Aizat Ashraf

Aizat Ashraf Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aizat Ashraf, News & Media Website, Kuala Lumpur.

🔶️ Suara Rakyat yang tidak dibayar satu sen...
🔶️ WARTAWAN / KOL / AKTIVIS
🔶️ Biz Review

Dimiliki Oleh :
Ashraf Zainal Global Resources

Web: https://aatvnews.com

04/01/2026
08/12/2025

USIM ‘Game Changer’: Satu-Satunya Universiti Malaysia terajui Space Law Secara Formal

Ramai Belum Faham Akta 834 — MOSTI Mahu Percepat Literasi Angkasa

USIM, 7 Disember 2025 – Malaysia terus mengorak langkah besar dalam pembangunan perundangan angkasa apabila MOSTI bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya melaksanakan Pertandingan Mut Perundangan Angkasa (Space Law Moot Court) pertama negara, sekaligus menandakan era baharu kesedaran undang-undang berkaitan aktiviti angkasa lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, merakamkan penghargaan kepada semua pasukan yang terlibat dan menyifatkan penganjuran julung kali ini sebagai platform penting bagi mendidik masyarakat mengenai Akta 834 (Akta Aktiviti Angkasa 2025) yang mula diwartakan Januari lalu.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16802

07/12/2025

Peguam Cik Pia Bersuara: Henti Spekulasi, Biar Mahkamah Tentukan

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2025 — Peguam kepada pempengaruh media sosial, Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia, iaitu Dato’ Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates tampil mengeluarkan penjelasan rasmi berhubung perkembangan dua prosiding sivil melibatkan anak guamnya yang kini berjalan di mahkamah.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16783

07/12/2025

Laporan 2020 NFA: Dato' Dr Kalaivanar Dedah Mangsa Dakwa Dipukul & Diganggu Seksual

Brickfields, 7 Disember 2025 – Pengerusi Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara (SBKN), Datuk Dr. Kalaivanar, hari ini tampil mengiringi seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual serta penderaan fizikal oleh seorang individu yang digelar sebagai paderi wanita berusia 63 tahun di Rawang.

Menurut Dr. Kalaivanar, mangsa pernah membuat laporan polis pada September 2020, lengkap dengan bukti kecederaan termasuk luka akibat dipukul dengan objek seperti kayu, botol dan tali pinggang sehingga mangsa dikatakan tidak sedarkan diri. Namun, laporan tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action).

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16778

02/12/2025

Anak Hilang Sejak September 2025 — Sindiket Pemerdagangan Manusia Tuntut RM5,000 Untuk Bebaskan Dariushy!

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025— Seorang ibu tunggal, Puan Rabitah binti Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Puan Nora, tampil merayu bantuan kerajaan, pihak berkuasa dan orang ramai selepas anaknya, Dariushy Iman Mortezagholi, 18 tahun, dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja.

Menurut Puan Nora, anaknya diperdaya pada September lalu oleh seorang lelaki warga Malaysia yang menawarkan pekerjaan bergaji tinggi di Kemboja. Mangsa yang baru menamatkan peperiksaan SPM berangkat tanpa pengetahuan keluarga, sebelum semua bentuk komunikasi terputus sepenuhnya.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16716

02/12/2025

Kekalahan DAP di Sabah: Anthony Loke Patut Berundur, Kata Dato' Dr Kalaivanar

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 — PRN Sabah yang baru berakhir membuka lembaran baharu dalam landskap politik negara, terutama selepas kekalahan besar DAP yang disifatkan pemerhati sebagai “isyarat jelas penolakan rakyat”.

Mengulas situasi itu, Aktivis Sosial dan wakil Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr Kalaivanar, memberikan reaksi tegas berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang memaklumkan parti akan menilai semula strategi untuk meraih kembali sokongan rakyat.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16714

02/12/2025

700 Rakyat Malaysia Hilang di Kemboja: Mengapa Malaysia Masih Gagal Bawa Mereka Pulang?

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 — Aktivis Sosial dan Pengerusi Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr Kalaivanar menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu lebih 700 hingga 800 belia Malaysia yang didakwa masih terperangkap di Kemboja selepas diperdaya sindiket pekerjaan.

