06/02/2026
6/2/2026 - Cantik tarikh hari ni. Dan sempena tarikh cantik ni, aku nak umumkan tak lama lagi aku akan menutup operasi kiosk KAYTE Coffee .
.
Saje aku tulis kat sini untuk memori di masa depan. Cantik tarikh hari ni dan sempena tarikh cantik ni, Alhamdulillah rezeki buat aku, sebab hari ni aku dapat kunci untuk masuk kedai dan aku akan menutup operasi di kiosk sekiranya kedai dah sedia untuk beroperasi. Mungkin dalam bulan depan kot.
.
Bakal menjadi sebuah permulaan yang baru. Dari kiosk kecil, aku cuba berani-beranikan diri untuk masuk ke kedai. Kedai di tempat aku berniaga sekarang ni juga, di Arked Mara Kajang. Kebetulan ada satu lot kedai kosong di depan kiosk aku berniaga ni. Saje je aku apply, dan rezeki, dapat pulak.
.
Tak tahu lah nak s**a ke tak dapat kunci ni, sebab aku pun memang berangan-angan yang aku nak masuk ke kedai, nak buat cafe, ada makanan, ada kudap-kudapan, ada dessert, ada pastri. Tapi pada masa yang sama, aku pun rasa gementar.
.
Gementar sebab aku belum bersedia sangat. Belum bersedia dengan modal. Buat masa ni, modal yang aku ada untuk buat kedai kopi ni pun sangatlah kecil. Dengan modal yang aku ada ni, apa lah sangat yang boleh aku buat untuk renovation, peralatan dan macam-macam lagi. Gementar juga sebab kalau aku dah all-in buat itu ini, tapi kurang mendapat sambutan.
.
Tapi aku tetap percaya dengan rezeki. Insyaallah, ada lah tu rezeki untuk aku asalkan tetap terus berusaha. Tak payah fikir sangat okay ke tak okay sambutan tu nanti. Tak payah fikir modal besar ke kecik. Yang penting, jalan terusss. Kalau nak tunggu sampai ada modal besar, sampai ke sudah tak bergerak. It's okay to start small.
.
Aku pun pernah mulakan business dengan modal yang sangat kecil di Pedalhaus dulu, dan alhamdulillah semakin lama semakin berkembang. Cuma sekarang, aku kena mulakannya semula, sama macam dulu. Dulu yang bermula dari tepi jalan. Sekarang ni, bermula dari rumah, ke kiosk kecil, dan masuk ke kedai.
.
Gementar, tapi untuk sekarang, enjoy je dan bersyukur sebab dapat dah kunci.
.
Alhamdulillah... Yeayyy!
.
Insyaallah aku akan update sikit-sikit progress dan perjalanan kedai kopi baru ni dari kosong ni, sampai lah siap. Nanti korang tolong-tolong lah like okay 😉