Telaga Biru Sdn Bhd

Telaga Biru Sdn Bhd Page Rasmi Telaga Biru Sdn. Bhd. Ikuti perkembangan & terbitan terbaharu kami melalui page ini. TELAGA BIRU SDN BHD (429118-A)

31/12/2025

🌸 Tahun bertambah, umur juga bertambah tetapi jangan fokus hanya pada umur, tapi fokus kepada kualiti ibadah dan kebaikan yang kita lakukan.

Semoga tahun baharu membentuk kita yang baharu, versi yang lebih baik dan upgraded. 🔛🔝

✨ Kejarlah setiap impian dan kebaikan dengan tenang, moga setiap usaha kita beroleh menang, dunia & akhirat.

30/12/2025

💌 Teruskan melangkah, kerana Allah menilai usaha yang tidak pernah menyerah.

29/12/2025

Setiap kali kita memilih untuk menjauhi dosa, setiap kali itu juga Allah mendekatkan hati kita kepada-Nya. 😢

🌼 Kerana meninggalkan sesuatu kerana Allah tidak pernah sia-sia.

26/12/2025

🌱 Sabar bukan tentang menahan diri semata-mata, tetapi tentang memilih untuk tetap percaya walaupun hati sedang diuji.

Kadang Allah menangguhkan jawapan kerana Dia sedang membesarkan jiwa kita.

Dan di saat kita memilih sabar, di situlah Allah sedang menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. 💌

23/12/2025

Tak semua perubahan perlu diceritakan. Ada yang lebih baik disimpan sebagai urusan antara kita dan Tuhan.

Kerana yang dicari bukan pengiktirafan manusia, tetapi keredaan Allah SWT semata-mata.

22/12/2025

Apabila seorang hamba merendah diri di hadapan Tuhannya, Allah SWT angkat beban yang tidak mampu dipikul sendirian.

Kerana hati yang sering kembali kepada Allah SWT akan sentiasa diberi ruang untuk diperbaiki.

19/12/2025

Akhlak yang baik tidak lahir dalam sehari, ia dibina daripada kesabaran yang berulang kali.

Kerana kebaikan yang paling lama meninggalkan kesan bukan pada kata-kata,
tetapi pada sikap kita.

18/12/2025

🌱 Yang merosakkan hati bukan dosa besar semata-mata,
tetapi rasa selesa melakukan dosa kecil berterusan.

Apabila hati masih terdetik rasa resah & gelisah ketika melakukan dosa, itu tanda iman kita masih ada, memagar jiwa.

Hakikatnya hati yang terpelihara, tidak akan pernah meremehkan apa yang Allah SWT larang, walaupun kelihatan kecil di mata manusia.

Sekarang sedang berlangsung Program Saya Dah Baligh bersama penceramah Ustazah Iwana Aisyah anjuran bersama Telaga Biru ...
16/12/2025

Sekarang sedang berlangsung Program Saya Dah Baligh bersama penceramah Ustazah Iwana Aisyah anjuran bersama Telaga Biru & Tibyan Centre Kelas Mengaji Online - Tibyan Centre di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2).

Penting ya ilmu ini untuk anak-anak perempuan kita 🎀✨

16/12/2025

Orang baik atau orang jahat, orang kaya atau orang miskin; semua kena solat. ☝🏼

💌 Jangan tunggu jadi baik baru mula solat, sebab solat adalah untuk kita jadi lebih baik.

15/12/2025

Ilmu membentuk peribadi. 💌

Ilmu ada yang baik & tidak baik, kadang-kadang ilmu yang baik juga disalah guna untuk tujuan tidak baik.

Tetapi sebaik-baik ilmu adalah yang merendahkan ego kita, meninggikan akhlak, menjauhkan kita dari mungkar & mendekatkan kita kepada Tuhan, Allah Azzawajjala.

Semoga sebelum mati, kita tidak berhenti mencari.

Address

28, Jalan Tembaga, SD 5/2A, Sri Damansara Industrial Park
Kuala Lumpur
52200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 15:00

Telephone

+60197514787

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Telaga Biru Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Telaga Biru Sdn Bhd:

Share

Category