Friends of Bomba Malaysia

Friends of Bomba Malaysia Like Facebook Friends of Bomba Malaysia untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan aktiviti yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..Tujuan utama page Friends of Bomba Malaysia ini diwujudkan adalah untuk berkongsi segala info berkenaan tugas-tugas yang dilakukan oleh anggota bomba.

Tak sempat lihat & menyusukan bayi, seorang wanita hembuskan nafas terakhir sejurus bersalin anak kedua. Tidak berpantan...
17/07/2025

Tak sempat lihat & menyusukan bayi, seorang wanita hembuskan nafas terakhir sejurus bersalin anak kedua. Tidak berpantang di dunia, syahidnya di sisi Allah. Moga syurga buat Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27.

"Ya Allah, dia adalah ibu & isteri terbaik. Dia lebih pilih anaknya diselamatkan daripada dirinya", antara doa yang dibacakan oleh suaminya...😭

KREDIT : mr_wan_cai_official

  Mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok...
07/07/2025

Mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra hari ini.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kereta terjatuh di dalam sungai terbabit pada 8.38 pagi tadi.

Semalam, Bernama melaporkan enam beranak termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu.

Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra.

📸 Adib Hasri | BERNAMA


Sumber

SALAM TAKZIAHSeorang anggota elit Tentera Darat Malaysia (TDM), Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, disahkan meninggal ...
06/07/2025

SALAM TAKZIAH

Seorang anggota elit Tentera Darat Malaysia (TDM), Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, disahkan meninggal dunia ketika menjalani latihan selaman menggunakan peralatan Closed Circuit Breathing Apparatus (CCBA) dalam Latihan Seaghost Siri 1/2025 di perairan Dock Port, Kuantan.

Allahyarham Mohd Haswansir yang berkhidmat di Rejimen 22 Komando di bawah Grup Gerak Khas (GGK), dilaporkan hilang pada 3 Julai lalu sekitar jam 12.15 tengah hari semasa melaksanakan latihan tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan serta-merta dan hasil kerjasama pelbagai agensi, pasukan rondaan permukaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menemui mayat Allahyarham semalam, 5 Julai pukul 10 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. Peralatan CCBA dan senjata M4 turut ditemui lengkap bersama jenazah.

Jenazah Allahyarham Haswansir selamat dikebumikan di kampung halamannya di Semporna, Sabah pada pukul 2.30 pagi tadi.

Al Fatihah 🤲

Info: Geng Keselamatan Negara

Tali pengadang telah siap dipasang di sekitar kubur Nurly. Tali ini dipasang sendiri oleh ahli keluarga Nurly.Tidak dibe...
28/06/2025

Tali pengadang telah siap dipasang di sekitar kubur Nurly. Tali ini dipasang sendiri oleh ahli keluarga Nurly.

Tidak dibenarkan sesiapa sahaja melintasi tali pengadang ini.

Rondaan malam juga akan dilakukan dari masa ke semasa.

Harap maklum.

*Dipercayai ada yang datang ziarah ambil tanah kubur.

Kredit: Ahmad Nazrul

Meninggal dunia semasa mencari rezki, dalam perjalanan ke tempat kerja ..🥹Kemalangan maut 750 pagi tadi di KM 130 Sungai...
19/06/2025

Meninggal dunia semasa mencari rezki, dalam perjalanan ke tempat kerja ..🥹

Kemalangan maut 750 pagi tadi di KM 130 Sungai Dua - Seberang Jaya. Seorang lelaki melayu yang menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian setelah digilis lori treler.

Motorsikal disyaki hilang kawalan sebelum terjatuh di lorong kiri kemudian datang sebuah treler membawa muatan buah sawit gagal menggelak dan terlanggar penunggang motorsikal tersebut.

Salam Takziah.. Al Fatihah..

Sumber : Penang kini

13/06/2025
Nahas bas pelajar Upsi: Bomba potong bahagian belakang bas persiaran, keluarkan mangsa terperangkapKuala Lumpur: Bomba t...
09/06/2025

Nahas bas pelajar Upsi: Bomba potong bahagian belakang bas persiaran, keluarkan mangsa terperangkap

Kuala Lumpur: Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, hari ini.

