Kuman Pictures

Kuman Pictures A Malaysian film production company with a focus on low-budget horror and thriller movies.

KUMAN PICTURES CHALLENGE 7! - kini dengan duit syiling! 🪙Kuman Pictures sekali lagi menganjurkan pertandingan filem pend...
01/07/2026

KUMAN PICTURES CHALLENGE 7! - kini dengan duit syiling! 🪙

Kuman Pictures sekali lagi menganjurkan pertandingan filem pendek yang bertema seram atau thriller.

Pengisian 'seram" atau 'thrilller' bergantung kepada anda. Tapi kalau boleh sentuh isu semasa, lagi baek.

Syarat tambahan: Harus ada elemen duit syiling Malaysia (tak kira nilai apa). Ia harus dilihat (objek nyata atau gambar/lukisannya). Ini untuk memastikan semua filpen ada satu elemen khusus. Lebih molek kalau duit syiling ini sebahagian daripada cerita.

Tempoh 1 - 10 minit. Boleh guna apa-apa bahasa. Tapi dibuka hanya kepada warga / penduduk tetap Malaysia.

Bila dah siap, upload ke akaun sendiri di YouTube. Gunakan hashtag dan hantar emel ke [email protected] dengan link video tersebut, selewatnya 31 Julai 2026.

Dua syarat tambahan: Bila emel, nyatakan time-code di mana elemen “duit syiling” ada; dan juga nombor telefon untuk kami hubungi.

Finalis top 10 akan diberitahu pada bulan September dan akan dijemput untuk sebuah tayangan pada bulan Oktober, di mana pemenang akan diumumkan. Disebabkan ia tayangan umum, kami akan hantar semua finalis ke Lembaga Penapisan Filem dengan persetujuan pembikin.

Pastikan link YouTube anda bukan private dan ditanda 'Not for Kids' supaya boleh masuk playlist untuk tontonan semua.

Pemenang akan dapat RM1,500 tajaan Kuman Pictures. Semua finalis akan dapat beberapa hadiah lain yang akan diumum kelak.

Hakcipta setiap filem pendek (termasuk pemenang) tetap milik pengkarya & anda boleh buat apa saja dengannya.

Hakim kami: Muz Amer yang baru hasilkan Filem Kacau 🦋 yang akan keluar tahun ni. Filem tu pun ada kaitan dengan duit syiling hmmm.

Selamat maju jaya!

26/06/2026

Dokumentari JOM KITA KE LAUT: ITUI SULI-SULI BAJAU akan mula tayang di 10 pawagam Malaysia mulai Khamis 2 Julai! Terbitan Fat Bidin Sdn Bhd & edaran KumanPictures

Berikut adalah senarai pawagam:

Di Sabah:

1. GSC Suria KK Sabah
2. City Cineplex KK
3. 10Star - Kota Marudu
4. 10Star - Bintang Kubota, Tawau
5. 10Star Parklana City Benoni, Papar
6. 10Star Bandar Labuk Square, Sandakan
7. Eastern Cineplex, Tawau
8. Max Cinemas - Lahad Datu

Di Semenanjung Malaysia:

1. GSC Mid Valley
2. TGV 1 Utama

Sinopsis:

Bilkuin, Shima dan Didi adalah tiga orang belia yang tinggal di Pulau Omadal, yang terletak di luar pantai Sabah di Borneo, di mana majoriti penduduknya terdiri daripada Bajau Laut tanpa kerakyatan. ‘Jom Kita Ke Laut’ menceritakan kisah khusus tentang kehidupan mereka bertiga ketika mereka cuba mendokumentasikannya sendiri, yang akhirnya memberi kita gambaran tentang bagaimana kehidupan di pulau itu untuk Bajau Laut dan cabaran yang mereka hadapi dengan menjadi tanpa kerakyatan dan tidak mempunyai akses kepada hak asasi manusia seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Bahasa: Malay
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P12
Tarikh mula tayang: 2 Jul 2026
Genre: Documentari
Durasi: 72 min
Syarikat Penerbitan: Fat Bidin Media
Pengedar: Kuman Pictures
Penampilan: Bilkuin Jimi Salih, Shima Manan, Nuriana Nasip
Pengarah: Zan Azlee

Persoalan kepada Skim Wajib Tayang FINAS tentang JOM KITA KE LAUT. JOM KITA KE LAUT: Itui Suli-Suli Bajau! (LET'S GO TO ...
26/01/2026

Persoalan kepada Skim Wajib Tayang FINAS tentang JOM KITA KE LAUT.