Beliau berkata perkara itu amat membimbangkan kerana sehingga kini usaha membawa p**ang mangsa hanya berlaku secara kecil-kecilan, sedangkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kemboja berada dalam keadaan baik.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16712









02/12/2025

‘Mana Keprihatinan Madani?’ – Memorandum 19 November Tidak Dijawab: Himpunan 2.0 Menanti Jika MOT Terus Berdiam

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 — Aktivis sosial merangkap Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr Kalaivanar, mengeluarkan satu kenyataan tegas pada jam 7.15 malam yang ditujukan kepada pimpinan negara termasuk Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, para Senator serta Ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung memorandum yang diserahkan pada 19 November 2025 selepas satu demonstrasi aman yang dihadiri kira-kira 4,000 peserta, khususnya mewakili komuniti pemandu dan pengusaha lori.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16709










17/11/2025

Tidak Politik, Tidak Provokasi — Pemandu Lori Berarak Demi Solidariti Pemandu & Pengusaha Lori

KUALA LUMPUR, 17 November 2025 — Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara hari ini membuat seruan terbuka kepada semua pemandu lori serta pengusaha lori seluruh Malaysia untuk turun berhimpun secara aman pada Rabu, jam 2 petang di Pintu Gerbang Parlimen Malaysia, sebagai tanda solidariti terhadap tekanan dan kesusahan yang mereka dakwa berpunca daripada pelaksanaan undang-undang pengangkutan yang terlalu ketat.

Aktivis sosial, Dato' Dr. Kalaivanar, bersama pasukannya termasuk Saudara Kumaran, menyifatkan himpunan ini sebagai “final countdown” menjelang penyerahan memorandum rasmi kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dan Perdana Menteri.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16448

16/11/2025

34 Transaksi Dalam 2 Jam: Mangsa Dakwa Bank ‘Lepas Tangan’, Nama Disenarai CCRIS!

Data Bocor? Aktivis Dedah Syarikat Penerima Transaksi Tidak Wujud!

KUALA LUMPUR, 15 November 2025 — Seorang aktivis sosial, Dato’ Dr. Kalaivanar, hari ini tampil bersama seorang mangsa penipuan transaksi bank, Wong Chooi Peng, bagi mendesak pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), CIMB Bank dan PDRM memberikan penjelasan segera mengenai isu 34 transaksi tidak sah yang berlaku dalam tempoh hanya dua jam melalui e-wallet Touch ‘n Go yang dipautkan kepada kad kredit CIMB mangsa.

Menurut Dato’ Dr. Kalaivanar, insiden ini bukan kes terpencil, sebaliknya menjadi gambaran jelas bahawa kes-kes scam kewangan semakin membarah di negara ini tanpa tindakan tegas daripada pihak berwajib.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16423

13/11/2025

MHO Gesa KDN Dedah Jumlah Kes Ahlong yang Dibatalkan atau NFA: “Mangsa Semakin Tertekan, Ada Yang Mahu Bunuh Diri”

KUALA LUMPUR, 12 November 2025 –
Malaysia Humanitarian Organisation (MHO) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah pimpinan Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya mendedahkan jumlah sebenar kes pinjaman wang tanpa lesen (Ahlong) yang berakhir dengan status “No Further Action” (NFA) atau “covering report”, agar keadilan dapat ditegakkan kepada mangsa.

Setiausaha Agung MHO, Dato’ Hishamuddin Hashim, berkata pendedahan KDN baru-baru ini mengenai 1,452 kes pinjaman wang tanpa lesen di seluruh negara dengan kerugian mencecah RM4.89 juta sehingga Oktober tahun ini adalah satu langkah baik, namun maklumat itu masih tidak lengkap tanpa menjelaskan berapa kes yang benar-benar disiasat dan berapa p**a yang digugurkan tanpa tindakan lanjut.

Artikel baca disini 👇

https://aatvnews.com/?p=16407

Address

Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aizat Ashraf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aizat Ashraf:

Share