25/07/2024
Ini adalah kronologi kes buli pelajar UPNM
Kes ini telah disiasat dan terbukti bersalah.
Dalam masyarakat kita wujud mind set begini, law of jungle. Ikut tanpa berfikir sebabkan rasa orang tersebut lebih senior dan lebih berusia sedangkan arahan tersebut salah dan tidak masuk akal.
——————————————————————————-
Tadi saya luang masa membaca alasan penghakiman kes UPNM ni. Walaupun bukan orang law, tapi paling kurang fahamlah sikit-sikit kronologi kes dan boleh belajar banyak perkara. Boleh juga memahami kenapa hukuman sekian-sekian jatuh kepada OKT yang seramai 17 orang itu.
Dan saya lebih berminat untuk baca sebab saya sendiri ada anak lelaki yang tinggal di asrama. Apa yang terjadi kepada arwah Zulfarhan ini boleh jadi menimpa sesiapa sahaja, kalau kita tak ambil tahu bagaimana sistem sosial mereka di asrama. Sistem sosial di asrama lain daripada kita di luar ini. Ada undang-undang tidak bertulis yang kita mak ayah atau cikgu/warden mungkin tidak tahu. Undang-undang ini mungkin dinormalisasikan sesama penghuni untuk menjaga ‘rule of law’ atau hierarki sesama mereka.
Antara enam OKT yang dijatuhi hukuman gantung mandatori itu, OKT 6 (Abdoul Hakeem) dianggap sebagai Ketua Intake atau ketua batch la lebih kurang. Jadi sebagai ketua, semua arahan dan cadangan dia akan dipatuhi oleh rakan-rakan satu batch sebagai tanda hormat. Ini termasuklah arahan menekap seterika pada arwah. Hatta nak keluar pergi tidur selepas bergilir membelasah arwah pun kena minta kebenaran dia. Besar punya kuasa dia. Entah siapa yang memberikan dia kuasa tersebut.
Juga yang disturbing ialah pengakuan mereka bahawa budaya UPNM adalah jika ada kecurian, kadet akan menyelesaikan masalah dengan membuat soal siasat dan dalam soal siasat, pukul memukul merupakan perkara biasa. Budaya-budaya asrama yang bodoh macam inilah yang menjadi unwritten rules, diwarisi generasi ke generasi dan diikuti membuta tuli. Tak kata di UPNM sajalah, asrama lain pun banyak sebegitu.
Kalau siapa pernah tonton siri High School Council tu, ha lebih kurang macam itulah bodohnya sistem sosial di asrama. Tak payahlah cakap ini situasi rekaan ke apa, memang ada budaya macam tu di asrama. Dan ada antara yang survive hidup di asrama ni seolah-olah bangga p**a berjaya redah segala kebodohan buli ini. Sebab tu ada bapa yang boleh perlekehkan perbuatan buli anak dia atas alasan belum patah riuk. Nak tunggu jadi macam ini baru nak ambil tindakan ke?
Pada awal kes seramai 32 orang pelajar UPNM ditahan. Mereka dibahagikan kepada 3 kump**an: kump**an yang memukul, kump**an yang mensterika dan kump**an yang tak buat apa-apa. Dan semua yang terlibat,semua mengaku yang arwah tak ada buat apa salah pun dengan mereka yang menyebabkan mereka perlu peras ugut arwah. Mereka pun langsung tak ada bukti arwah memang mencuri laptop. Termasuklah yang enam orang tersebut.
Masing-masing ikut the law of the jungle dah, tak guna logik akal untuk berfikir sebab dan akibat atas tindakan masing-masing. Kalau kita yang di luar ini baca setiap kronologi kes, kita akan rasa kenapalah adik-adik ini bodoh sangat mengorbankan masa depan masing-masing untuk perkara yang boleh selesai dengan cara lebih baik?
Nasi dah jadi bubur pun.
Kitalah yang perlu ambil pengajaran daripada kisah ini. Kitalah yang perlu hentikan kitaran bodoh buli ni. Kena educate anak kita supaya jangan jadi pembuli, jangan biarkan diri dibuli dan yang paling penting jadi a responsible bystander. Tak boleh ada mindset cerita sini, habis sini. Alih-alih nanti habis dengan mati.
Kesan sebarang perubahan pada diri anak. Boleh jadi dalam diam dia menjadi mangsa buli. Sama ada buli fizikal atau buli psikologi. Atau mungkin, dia sendiri yang sudah mula membuli. Nauzubillahi min zalik.
Moga Allah lindungi anak-anak dan keluarga kita dalam apa juga situasi.
Credit: Liyana Nazli