Wanita PERKIM Kebangsaan

Wanita PERKIM Kebangsaan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita PERKIM Kebangsaan, Digital creator, Tingkat 6, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.

23/06/2025

𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐌 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

ِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang amat terkesan, seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada YAB Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg di atas pemergian isteri tercinta, 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐦𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐣𝐣𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚’𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐁𝐮𝐣𝐚𝐧𝐠 yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.34 pagi, 23 Jun 2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446H, di Pusat Perubatan Normah, Kuching.

Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah, yang amat dikenali dengan sifat kelembutan, keprihatinan dan jasa-jasa bakti kepada masyarakat, merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, bahkan kepada negeri Sarawak dan negara keseluruhannya.

Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta dikurniakan syurga firdaus.

Semoga seluruh keluarga diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat yang penuh ujian ini.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, manakala acara pengkebumian akan berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها , وَأَكْرِمْ نُزُلَها, وَوَسِّعْ مُدْخَلَها, وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها, وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها , وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ , وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

‎اَللَّهـُمَّ اجْعَلْ قَبْرَها رَوْضَةً مِن رِيَاضِ الْجَنَّةِ , وَلَا تَجْعَلْه حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّار

ألفاتحة..

سْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْحَمْدُللّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ...الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ ...مَالِكِ يَوْمِالدِّينِ ...إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ...اهدِنَــــا الصِّرَاطَالمُستَقِيمَ ...صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِعَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
أمــــــــــين.

Wanita PERKIM Kebangsaan Anjur Bengkel Perkasa Ekonomi Saudara BaruKUALA LUMPUR, 14 Jun 2025 – Seramai hampir 50 saudara...
22/06/2025

Wanita PERKIM Kebangsaan Anjur Bengkel Perkasa Ekonomi Saudara Baru

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2025 – Seramai hampir 50 saudara baru telah menyertai Bengkel Memperkasa Ekonomi Saudara Baru anjuran Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Al-Ilm, International Da’wah Institute PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), di sini.

Program sehari itu bertujuan memberikan pendedahan dan latihan kemahiran praktikal kepada para mualaf dalam usaha memperkasa ekonomi mereka serta membina keyakinan diri dalam bidang keusahawanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Dakwah PERKIM, Puan Nur Syahirah Musa dan dikendalikan oleh Pegawai Tadbir, Puan Safiyya Nur Sakeena Salehuddin.

Pegawai Wanita PERKIM Kebangsaan, Puan Fatin Hamizah Ismail, berkata bengkel ini diadakan bagi membantu para saudara baru memanfaatkan kemahiran yang dipelajari untuk menjana pendapatan secara berdikari.

“Melalui program ini, peserta berpeluang mempelajari ilmu baharu yang boleh dijadikan sumber pendapatan tetap atau sambilan. Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Slot pertama dikendalikan oleh Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan, Datin Mawan Chik Che Jais, yang membimbing peserta dalam teknik asas seni jahitan sulaman dan anyaman tali macrame. Antara teknik sulaman yang diajar termasuklah stem stitch, french knot, cross stitch, herringbone stitch, satin stitch, dan chain stitch.

Peserta turut diberi peluang menghasilkan produk kraf seperti pemegang botol berasaskan teknik anyaman tali macrame, dengan bantuan fasilitator.

Slot ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran halus (‘fine skills’) dan kreativiti, yang boleh dikembangkan ke arah keusahawanan kraf tangan.

Slot kedua p**a dikendalikan oleh Encik Ahmad Fadly bin Gustar Affendi, Pengarah Akademi Usahawan Hidroponik dan Perunding Latihan Bertauliah yang mempunyai lebih 14 tahun pengalaman dalam bidang pertanian moden.

Beliau yang juga pakar dalam teknologi hidroponik dan pemasaran digital telah membimbing peserta dalam teknik asas penanaman hidroponik, selain berkongsi strategi pemasaran atas talian menggunakan platform seperti Facebook dan WhatsApp.

Menurut beliau, bidang pertanian moden kini menjadi antara pilihan utama dalam menjana pendapatan berasaskan rumah tanpa memerlukan tanah yang luas, dan amat sesuai diceburi oleh masyarakat pelbagai latar belakang.

Setiap peserta turut menerima kit hidroponik secara percuma bagi memudahkan mereka mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.

Ahmad Fadly yang pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), turut dikenali kerana pencapaian beliau dalam Malaysia Book of Records serta pengalaman lebih 18 tahun dalam pengurusan acara dan seni persembahan.

Program yang julung kali diadakan itu dilihat sebagai salah satu inisiatif oleh Wanita PERKIM Kebangsaan dalam memperkukuh sokongan kepada saudara baru dari sudut sosial dan ekonomi.

09/06/2025

‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi kemalangan yang membabitkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat, Gerik.

Kami mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُم، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُم، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُم، وَاغْسِلْهُم بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِم مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُم دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِم، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِم، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِم، وَأَدْخِلْهُم الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُم مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

اَللَّهـُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُم رَوْضَةً مِن رِيَاضِ الْجَنَّةِ , وَلَا تَجْعَلْهم حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّار

ألفاتحة..

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



درڬهايو توانكوMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BANGINDA YANG DI-PER...
02/06/2025

درڬهايو توانكو

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BANGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H

Sembah Takzim daripada
Seluruh Ahli Majlis dan Kepimpinan Tertinggi Wanita PERKIM Kebangsaan



13/05/2025
02/05/2025

Rakaman lensa video suasana di Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-45

30/04/2025

YAB Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kali Ke-45.

Address

Tingkat 6, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah
Kuala Lumpur
52100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita PERKIM Kebangsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share