17/07/2026
17 Julai 2026: Perbincangan Strategik OIJI UTM × ICON-AI 2026
Satu sesi perbincangan telah diadakan antara pasukan editorial Open International Journal of Informatics (OIJI) UTM dan jawatankuasa The International Conference on Artificial Intelligence and Its Applications (ICON-AI 2026) yang dianjurkan oleh Faculty of Artificial Intelligence, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.
Perbincangan ini memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik bagi memperkukuh penerbitan ilmiah berimpak tinggi, termasuk peluang penerbitan artikel terpilih daripada ICON-AI 2026 dalam Open International Journal of Informatics (OIJI), sebuah jurnal antarabangsa peer-reviewed dan Open Access yang memfokuskan bidang Informatics, Artificial Intelligence, Data Analytics, Machine Learning, Blockchain, Information Systems, Cybersecurity dan pelbagai disiplin berkaitan.
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan berkualiti tinggi, memperkukuh jaringan akademik dan industri di peringkat antarabangsa, serta meningkatkan impak penyelidikan dalam bidang Kecerdasan Buatan dan Informatik.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang idea ke arah menjayakan inisiatif ini.