi patuh syariah telah menjana pendapatan yang halal dan baik, seterusnya dikongsi bersama dengan para pendeposit melalui agihan keuntungan setiap tahun.

8. Sejak 1966 sehingga tahun lepas, Tabung Haji telah mengagihkan sebanyak RM35.6 bilion keuntungan kepada pendepositnya.

9. Dari tahun 2001 p**a, Tabung Haji telah memberi bantuan kewangan haji berjumlah RM2.02 billion bagi meringankan beban kewangan jemaah Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,
10. Sejak pandemik COVID-19, banyak syarikat serta perniagaan yang terkesan dan terpaksa melakukan perubahan drastik dalam struktur operasi syarikat masing- masing.

11. Saya pasti Tabung Haji tidak terkecuali daripada berbuat demikian supaya terus kekal dan berwibawa selari dengan arus semasa.

12. Saya juga yakin Tabung Haji telah mengenal pasti perkhidmatan yang boleh disesuaikan dengan norma baharu dan situasi terkini, selain berdaya tahan dan bersedia untuk menghadapi masa hadapan (future-proof).

13. Pelan HIJRAH24 yang dirasmikan petang ini diyakini dapat melonjakkan semula aktiviti perniagaan serta pelaburan Tabung Haji bagi memastikan kesinambungan dan kecemerlangannya secara berterusan.

14. Saya juga dimaklumkan bahawa pelan ini dibangunkan selari dengan nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia yang menerapkan pengkayaan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,
15. HIJRAH24 merupakan Pelan Transformasi Strategik TH
2022-2024 bagi memacu organisasi untuk tiga tahun ke hadapan, terutamanya dalam menempuh cabaran yang mendatang.

16. Saya difahamkan pelan ini merangkumi 24 inisiatif strategik untuk mencapai aspirasi TH, dengan tumpuan kepada pengukuhan struktur tadbir urus korporat, operasi serta didorong oleh inisiatif digitalisasi.

17. Melalui HIJRAH24, TH menetapkan sasaran utama iaitu:
i. Peningkatan saiz dana berjumlah RM100bilion pada 2024.
ii. Penambahan jumlah pendeposit meliputi lebih 50 peratus daripada penduduk Islam Malaysia.
iii. Keuntungan boleh agih kepada pendeposit pada kadar melebihi 0.75 peratus daripada kadar p**angan Islamik.
iv. Peningkatan pengguna THiJARI melebihi 4 juta pengguna.
v. Indeks Kepuasan Pelanggan melebihi 90 peratus dan
vi. Indeks Penglibatan Anggota melebihi 75 peratus.

18. Tahniah saya ucapkan kepada Tabung Haji atas usaha gigih bagi memastikan institusi Islam yang menjadi ikon kebanggaan negara terus berdaya saing dan kekal relevan.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,
19. Saya mendoakan agar HIJRAH24 ini dapat dikotakan pada akhir tempoh 2024 seperti yang dirancang.

20. Syabas juga saya ucapkan kepada Tabung Haji kerana sentiasa bersedia melakukan transformasi untuk kekal dan berkesan.

21. Ini kerana sesebuah syarikat tidak akan maju jika hanya menunggu dan tidak mengambil langkah berani untuk mencuba sesuatu yang baharu sesuai dengan kehendak pemegang taruh.

22. Bagi Kerajaan, ia menaruh keyakinan terhadap Tabung Haji dan akan terus memberi sokongan atas usaha dan inisiatifnya demi kebaikan jemaah haji khususnya, dan umat Islam umumnya.

23. Dengan hasrat tersebut, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, sukacitanya melancarkan Pelan HIJRAH24 Lembaga Tabung Haji 2022-2024.

Sekian,
Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Central Times posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share