24/03/2026
Dari FB Lim Sian See
Harga sayur kini diunjur boleh naik sehingga 50%. Puncanya disebut kerana kos baja dan diesel semakin meningkat.
Tetapi kalau tengok betul-betul, isu baja itu bukanlah yang paling parah. Harga baja 25kg dijangka hanya naik dari sekitar RM305 ke RM350, iaitu lebih kurang 15% sahaja.
Itu pun kerana Malaysia masih ada penampan projek SAMUR di Sipitang yang dibangunkan pada zaman Najib, sehingga negara kita menjadi antara pengeluar dan pengeksport baja terbesar di ASEAN berasaskan hasil sampingan industri gas asli tempatan.
Masalah sebenar sekarang ialah diesel.
Baru dua bulan lepas, harga diesel sekitar RM2.84 seliter. Sekarang sudah naik ke RM4.72. Kalau dibanding dengan dua tahun lepas ketika harga masih RM2.15, kenaikan sudah mencecah lebih 119% dan juga kenaikan 66% daripada RM2.84 baru dua bulan lalu.
Kerajaan bagi bantuan RM300 sebulan, tetapi jumlah itu cuma cukup untuk tampung kenaikan harga diesel bagi kira-kira 116 liter sahaja.
Madani kena faham, diesel bukan sekadar untuk lori angkut barang. Sektor pertanian sendiri bergantung kuat kepada diesel untuk hampir semua jentera utama.
Hakikatnya, sebuah kebun sayur atau sawah padi bersaiz sederhana boleh guna lebih 1,000 liter diesel sebulan untuk mesin bajak, pam air, jentera menuai, jenerator dan pelbagai operasi lain.
Bila kos diesel naik terlalu cepat, kesannya memang akan terus sampai ke dapur rakyat melalui harga sayur, ayam, telur dan barang makanan lain.
Dan kerana Madani pilih untuk tidak kawal kenaikan harga diesel seperti yang dibuat oleh Indonesia dan Thailand, satu kesilapan besar telah dilakukan.
Tengok kenaikan harga diesel komersial ini sejak krisis Selat Hormuz:
- Indonesia: harga kekal pada RM3.85. Tiada kenaikan.
- Thailand: Harga diesel dinaikkan secara berperingkat daripada 30 baht (RM3.58) kepada 33 baht (RM3.93) - kenaikan 10%
- Malaysia: harga naik dari RM2.84 ke RM4.72 - naik 66%
Nampak tak?
Akibatnya, rakyat kini terpaksa menanggung gelombang inflasi yang datang mendadak, dengan antara kesan awalnya ialah harga sayur yang diunjur melonjak sehingga 50%.