Detik Ini Viral Press

Detik Ini Viral Press News & Personal Blog MUSIC VIDEO

25/01/2026


๐“๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐š๐ค๐š๐ง ๐ ๐š๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ซ๐จ๐ง๐  ๐…๐š๐ก๐ฆ๐ข '๐ ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐  ๐›๐ฎ๐ญ', ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐ง๐ข๐š๐ ๐š ๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฌ. "Rindu memang rindu tapi saya kena teruskan berniaga s...
20/01/2026

๐“๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐š๐ค๐š๐ง ๐ ๐š๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ซ๐จ๐ง๐  ๐…๐š๐ก๐ฆ๐ข '๐ ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐  ๐›๐ฎ๐ญ', ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐ง๐ข๐š๐ ๐š ๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฌ.

"Rindu memang rindu tapi saya kena teruskan berniaga sebab bola (sepak) sekarang tak macam dulu.

"Dulu boleh fokus karier gaji besarโ€ฆ sekarang tak boleh. Jadi, fokus berniaga."

Itu kata Muhammad Fahmi Mohd Sabri, 27, yang sudah 'menggantung but' selepas berhenti sebagai pemain bola sepak dan kini mencari rezeki sebagai peniaga nasi kukus sepenuh masa.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Fahmi berkata, dia pernah bermain dengan tiga pasukan sebelum ini iaitu Kelantan bawah 21 tahun, UiTM United FC dan kali terakhir Kuala Lumpur (KL) Rovers FC hingga Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Fahmi nekad berhenti sebagai pemain bola sepak kerana berdepan isu tunggakan bayaran gaji.

"Alhamdulillah, saya bermain dengan baik cuma tahun kedua gaji tak dibayar walaupun lima bulan berlatih.

"Saya kena ada pendapatan kerana perlu bayar sewa rumah dan komitmen lain. Jadi terpaksa berhenti.

MOHD RIFDEAN BIN MASDOR.Negeri Lahir : SarawakIFMA Juara Dunia Muaythai 3 Kali U23Thailand - 2021Abu Dhabi - 2022Bangkok...
17/01/2026

MOHD RIFDEAN BIN MASDOR.

Negeri Lahir : Sarawak

IFMA Juara Dunia Muaythai 3 Kali U23
Thailand - 2021
Abu Dhabi - 2022
Bangkok - 2023

Emas Muaythai Sukan Sea 2019 (Filipina)
WMC Juara Kings Cup Pro Thailand
IFMA Juara Muaythai Remaja Dunia 2019 (Turkey)
IFMA Best Boxer atlit remaja dunia 2019
PMM/WMC Juara Pro Kebangsaan Ranking 1
PMM Juara Kebangsaan
PMM Emas Muaythai Sukan Malaysia (Sukma)
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - DYMM Sultan Perak
Gangsa Kickboxing Sukan Sea 2021 (Vietnam)

One Championship Rekod 5-1

Gym : Sor Sommai

Doakan Dean dapat kontrak ONE Championship next fight.

Jika syarikat anda atau mana mana kenalan yang ingin jadikan Dean sebagai Duta produk anda atau memberi penajaan kepada Kapten Muaythai Malaysia ini boleh hubungi Mohd Rifdean.


Menolak Spanyol untuk mewakili Maroko pada usia 17 tahun.Dia bermain karena cedera hampir sepanjang Piala Dunia 2022 dan...
16/01/2026

Menolak Spanyol untuk mewakili Maroko pada usia 17 tahun.

Dia bermain karena cedera hampir sepanjang Piala Dunia 2022 dan membantu negaranya mencapai semifinal.

Dia membawa pulang medali Olimpiade sebagai kapten negaranya dan menjadi pemenang Ballon d'Or Afrika pertama bagi Maroko sejak 1998.

Sekarang dia hampir memenangkan AFCON sebagai kapten... di rumahnya, di negaranya sendiri.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฆ Achraf Hakimi.

๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐€, ๐๐„๐๐ˆ๐๐” ๐๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐“๐„๐‘๐Š๐„๐๐€๐‹ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š.Pada tahun 1996, Southampton berada dalam tekanan. Pengurus mer...
28/12/2025

๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐€, ๐๐„๐๐ˆ๐๐” ๐๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐“๐„๐‘๐Š๐„๐๐€๐‹ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š.

Pada tahun 1996, Southampton berada dalam tekanan. Pengurus mereka ketika itu, Graeme Souness yang merupakan pemain legenda Liverpool dan Scotland sedang mencari sesuatu yang boleh mengubah nasib pasukan.

Dan ketika itulahโ€ฆ satu panggilan telefon mengubah segalanya.

Seorang lelaki menelefon Souness. Dia memperkenalkan dirinya sebagai George Weah ketika itu Pemain Terbaik Dunia FIFA.

Dengan penuh yakin, suara di telefon berkata:

โ€œSaya mahu cadangkan sepupu saya. Namanya Ali Dia. Dia pernah bermain untuk PSG, Bayern Munich, dan sudah membuat 13 penampilan antarabangsa untuk Senegal.โ€

Nama George Weah terlalu besar untuk diragui. Souness percaya oetak-petak.

Tanpa rakaman video. Tanpa scout. Tanpa semakan mendalam. Berpegang kepada nama Weah semua SOP dan karenah biokrasi diketepikan.

Ali Dia ditawarkan kontrak jangka pendek. Segala kertas kerja diselesaikan.

Ali Dia akhirnya diturunkan dalam perlawanan Premier League menentang Leeds United.

Dia masuk sebagai pemain gantian. Dan ketika itulah semua orang di stadium sedar. Ada sesuatu yang sangat tidak kena.

Sentuhan pertamanya canggung. Larian tidak seiring permainan. Kawalan bola seperti pemain amatur tidak mencapai standard Premier League.

Salah seorang pemain Southampton kemudian berkata:

โ€œDia berlari seperti Bambi atas ais.โ€

Ali Dia langsung tidak kelihatan seperti pemain profesional dengan latar belakang kononnya pernah beraksi untuk PSG atau Bayern.

Selepas hanya 53 minit, permainan dia dikeluarkan semula. Perlawanan itu menjadi satu-satunya penampilannya dalam bola sepak profesional.

Selepas perlawanan, kebenaran mula terbongkar.di mana Ali Dia bukan sepupu George Weah. Dia tidak pernah beraksi untuk PSG atau Bayern dan tidak pernah bermain untuk Senegal.

Panggilan telefon itu?

Rakan Ali Dia sendiri yang menyamar sebagai George Weah.

Satu penipuan paling berani dan paling memalukan dalam sejarah Premier League.

Selepas kebenaran tertegak kontrak Ali Dia dibatalkan serta-merta.

Dia tidak pernah bermain di tahap tertinggi lagi. Namanya kekal dalam sejarah Premier League bukan kerana gol, bukan kerana trofi, bukan kerana bakatnya
tetapi kerana menipu.

Graeme Souness kemudian mendedahkan kebenaran sebenar di sebalik kisah Ali Dia.

Dalam temubual bersama Sky Sports, beliau berkata:

โ€œJadi, dalam tempoh lima minit pertama pagi Isnin, kami sudah tahu dia bukan untuk kami. Dia langsung tidak berguna.โ€

Selepas episod kontroversi bersama Southampton pada 1996, Ali Dia tidak pernah kembali ke bola sepak profesional.

Ali Dia hilang dari radar media antarabangsa dan mengelak untuk ditemu bual dan publisiti.

Lokasi terkini berdasarkan laporan lama dan sumber tidak rasmi, Ali Dia dipercayai tinggal di Afrika Barat (Senegal), negara asalnya.

Ada juga laporan mengatakan Dia pernah menetap di Perancis. Terlibat secara kecil-kecilan dalam bola sepak akar umbi dan belia.

Address

Keramat Permai
Kuala Lumpur
54200

Telephone

+60102453545

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Detik Ini Viral Press posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Detik Ini Viral Press:

Shortcuts

Share