Ok Bro Press

Ok Bro Press OkBro! Press
Feeding you with the best, latest news real time!

• Current issues
• Review
• Entertainment
• Latest trends
• Social cause

KENNY G KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK PERSEMBAHAN ISTIMEWA DI GENTINGPemain saksofon legenda dunia dan pemenang Anugerah Gra...
13/05/2026

KENNY G KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK PERSEMBAHAN ISTIMEWA DI GENTING

Pemain saksofon legenda dunia dan pemenang Anugerah Grammy, Kenny G bakal kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi “King of Saxophone” Kenny G 2026 World Tour in Malaysia pada 12 Julai 2026 di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Persembahan anjuran Everbeat Entertainment dengan kerjasama CEOMAN Entertainment ini dijangka membawa malam penuh nostalgia, romantik dan melodi jazz yang memukau.

Dikenali menerusi karya ikonik seperti Songbird, Forever in Love dan Silhouette, Kenny G telah memikat peminat di seluruh dunia selama lebih empat dekad serta mencatat jualan melebihi 75 juta album menjadikannya antara pemuzik instrumental paling laris dalam sejarah muzik.

Beliau juga pernah bekerjasama dengan ramai artis antarabangsa termasuk Celine Dion, Andrea Bocelli, Andy Lau, Kanye West, The Weeknd dan Charlie Puth.

Peminat boleh menjangkakan persembahan secara langsung yang elegan dengan susunan muzik menyentuh jiwa serta produksi pentas bertaraf dunia.

Tiket kini boleh didapati menerusi MAISEAT dan rwgenting.com dengan harga bermula RM258 hingga RM668.

Tiket menyaksikan persembahan ini boleh didapati melalui MAISEAT
(https://www.maiseat.com/ #/shows?projectId=12745) and rwgenting.com dengan harga RM668 (VIP), RM558
(PS1), RM458 (PS2), RM358 (PS3) dan RM258 (PS4).

OkBro!











“PERGILAH” TAMPILKAN SULAIMAN USOP DENGAN WARNA MUZIK LEBIH EMOSIPenyanyi berbakat dari Sarawak, Sulaiman Usop kembali d...
13/05/2026

“PERGILAH” TAMPILKAN SULAIMAN USOP DENGAN WARNA MUZIK LEBIH EMOSI

Penyanyi berbakat dari Sarawak, Sulaiman Usop kembali dengan single terbaharu berjudul Pergilah, sebuah karya penuh emosi yang memperlihatkan evolusi muzik dan penceritaan lebih matang.

Sulaiman yang aktif dalam industri muzik tempatan serta penerima Anugerah Vokal Mantap Cats FM Awards sebelum ini pernah tampil dengan single Tentang Dia pada tahun 2019.

Pergilah menyatukan dua komposer dari Sarawak dan Indonesia iaitu Irvan Hamdan bersama bekas anggota kump**an ST12, Gunan Syah, menerusi karya yang menggabungkan elemen tempatan dan antarabangsa dalam sebuah lagu sarat emosi.

Lagu ini mengisahkan percintaan dua insan yang terpaksa berpisah akibat bantahan keluarga kerana perbezaan bangsa dan agama. Muzik videonya p**a memaparkan kisah seorang wanita melarikan diri dalam persalinan pengantin demi mencari kekasihnya sebelum lelaki tersebut akhirnya reda menerima keputusan wanita itu untuk mengikut kehendak keluarga.

Proses rakaman vokal dilakukan di Malaysia manakala proses mixing dan mastering disiapkan di Jakarta. Dengan susunan muzik yang lebih santai dan mudah didekati, Pergilah dijangka mampu menjadi lagu siulan ramai.

Single ini diedarkan secara digital dan hak cipta lagu serta lirik ditadbir oleh Luncai Emas bagi pihak komposer Irvan Hamdan yang kini bernaung sebagai komposer eksklusif syarikat tersebut.

Audio rasmi dan muzik video Pergilah nyanyian Sulaiman Usop kini boleh distrim di semua platform digital serta saluran YouTube rasmi Luncai Emas.

