05/01/2025
SELESAI urut 1 pelanggan.
Kakinya kebas dan sakit-sakit kerana kerjanya banyak berjalan.
Dalam masa 90 minit, saya urut satu badan termasuk kepala. Kaki kanan saya urut berulang kali.
Esok saya akan tanya apa feedback hasil urutan. Harapnya baik-baik saja.
Sepanjang urutan tadi, dia tidur siap berdengkur. Memang penat betul badan dia.
Menariknya, isteri dia yang mesej saya tempah slot urut. Kasihan tengok suami lenguh-lenguh badan dan kebas-kebas kaki.
Saya tiba di rumahnya bersama katil urut portable jam 11 pagi dan keluar jam 12.30 tengah hari. Saya penat tapi puas dapat bantu orang.
Whatsapp saya jika ada yang mahu diurut untuk kesegaran badan.
Firdaus
0192800023