Persatuan Penduduk Sri Selangor

Persatuan Penduduk Sri Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penduduk Sri Selangor, Digital creator, Bagan Lalang.

Ditubuhkan pada tahun 1990, bertujuan untuk mewujudkan satu masyarakat di Perumahan Awam Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpr yang harmoni, saling bantu membantu dan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

13/7/2025 - Jalan Peel, Kuala Lumpur,.Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Taman Bakti, Kelas Latihan Seri Selangor yang terdi...
13/07/2025

13/7/2025 - Jalan Peel, Kuala Lumpur,.Pasukan Kompang EZHAR Cawangan Taman Bakti, Kelas Latihan Seri Selangor yang terdiri dari anak-anak Perumahan Awam Seri Selangor memenuhi undangan membuat persembahan mengiringi pasangan Raja Sehari Anakanda kepada Tuan Shaiful Bahrin Othaman & Puan Nurul Fadzilah Ab Hadi.

Ini merupakan persembahan ketiga sejak Kelas Latihan Seri Selangor diwujudkan. In Sha Allah, prestasi anak-anak ini semakin memberangsangkan. Terima Kasih buat IbuBapa/Penjaga yang memberikan komitmen tinggi didalam perjuangan ini.

Budaya Seni Bangsa • Majukan Bersama

10/07/2025

Semua warga Seri Selangor dijemput untuk mengikuti Whatsapp Channel Seri Selangor Kita. Satu lagi platform penyaluran info-info terkini berkaitan Perumahan Awam Seri Selangor, sebaran maklumat terkini dan sahih dari kerajaan serta isu-isu semasa. Dikendalikan oleh Persatuan Penduduk Seri Selangor & Rukun Tetangga Seri Selangor.

Ayuh Sertai kami disini :

Selamat Malam buat semua jiran tetangga warga Seri Selangor. Rehat dan tenangkan jiwa. Esok perjuangan kita perlu diteru...
09/07/2025

Selamat Malam buat semua jiran tetangga warga Seri Selangor.

Rehat dan tenangkan jiwa. Esok perjuangan kita perlu diteruskan lagi. In Sha Allah, semoga dipermudahkan segala usaha dan urusan kita semua.

APA ITU DADAH DAN BAHAN ?Di mata orang ramai, bahan seperti perisa v**e, pelarut, atau ubat batuk mungkin kelihatan bias...
09/07/2025

APA ITU DADAH DAN BAHAN ?

Di mata orang ramai, bahan seperti perisa v**e, pelarut, atau ubat batuk mungkin kelihatan biasa digunakan seharian tanpa syak wasangka. Namun, siapa sangka, ada di antaranya telah disalah guna, menjadi sebahagian daripada rantaian penghasilan dadah yang merosakkan masyarakat.

Ramai yang tahu apa itu dadah seperti g***a, syabu, he**in dan sebagainya, semuanya dikategorikan sebagai bahan larangan yang memudaratkan tubuh dan minda. Tetapi berapa ramai yang sedar, dadah ini bermula daripada bahan? Bahan-bahan tertentu seperti bahan pelarut, bahan campuran, atau bahan penyamaran digunakan sebagai prekursor dalam menghasilkan dadah sintetik.

Inilah sebabnya mengapa masyarakat perlu di didik untuk membezakan antara dadah dan bahan, serta memahami bagaimana bahan biasa boleh bertukar menjadi ancaman luar biasa.

Sekiranya memerlukan bantuan atau nasihat, hubungi talian bebas tol 1‑800‑22‑AADK (2235) atau WhatsApp 019‑626 2233.







9/7/2025 - Aktiviti hari ini di  . 5:00 petang - Latihan SERRA FC Skuad Bawah 12 Tahun dibawah bimbingan Coach Shah Shah...
09/07/2025

9/7/2025 - Aktiviti hari ini di .

5:00 petang - Latihan SERRA FC Skuad Bawah 12 Tahun dibawah bimbingan Coach Shah Shah Shary Omar Shary

8:00 malam - Kelas Mengaji Seri Selangor bimbingan Ustazah Fyza Dahlan .

- Latihan SERRA FC Skuad Bawah 16 Tahun.

9:00 malam - Latihan Kompang EZHAR Cawangan Taman Bakti, Kelas Seri Selangor bimbingan Cikgu Azizi Nordin

8/7/2025 - Pusat Komuniti Seri Selangor. Daripada leka dengan perkara sia-sia, mereka pilih untuk berlatih kompang. Inil...
09/07/2025

8/7/2025 - Pusat Komuniti Seri Selangor.

Daripada leka dengan perkara sia-sia, mereka pilih untuk berlatih kompang. Inilah anak muda Seri Selangor – berani pilih jalan yang membina!

5/7/2025 - Tempahan Dewan Pusat Komuniti Seri Selangor untuk Majlis Sambutan Hari Lahir.P.A Sistem + Karaoke ✅1 Unit Khe...
07/07/2025

5/7/2025 - Tempahan Dewan Pusat Komuniti Seri Selangor untuk Majlis Sambutan Hari Lahir.