OkBro!











M.NASIR MENCARI LIU UNTUK TEATER MUZIKAL MANSUR & LIUSelepas sekian lama, Dato’ M.Nasir bersama Datin Marlia Musa bakal ...
13/05/2026

M.NASIR MENCARI LIU UNTUK TEATER MUZIKAL MANSUR & LIU

Selepas sekian lama, Dato’ M.Nasir bersama Datin Marlia Musa bakal menerbitkan teater muzikal pertama mereka berjudul Mansur & Liu.

Kini pencarian bermula untuk menemukan gerangan Liu , seorang wanita dengan gerak tari gemalai, tutur bicara bijaksana dan suara yang lunak untuk digandingkan bersama Mansur di atas pentas.

Sesi ujibakat terbuka M.Nasir Mencari Liu akan berlangsung pada 15 Mei 2026 bermula jam 3 petang di Club Chinois, LG Floor, JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang.

Calon yang berjaya akan dipanggil semula pada 16 Mei 2026 untuk sesi seterusnya.

Menurut Datin Marlia Musa, teater muzikal ini menjadi projek istimewa mereka selepas sekian lama meneliti bakat dari segi nyanyian, lakonan dan gerak tari sebelum mahu melihat semuanya diterjemahkan di atas pentas menerusi wajah-wajah baharu.

Liu, menjelmalah. M.Nasir sedang mencarimu.

Borang ujibakat:
[https://forms.gle/TzDe8oV1s2X3Q8MTA](https://forms.gle/TzDe8oV1s2X3Q8MTA)

OkBro!










ASMARALOKA FEST 2026 KEMBALI LEBIH BESAR, ANGKAT MUZIK TEMPATAN KE PENTAS UTAMA GENERASI MUDASelepas mencipta fenomena m...
13/05/2026

ASMARALOKA FEST 2026 KEMBALI LEBIH BESAR, ANGKAT MUZIK TEMPATAN KE PENTAS UTAMA GENERASI MUDA

Selepas mencipta fenomena menerusi penganjuran terdahulu, Asmaraloka Fest bakal kembali pada 4 Julai 2026 di Ipoh Convention Centre (ICC) dengan skala yang lebih besar dan pengalaman festival yang lebih immersive buat peminat muzik tempatan.

Menampilkan sembilan artis dan band tempatan, festival ini terus komited meraikan bakat Malaysia dengan persembahan berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa namun kekal mampu milik khususnya untuk golongan belia.

Antara nama yang bakal menggegarkan pentas Asmaraloka Fest 2026 ialah 6ixth Sense, Iamneeta, Imran Ajmain, Aizat Amdan, Sakura Band, Empty Page, After Midnight dan Jemput Dengar, selain beberapa lagi kejutan yang akan diumumkan kelak.

Bukan sekadar konsert biasa, Asmaraloka membawa konsep festival santai dan interaktif yang menggabungkan muzik secara langsung, ruang komuniti, zon makanan serta pengalaman visual dalam suasana penuh energi dan nostalgia.

Pemilihan Ipoh sebagai lokasi festival juga dilihat signifikan dalam usaha mengangkat bandar tersebut sebagai destinasi muzik dan gaya hidup generasi muda, selari dengan pengiktirafan sebagai UNESCO Creative City Of Music serta kempen ‘Promising Perak’ sempena Tahun Melawat Malaysia.

Asmaraloka Fest 2026 dijangka menghimpunkan kira-kira 4,500 pengunjung dalam satu malam penuh muzik, ekspresi dan memori.

OkBro!












THEE MARLOES UMUM ALBUM BAHARU “DI HOTEL MALIBU” BERSAMA BIG CROWN RECORDSThee Marloes bakal melancarkan album kedua mer...
13/05/2026

THEE MARLOES UMUM ALBUM BAHARU “DI HOTEL MALIBU” BERSAMA BIG CROWN RECORDS

Thee Marloes bakal melancarkan album kedua mereka berjudul Di Hotel Malibu pada 22 Mei menerusi Big Crown Records, sekali gus membuka lembaran baharu dalam evolusi muzik soul trio berasal dari Surabaya ini.