JOM KITA KE LAUT: Itui Suli-Suli Bajau! (LET'S GO TO SEA: These are Stories of the Bajau!) sebuah dokumentari panjang terbitan Fat Bidin Media dengan Kuman Pictures sebagai pengedar. Temanya tentang harapan dan cita-cita sekumpulan anak muda di Pulau Omadal, Sabah, komuniti yang berdepan dengan pelbagai rintangan termasuk kewarganegaraan, akses pendidikan dan isu sosial. Walaupun isu yang dibawa serius, pendekatannya santai dengan personaliti tiga remaja setempat yang menjadi tunggak kisah ini.

Setelah doku ini mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem, kami ingin membawanya ke pawagam. Kami menghantarnya kepada Skim Wajib Tayang (SWT), jawatankuasa di bawah FINAS Malaysia untuk membantu filem Malaysia masuk ke pawagam.

Malangnya, SWT pada 21 Januari menolak permohonan kami. Lebih mengejutkan, tiada sebarang alasan diberi -- walaupun surat yang sama memberitahu bahawa kami berhak hantar notis rayuan sebelum 7 hari. Apabila kami tanya alasan untuk penolakan (supaya kami boleh buat rayuan), masih tiada sebarang sebab diberi.

Malah kami diminta untuk WhatsApp pengerusi Skim Wajib Tayang, Rozaidi Abdul Jalil (atau nama glamournya Zed Zaidi) untuk tanya dia sendiri. Hairan bagaimana hal di bawah agensi berwajib diminta diselesaikan dengan WhatsApp peribadi.

Kami diberi satu nombor WhatsApp untuk dihubungi. Soalan ditanya kepada nombor ini pada pagi Jumaat 23 Januari, tapi hingga kini tiada jawapan.

Soalan kami:
1. Kenapakah permohonan JOM KITA KE LAUT ditolak?
2. Bagaimana mungkin kami buat notis rayuan jika sebab penolakan dirahsiakan daripada kami? Suasana ini sungguh Kafkaesque, bak kata orang kampung.
3. Kenapa beri nombor WhatsApp seorang yang tidak menjawab?

Walaupun dokumentari bukan satu genre lazim untuk pawagam Malaysia, sebelum ini Skim Wajib Tayang pernah meluluskan beberapa. Antaranya THE STORY OF TARCIANS (doku dengan beberapa babak lakonan semula) pada 2024 dengan 35 pawagam. Jadi kenapa tidak JOM KITA KE LAUT?

Pada awal tahun ini, SWT meluluskan 30 pawagam untuk sebuah filem animasi yang dihasilkan 100% dengan AI. Jika itu boleh lulus, kenapa sebuah dokumentari yang melibatkan tenaga kerja dan latar sebenar Malaysia ditegah?

Ketiadaan kelulusan Wajib Tayang untuk dokumentari ini juga bererti ia tak akan dapat pulangan rebat cukai 10% jika kami dapat masukkannya ke pawagam dengan cara sendiri. Kenapa cipta kasta berbeza sebegini?

Sebagai sebuah jawatankuasa di bawah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk membangunkan industri filem, apa sebenarnya yang SWT sedang lakukan?

Address

Suite #109, MBE Taman Desa, 57A Faber Plaza, Jalan Desa Bakti, Taman Desa
Kuala Lumpur
58100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuman Pictures posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kuman Pictures:

Shortcuts

Share