Mazniza Mohd Nor - #puaneditor

Mazniza Mohd Nor - #puaneditor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mazniza Mohd Nor - , Publisher, No 14-B, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur.

Selesai juga meeting dengan Hafiz Latiff dari KURAS BUKU yang juga penyedia servis penerbitan untuk penulis swaterbit.In...
09/09/2024

Selesai juga meeting dengan Hafiz Latiff dari KURAS BUKU yang juga penyedia servis penerbitan untuk penulis swaterbit.

Insya-Allah ada projek bersama Kuras Buku untuk PBAKL nanti.

Nak tahu lanjut? Nanti saya cerita dalam Seminar Mudahnya Terbit Buku Sendiri pada 28 September ini.

Masuk barisan menunggu di https://dub.sh/terbitmarket

Buku di mana wajah penulis ada tetapi dikaburkan.Aku Menyelam untuk Hidup: Dari Bukit Aman ke Pelantar MinyakAlumni, Tua...
07/09/2024

Buku di mana wajah penulis ada tetapi dikaburkan.

Aku Menyelam untuk Hidup: Dari Bukit Aman ke Pelantar Minyak

Alumni, Tuan Ahmad Jamal melalui tahun demi tahun yang menuntut beliau bersabar menyempurnakan hasrat hati.

Dari perjawatan sebagai anggota polis kemudian menjadi penyelam komersial dalam industri minyak dan gas.

Beliau menulis buku pengalaman hidup menjadi perisai nyawa pemimpin dan selepas itu menyelam untuk hidup, yakni mencari rezeki.

Kerjaya yang tidak diketahui lanjut oleh orang ramai diperincikan dengan bumbu perasan yang pelbagai.

Dengan tulisan ini timbul penghormatan ke atas kerjaya yang menuntut nyawa dan keberanian. Ia dapat menjadi bahan perbualan yang menarik.

Pengalaman 11 tahun dibukukan dan disempurnakan.

Bagaimana p**a dengan saudara, mahu terbit buku kerjaya dan kehidupan sendiri?

Insya-Allah, pada 28 September kita akan belajar cara mudah dan cara bajet menerbitkan buku sendiri.

Berkumpul di waiting list https://dub.sh/terbitmarket

Buat semua yang bergelar pendidik, Selamat Hari Guru.Terima kasih cikgu!
16/05/2024

Buat semua yang bergelar pendidik, Selamat Hari Guru.

Terima kasih cikgu!

Satu lagi buku yang akan ada di PBAKL (walaupun belum hantar ke pencetak.)Harap-harap pencetak tu baik hati untuk siapka...
15/05/2024

Satu lagi buku yang akan ada di PBAKL (walaupun belum hantar ke pencetak.)

Harap-harap pencetak tu baik hati untuk siapkan buku ini sebelum PBAKL. Lepas ni insooofff dah. Hahahahahaha...

Satu tajuk baru dalam siri 100 Fakta kami. Insya-Allah akan ada lagi tajuk-tajuk lain dalam siri ini.

Buku ini khusus untuk pelajar-pelajar yang sedang belajar hadis. Ia satu buku rujukan pantas untuk para pelajar. Bukan pelajar pun boleh baca.

Banyak fakta menarik dan asas untuk orang yang kurang faham tentang hadis, perawi, matan, sanad, dhaif, maudhu' dan lain-lain.

Buku ini ditulis oleh otai guru semasa beliau mengajar di Johor dalam tulisan jawi dan ditulis di atas plastik transparen OHP. Manakala anak beliau merumikan semula dan menaipnya untuk kemudahan semua.

Nantikan kemunculannya di PBAKL 2024, reruai Stesen Buku, Anjung Dewan Merdeka, Aras 4, WTC KL.





Julung kalinya buku digandingkan dengan lagu. Kami bekerjasama dengan penasyid, Kump**an AWLA yang menyiapkan lagu berta...
14/05/2024

Julung kalinya buku digandingkan dengan lagu. Kami bekerjasama dengan penasyid, Kump**an AWLA yang menyiapkan lagu bertajuk Ulul Azmi.

Justeru, kami gandingkan dengan buku yang mengandungi kisah-kisah mukjizat dan kesabaran para Rasul Ulul Azmi dalam satu buku.

Menyiapkan buku ini sehingga saat terakhir menghantar ke pencetak memang menguji kesabaran.

Beberapa kali produksi tertangguh dek kerana kekangan dan halangan yang tak dapat dielakkan. Namun, kata kuncinya adalah sabar.

Sebagaimana sabarnya para Rasul Ulul Azmi ini, kami yang bekerja di belakang tabir ini sabar menguruskannya sehingga siap dihantar ke kilang cetak.

Penulis juga sabar menunggu walaupun jauh tersasar daripada jangkaan terbit.

Insya-Allah, kami akan buka pra-tempah buku ini dalam masa terdekat. Boleh ambil sewaktu PBAKL dan akan dipos selepas PBAKL.

Nantikan kemunculannya.







Address

No 14-B, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mazniza Mohd Nor - #puaneditor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category