Dianggotai oleh Natassya Sianturi, Sinatrya Dharaka dan Tommy Satwick, album ini memperlihatkan sisi lebih bebas dan matang Thee Marloes menerusi susunan muzik yang lebih luas, eksperimental dan kaya dengan warna instrumental baharu tanpa meninggalkan akar soul yang menjadi identiti mereka.

Di Hotel Malibu hadir sebagai refleksi perjalanan dua tahun terakhir mereka — menyentuh soal realiti sosial, percintaan serta pengalaman yang hadir bersama kejayaan yang semakin berkembang di peringkat antarabangsa.

Album ini memuatkan 14 lagu termasuk beberapa single yang telah dilancarkan sebelum ini seperti “Harap dan Ragu”, “I’d Be Lost”, “What’s On Your Mind” dan lagu judul “Di Hotel Malibu”.

Single utama “Di Hotel Malibu” kini boleh didengari manakala video muzik rasmi “Under the Silver Moon” juga sudah dilancarkan.

Pre-save album Di Hotel Malibu di sini:
[http://lnk.to/DiHotelMalibu](http://lnk.to/DiHotelMalibu)

Instagram:
TikTok:
Spotify: Thee Marloes
YouTube:

OkBro!










JUALAN TIKET KINI DIBUKA!Pulau Pinang, inilah masanya untuk cipta sejarah bersama Ratu Rock Negara, Ella di MTR Homecomi...
12/05/2026

JUALAN TIKET KINI DIBUKA!

Pulau Pinang, inilah masanya untuk cipta sejarah bersama Ratu Rock Negara, Ella di MTR Homecoming Edisi 60 Permata Biru pada 25 Julai 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang

Saksikan malam penuh magis, nostalgia dan energi luar biasa dalam sebuah persembahan eksklusif yang bakal menggegarkan utara tanah air!

Dapatkan tiket anda sekarang di [www.hitmanlive.com](http://www.hitmanlive.com)

OkBro!










AUNTEA JENNY CAPAI PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA, TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN & ASIA RECORDSKUALA LUMPUR, 10 Mei 2026 – Au...
10/05/2026

AUNTEA JENNY CAPAI PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA, TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN & ASIA RECORDS

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2026 – Auntea Jenny hari ini mengumumkan bahawa 12 cawangannya di Malaysia telah secara rasmi menerima pensijilan Halal, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuhkan sistem pematuhan dan pengurusan kualiti jenama di pasaran tempatan.

Majlis pelancaran pensijilan Halal tersebut telah berlangsung hari ini dan disaksikan oleh Pengarah Eksekutif JAKIM, YBrs. Ustaz Muhyiddin Bin Aziz @ Saari, bersama Syed Saddiq dan Bella Astillah. Majlis ini turut menampilkan perkembangan jenama dalam pelaksanaan piawaian Halal, pengurusan rantaian bekalan serta sistem operasi cawangan.

Pensijilan Halal ini melibatkan cawangan di beberapa kawasan utama termasuk Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Melaka. Auntea Jenny memaklumkan bahawa usaha pensijilan akan diteruskan secara berperingkat bagi menyelaraskan piawaian operasi di seluruh negara serta meningkatkan keyakinan pengguna.

Setakat ini, Auntea Jenny mempunyai hampir 50 cawangan di Malaysia dan mensasarkan lebih 100 cawangan menjelang akhir tahun 2026. Seiring perkembangan tersebut, jenama ini terus memperkukuhkan aspek pemilihan lokasi, latihan kakitangan dan sistem operasi digital.

Dalam majlis sama, Auntea Jenny turut menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records dan ASIA Records menerusi pencapaian “Mango Pomelo Sago Paling Laris daripada Rangkaian Minuman Teh Segar”, dengan sebanyak 85,951,586 cawan terjual sepanjang tahun 2025 serta 11,494 cawangan di empat negara setakat Disember 2025.