Difahamkan, dua mangsa yang parah dan empat yang maut berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak kakitangan perubatan dan polis.

Operasi menyelamat membabitkan 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan BBP Jeli selain anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Keadaan bas dilaporkan terbalik, manakala Perodua Alza terbabas ke dalam parit.

Beberapa mangsa tercampak keluar, ada yang berjaya menyelamatkan diri

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian 1.10 pagi tadi itu, sekurang-kurangnya 15 penumpang bas membawa pelajar Upsi, maut selepas terbabit kemalangan dengan Perodua Alza.

Disiarkan pada: Jun 9, 2025 @ 7:45am
Artikel ➡️ Harian Metro

'Banyak kali saya larang mereka pergi' - Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mataPARIT – Naluri seorang ibu yang ...
07/06/2025

'Banyak kali saya larang mereka pergi' - Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mata

PARIT – Naluri seorang ibu yang berasa tidak sedap hati rupa-rupanya membawa khabar duka apabila empat anaknya bersama seorang menantu m*ut dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Jerantut Feri–Maran, Pahang pada tengah malam tadi.

Zaini Noh, 52, berkata rasa tidak sedap hati itu diterjemahkan dengan menasihati anak-anak dan menantunya agar tidak meneruskan hasrat untuk berhari raya di rumah bapa saudara mereka.

Bagaimanapun, menurutnya, anak-anaknya kelihatan bersungguh-sungguh menyebabkan dia dan suami, Aziz Jaafar Yusof, 50, mengizinkan.

"Saya tak dapat pergi kerana kurang sihat.
Saya cakap dengan mereka, kalau mak tak pergi, tak payahlah pergi.

"Banyak kali saya melarang mereka pergi, tetapi mereka nak pergi juga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Kunchor, Bota Kanan di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 12.40 tengah malam itu, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, bersama tiga adiknya, Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, m*ut selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.

Mereka yang m*ut merupakan anak kedua, ketiga, keempat dan kelima daripada enam beradik.

Turut terkorban, suami Nur Arfiqah, Mohamad Ikmal Ishak, 26, yang memandu kenderaan tersebut.

Zaini memberitahu, anak-anaknya memang sudah lama tidak menjejak kaki ke rumah bapa saudara mereka di Jerantut dan kunjungan kali ini adalah yang pertama selepas sekian lama.

"Mereka ke sana kerana abang saya ada buat kenduri korban. Saudara-mara lain termasuk anak bongsu saya bergerak sehari lebih awal, hari Khamis, menaiki dua lagi kenderaan," katanya.

Menurut Zaini, kali terakhir dia bertemu semua anaknya ialah pada hari Selasa sebelum kejadian.

Katanya, mereka mengambil dan mengemas barang untuk tidur di kediaman Nur Arfiqah di Tambun sebelum berangkat ke Jerantut sekitar jam 5 petang pada Jumaat.

"Saya tengok mereka semua ceria masa kali terakhir jumpa.
Cuma kawan-kawan anak yang banyak bercerita.

"Mereka kata anak saya (Mohammad Zulkifli) sempat belanja makan 10 kawan rumah sewa dia nasi bungkus," katanya.

Beliau menerima berita mengenai kemalangan itu melalui panggilan daripada jiran yang memaklumkan anak-anaknya terlibat dalam kemalangan.

"Jiran telefon, kata anak eksiden, tetapi dia tak cakap lagi pasal meninggal.
Dah lama lepas itu baru kami tahu semua dah tak ada," jelasnya.

Walaupun berat untuk menerima kenyataan, Zaini dan suaminya tabah dan reda menghadapi kehilangan besar ini.

Katanya, mereka kini hanya tinggal dua anak iaitu anak sulung (lelaki) dan anak bongsu (perempuan).

"Apa saya boleh kata... saya reda," katanya, menahan sebak.

Jenazah semua mangsa akan disembahyangkan di Masjid Jamek Bota Kanan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan pada Sabtu.

NORMAWATI ADNAN
07 Jun 2025 05:28pm
Kredit ➡️ Sinar Harian

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends of Bomba Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Friends of Bomba Malaysia:

Share

Category