Viralitive

Viralitive Viralitive - viralkan cerita-cerita positive. Untuk info, ilmu, panduan, hiburan santai dan maklumat berguna. Jom viral yg positif saja!!! Sana-Sini Viral™.

Subhanallah..Purata kokokan ayam jantan adalah di dalam lingkungan 130 dB. Ia menyamai kekuatan bunyi jika kita berdiri ...
27/04/2023

Subhanallah..

Purata kokokan ayam jantan adalah di dalam lingkungan 130 dB. Ia menyamai kekuatan bunyi jika kita berdiri 15 meter dari jet yang sedang berlepas. Bagi mengelakkan ayam jantan menjadi pekak akibat kekuatan bunyi dari kokokannya, ayam jantan mempunyai satu lapisan tisu lembut yang melindungi gegendang telinganya.

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji p...
21/07/2021

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Oleh:
Hasanuddin Yusof Official
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.

P/s: Gambar tahun 50-an

Masha Allah.. Subhanallah..Kembar biracial fraternal..Peluang untuk mendapatkan anak Kembar adalah 1 : 500.  Maka untuk ...
24/06/2021

Masha Allah.. Subhanallah..

Kembar biracial fraternal..

Peluang untuk mendapatkan anak Kembar adalah 1 : 500. Maka untuk mendapatkan Kembar fraternal pastinya lebih sukar..

Foto di bawah menunjukkan Kalani dan Javani. Mereka adalah contoh Kembar biracial fraternal. Ibunya berkulit putih maka javani memiliki genetik dari ibunya. Manakala ayahnya berkulit hitam. Maka kalani memiliki kulit cokelat kerana menerima genetik dari ayahnya.

Macam mana ia boleh terjadi..?

Fikiran saya terus berputar putar menembusi masa silam semasa zaman persekolahan. Cikgu Biologi saya ada menerangkan bagaimana bayi Kembar di perolehi.

Untuk kes Kembar biracial fraternal memerlukan.

1. Ada dua o**m dan ada dua sperma.

2. Masing-masing bersenyawa membentuk
Dua zigot.

Namun begitu mereka tetap menerima DNA yang sama dari ibu dan ayahnya.

Masha Allah.. Subhanallah..Simbiosis yang menarik perhatian..Seekor burung yang digelar Egyptian Plover Bird atau masyar...
24/06/2021

Masha Allah.. Subhanallah..

Simbiosis yang menarik perhatian..

Seekor burung yang digelar Egyptian Plover Bird atau masyarakat setempat memanggilnya crocodile Bird.

Ia digelar sebegitu kerana hubungan simbiosisnya dengan Buaya. Di mana ia bagaikan doktor gigi buat Buaya. Burung ini akan makan dan mengambil sisa sisa daging di celah gigi Buaya.

Jika Buaya tidak merasa selesa pada giginya, maka ia akan membuka mulutnya untuk burung Plover ini datang merawat giginya.. (gurau je.. Maksudnya burung itu akan mencari daging daging yang melekat di celah gigi Buaya)

Sebagai balasan, Buaya tidak akan memakan burung tersebut. 😅

Pankaj Parakh seorang jutawan tekstil di India membuat kejutan di mana ia telah memakai baju T Shirt yang diperbuat dari...
24/06/2021

Pankaj Parakh seorang jutawan tekstil di India membuat kejutan di mana ia telah memakai baju T Shirt yang diperbuat dari jaringan benang emas tulen. Ia bersempena hari jadinya yang ke 45 pada tahun 2014. Baju yang seberat 4 kg itu diperagakan di samping itu dia di jaga oleh 4 orang bodyguard. Sekaligus menjadi baju termahal di dunia dengan harga 160 000 US Dollar..
Mesti lah Kena jaga kan.. Kalau tak berapa ramai yang akan ambil kesempatan.. 😅

Masha Allah.. Subhanallah..Adakah ini tangan zombie yang baru nak keluar dari dalam tanah? 😱Jangan risau, ini sebenarnya...
24/06/2021

Masha Allah.. Subhanallah..

Adakah ini tangan zombie yang baru nak keluar dari dalam tanah? 😱

Jangan risau, ini sebenarnya adalah sejenis cendawan yang dinamakan dead man finger (Jari Mayat) atau nama sains Xylaria Polymorpha.

Ia adalah sejenis fungus yang akan mendapatkan nutrien keperluannya dari batang Pokok yang telah mati. Dan Ia juga boleh menyerang Pokok yang masih hidup.

Namun begitu, ia tidaklah merbahaya kepada manusia.. 😅

Lagu baru Inteam & Sam Bunkface - Mencari Sinar. 😊https://youtu.be/uJLwuMw5LZAJangan lupa LIKE, KOMEN DAN SHARE!! 😁
09/04/2021

Lagu baru Inteam & Sam Bunkface - Mencari Sinar. 😊

https://youtu.be/uJLwuMw5LZA

Jangan lupa LIKE, KOMEN DAN SHARE!! 😁

DENGARKAN JUGA DI PLATFORM-PLATFORM DIGITALLAGU:Judul: Mencari SinarArtis: Inteam dan Sam BunkfaceGenre: World Music, NasyidKomposer: Ahmadi HassanLirik: Ahm...

Assalamualaikum Jemput menonton dan menghayati Malam Rindu Kekasih menampilkan Ustaz Iqbal Zain, AlMawlid reunion, Intea...
31/10/2020

Assalamualaikum
Jemput menonton dan menghayati Malam Rindu Kekasih menampilkan Ustaz Iqbal Zain, AlMawlid reunion, Inteam dan Zayne. Selamat menonton.

18/05/2020

Layan.. Raya PKP...😂

Address

Kuala Lumpur
52200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viralitive posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category