Selain itu, Auntea Jenny turut melancarkan aplikasi mudah alih rasmi Malaysia bagi mempertingkatkan sistem keahlian pelanggan. Sempena pelancaran tersebut, program pemberian 30,000 cawan minuman percuma akan berlangsung di seluruh negara bermula 13 Mei hingga 15 Mei 2026, sementara stok masih ada.

OkBro Press!

KIIYAS TAMPIL DENGAN “NISKALA (DIPERDAYA PSIKEDELIK CINTA)”Kump**an rock tempatan KIIYAS kembali dengan single terbaharu...
08/05/2026

KIIYAS TAMPIL DENGAN “NISKALA (DIPERDAYA PSIKEDELIK CINTA)”

Kump**an rock tempatan KIIYAS kembali dengan single terbaharu berjudul “Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta)”, sebuah karya yang menyelami kisah cinta, kesetiaan dan perjuangan dalam dunia gelap ketagihan dadah sintetik.

Lagu ini mengetengahkan sisi emosi dan kematangan KIIYAS menerusi kisah seorang suami yang tetap setia mempertahankan cintanya terhadap isteri yang terperangkap dalam dunia ketagihan.

Menurut KIIYAS, lagu ini membawa mesej bahawa cinta bukan sekadar tentang kebahagiaan, tetapi juga pengorbanan dan kesetiaan walaupun dalam keadaan paling sukar.

“Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta)” dicipta secara bersama oleh KIIYAS dengan lirik hasil tulisan Amir HS.

KIIYAS dianggotai oleh Abel sebagai penyanyi, Yeus di posisi bass, Ijaz dan Amir HS selaku gitaris serta Nasrul di bahagian drum.

Ditubuhkan pada tahun 2016 dan aktif sepenuhnya sejak 2021, KIIYAS terus memperkukuh identiti mereka dalam dunia rock tempatan menerusi karya yang dekat dengan realiti masyarakat dan perjuangan emosi manusia.

Dalam perkembangan lain, KIIYAS turut merancang untuk melancarkan EP sulung berjudul “Rantai” yang bakal menghimpunkan karya bertemakan perjuangan hidup, persahabatan, sindiran politik dan realiti moden.

Lebih menarik, KIIYAS kini menjalinkan kerjasama edaran digital bersama Luncai Emas Sdn. Bhd. bagi memperluaskan capaian muzik mereka ke pasaran lebih besar.

“Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta)” kini boleh didengari di semua platform digital termasuk Spotify serta video “Audio Rasmi” di YouTube rasmi KIIYAS.

OkBro!

ALPHA CIPTA SEJARAH DI MUSIC AWARDS JAPAN 2026Kump**an M-pop sensasi Malaysia, ALPHA, melakar sejarah tersendiri apabila...
08/05/2026

ALPHA CIPTA SEJARAH DI MUSIC AWARDS JAPAN 2026

Kump**an M-pop sensasi Malaysia, ALPHA, melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai calon bagi kategori “Best of Listeners’ Choice: International Song” di Music Awards Japan 2026 yang dibawakan oleh Spotify.

Pencalonan ini menjadi pencapaian antarabangsa pertama buat ALPHA sejak penubuhan mereka, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni kump**an tersebut di pentas global.

Lebih membanggakan, ALPHA menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tersenarai dalam kategori berprestij itu bersama nama besar dunia seperti Taylor Swift, Justin Bieber, Lady Gaga, Blackpink, Shakira, TWICE, SEVENTEEN, Jin BTS, ENHYPEN dan Sabrina Carpenter.

ALPHA yang dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Araff, Ray-D dan Afiq Sky turut mencipta sejarah apabila lagu “P Ramlee Saloma” menjadi lagu pertama hasil ciptaan rakyat Malaysia yang berjaya mara ke pusingan akhir Music Awards Japan 2026.

Sejak kemunculan mereka dalam industri muzik, ALPHA telah merekodkan lebih 60 juta penstriman keseluruhan dan berjaya membawa p**ang dua anugerah di Gempak Most Wanted Awards.