P.A Sistem + Karaoke ✅
1 Unit Khemah 20x20 ✅
Meja Bulat 8 pax x 4 ✅

Tahniah dan Terima Kasih kepada Tuan Rumah Majlis Saudara Muhammad Aliff Iszairi dan Puan Iszaima Ema diatas kepercayaan memilih Pusat Komuniti Seri Selangor sebagai lokasi majlis. Segala yang baik itu datang dari Allah SWT, yang buruk itu datang dari kelemahan kami disini.

Selalu kedengaran andaian dan syak wasangka yang merayap didalam masyarakat. Pagi ini, kami kongsikan sedikit informasi ...
07/07/2025

Selalu kedengaran andaian dan syak wasangka yang merayap didalam masyarakat. Pagi ini, kami kongsikan sedikit informasi dan penerangan melalui tajuk "Apa Beza diantara Ketua Kampung dan Pengerusi Persatuan Penduduk?". Semoga bermanfaat.

✅ Ketua Kampung

Dilantik oleh kerajaan negeri (melalui pejabat daerah).

Diiktiraf secara rasmi sebagai pentadbir akar umbi kampung.

Menerima elaun tetap bulanan daripada kerajaan negeri (contohnya RM900–RM1,200 sebulan bergantung negeri, ada juga tambahan elaun tugas lain).

Pegang peranan rasmi dalam menyampaikan dasar kerajaan, membantu urusan pembangunan, keselamatan, kebajikan penduduk dan sebagainya.

✅ Pengerusi Persatuan Penduduk

Dipilih oleh ahli persatuan penduduk (contohnya JPP, Rukun Tetangga, atau persatuan penduduk taman perumahan).

Bukan jawatan kerajaan — hanya jawatan sukarela dalam organisasi komuniti.

Tiada elaun tetap dari kerajaan seperti Ketua Kampung.

Lebih kepada merancang aktiviti kebajikan, kerjasama kejiranan, gotong royong, dan menyatukan komuniti setempat.

Ringkasnya:
👉 Ketua Kampung = jawatan rasmi + elaun kerajaan
👉 Pengerusi Persatuan Penduduk = jawatan komuniti sukarela + tiada elaun tetap

🔥 Peniaga Kecil F&B Masih Boleh Guna LPG Bersubsidi!🍛 Asalkan kekalkan harga jualan berpatutan kepada pengguna.📜 KPDN ak...
01/07/2025

🔥 Peniaga Kecil F&B Masih Boleh Guna LPG Bersubsidi!

🍛 Asalkan kekalkan harga jualan berpatutan kepada pengguna.
📜 KPDN akan pinda peraturan ikut keperluan sebenar peniaga mikro & kecil.
🧯 Had penggunaan 42kg akan dikaji semula!
🤝 Libat urus bermula esok hingga 31 Okt melalui Op Gasak.
🎯 Fokus: Bantu peniaga, pastikan subsidi sampai ke sasaran!



28/6 & 29/6/2025 - Telah berlangsungnya sebuah Majlis Ikatan Pertunangan di Dewan Pusat Komuniti Seri Selangor. Tahniah ...
01/07/2025

28/6 & 29/6/2025 - Telah berlangsungnya sebuah Majlis Ikatan Pertunangan di Dewan Pusat Komuniti Seri Selangor.

Tahniah buat kedua keluarga yang telah berjaya memeterai ikatan pertunangan buat kedua-dua anakanda tercinta.

Kami di Persatuan Penduduk Seri Selangor mendoakan agar segala urusan dan perancangan sentiasa didalam lindungan Rahmat Allah SWT.

Untuk tempahan dewan, boleh hubungi 010-508 2310 untuk maklumat lanjut. Tempah awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 😁

28/6/2025 10:00 pagi- Jualan Rahmah diteruskan di Perumahan Awam Seri Selangor. Terima Kasih diatas sokongan dari warga ...
01/07/2025

28/6/2025 10:00 pagi- Jualan Rahmah diteruskan di Perumahan Awam Seri Selangor. Terima Kasih diatas sokongan dari warga Seri Selangor dan sekitarnya.

In Sha Allah, usaha untuk memastikan warga Seri Selangor dan sekitarnya menerima manfaat Jualan Rahmah ini pada setiap bulan masih kami teruskan.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat.


Skuad Bawah 16 Tahun SERRA FC yang terdiri daripada sebahagian anak-anak Seri Selangor sedang berjuang di Karnival MiLO ...
28/06/2025

Skuad Bawah 16 Tahun SERRA FC yang terdiri daripada sebahagian anak-anak Seri Selangor sedang berjuang di Karnival MiLO Hidup Bola Peringkat Negeri Sembilan di Ultimate Houz, Nilai, Negeri hari ini.

Misi kali ini adalah mara ke peringkat akhir untuk melayakkan pasukan ke Grand Finale di Kuala Lumpur nanti. Mohon doa dari semua untuk mereka beroleh kejayaan.


Address

Bagan Lalang

Opening Hours

21:00 - 22:00

Telephone

+60105082310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Sri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share