09/09/2026
ALHAMDULILAH
Malam tadi berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-35 Kemerdekaan Republik Uzbekistan yang berlangsung di JW Marriott Kuala Lumpur, disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, bersama Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Dr. Karomidin Gadoev.
Satu malam yang cukup istimewa kerana bukan sekadar meraikan sebuah negara yang mempunyai sejarah panjang, tetapi turut menyaksikan eratnya hubungan persahabatan antara Malaysia dan Uzbekistan.
Yang paling menarik, malam ini membawa kita lebih dekat dengan jiwa Uzbekistan melalui persembahan budaya, busana tradisional, seni dan tentunya gastronomi mereka.
Dari aroma dan rasa Uzbek plov, roti tradisional dan pelbagai hidangan warisan, terasa seolah-olah kembali menjejak bumi Samarkand, Bukhara dan Tashkent.
Uzbekistan bukan sekadar destinasi.
Ia adalah sebuah negara yang menyimpan kisah sejarah, tamadun Islam, warisan Silk Road, keramahan masyarakat dan kekayaan budaya yang begitu dekat di hati.
Lebih bermakna malam ini apabila dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai rakan baharu daripada pelbagai latar belakang diplomat, penggiat pelancongan, pemain industri, media dan sahabat-sahabat yang berkongsi minat terhadap Uzbekistan.
Satu malam yang penuh ilmu, budaya, networking dan inspirasi.
Semoga hubungan Malaysia dan Uzbekistan terus berkembang dan membuka lebih banyak ruang untuk kerjasama dalam bidang pelancongan, budaya, gastronomi dan industri kreatif.
Happy 35th Independence Anniversary, Uzbekistan!
Terima kasih atas jemputan dan layanan yang begitu istimewa.