Lagu “P Ramlee Saloma” turut mencipta fenomena apabila berada dalam kelompok Top 40 Spotify Malaysia Daily Top Songs serta menduduki tangga nombor satu selama 30 hari, selain turut mengungguli carta RIM Malaysia.

Menurut Daniel Sher, pencalonan ini membawa makna besar buat mereka dan membuktikan muzik tempatan mampu melangkaui sempadan antarabangsa.

“Pencalonan ini benar-benar memberi makna besar buat kami. Kami sangat bersyukur dapat berkongsi detik ini bersama peminat yang sentiasa menyokong sejak hari pertama,” katanya.

Rizal Rasid p**a menyifatkan pencalonan tersebut sebagai permulaan kepada perjalanan lebih besar buat ALPHA di pentas dunia.

Dalam perkembangan lain, Rocketfuel Entertainment turut mengumumkan ALPHA bakal melancarkan album sulung mereka pada 15 Jun 2026 yang dijangka menampilkan identiti muzik lebih matang dan tersendiri.

Afiq Sky berkata album tersebut sangat dekat dengan hati mereka kerana menggambarkan perjalanan, jatuh bangun dan impian ALPHA sejak awal penubuhan kump**an itu.

Undian awam bagi kategori “Best of Listeners’ Choice: International Song” masih dibuka sehingga 20 Mei 2026 menerusi laman rasmi Music Awards Japan.

OkBro!

ZAHIRIL TAMPIL DENGAN ‘TAKDIR’ BARU DALAM BAPA MENTUAKU MAFIABerilah apa sahaja watak kepada Zahiril Adzim, pasti penont...
08/05/2026

ZAHIRIL TAMPIL DENGAN ‘TAKDIR’ BARU DALAM BAPA MENTUAKU MAFIA

Berilah apa sahaja watak kepada Zahiril Adzim, pasti penonton akan terbawa-bawa dengan penghayatan yang cukup meyakinkan. Selepas mencuit hati khalayak menerusi watak Amir Daniel dalam Libang Libu dan menerima reaksi positif penonton, kali ini Zahiril tampil dengan sisi berbeza dalam perjalanan karier lakonannya.

Menerusi drama terbaru Bapa Mentuaku Mafia arahan Afiza Asram, Zahiril diberi tanggungjawab membawakan watak Ustaz Takdir, seorang ustaz muda yang santai, mudah mesra dan penuh humor.

“Saya membawakan karakter sebagai Ustaz Takdir. Cerita dan karakter ini lawak. Tetapi sebenarnya saya orang yang serius. Dalam hidup saya, saya tidak pernah buat lawak,” selorohnya.

Menurut Zahiril, watak Takdir bukanlah ustaz tipikal seperti yang sering dibayangkan penonton. Sebaliknya, karakter itu lebih dekat dengan realiti anak muda masa kini.

“Kita selalu bayangkan ustaz dengan satu imej tertentu, tetapi sebenarnya tidak salah untuk tampil lebih santai. Ustaz muda hari ini perlu lebih dekat dengan anak muda untuk menarik perhatian mereka,” katanya lagi.

Tambah menarik, Zahiril turut berseloroh bahawa dia berharap dapat membawa watak ustaz itu dengan baik kerana “bapa mentua saya pun mafia.”

Drama ini turut dibintangi Siti Hariesa, Razak Ahmad, Auni Yusri, Nafiez Zaidi, Shweta Sekhon, Aishah Atan dan Haeriyanto Hassan.

Ketika diusik mengenai sikap latahnya di dunia sebenar, Zahiril tenang menjawab dalam nada bersahaja.

“Saya tidak melatah. Itu semua hanyalah hikayat rakyat. Dongeng. Jangan percaya. Walau ada bukti nyata kukuh, itu tetap dongeng,” katanya sambil ketawa.

Bapa Mentuaku Mafia mula bersiaran pada 13 Mei 2026 di Astro Ria setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam.

OkBro!

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ok Bro Press posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share